Pandemik COVID-19, yang menyebabkan gangguan utama kepada rantaian bekalan global, telah mengheret Malaysia untuk mencatatkan defisit dagangan sebanyak RM3.5 bilion pada April 2020 selepas mencatatkan lebihan dagangan selama 269 bulan berturut-turut, berikutan penurunan eksport yang lebih besar berbanding import.
Kali terakhir Malaysia mencatatkan defisit dagangan adalah pada Oktober 1997 sebanyak RM151.3 juta.
Pada bulan yang dikaji itu, eksport Malaysia susut 23.8 peratus kepada RM64.92 bilion manakala import turun 8.0 peratus kepada RM68.42 bilion, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi laporan Perangkaan Perdagangan Luar Malaysia yang dikeluarkan hari ini.
MITI berkata pada April 2020, perdagangan Malaysia bernilai RM133.34 bilion, menyusut 16.4 peratus berbanding April 2019, disebabkan pandemik COVID-19 dengan perdagangan lebih rendah direkodkan terutama dengan Singapura, Thailand, India, Amerika Syarikat (AS), Jepun, Vietnam dan Arab Saudi.
Berbanding Mac 2020, jumlah perdagangan dan eksport masing-masing menurun sebanyak 9.9 peratus dan 19 peratus manakala import naik 0.9 peratus.
Mengulas prestasi itu, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata penurunan eksport dan import tersebut telah dijangka memandangkan kebanyakan negara di seluruh dunia berada dalam keadaan sekatan pergerakan bagi membendung penularan COVID-19.
Beliau berkata ini menyebabkan gangguan utama terhadap aktiviti pembuatan dan pergerakan barangan secara global namun begitu, eksport beberapa barangan seperti barangan besi dan keluli, sarung tangan getah dan minyak sawit ditapis mencatatkan peningkatan.
“Eksport Malaysia dijangka meningkat dalam beberapa bulan akan datang kerana kerajaan telah membenarkan lebih banyak industri untuk kembali beroperasi dengan kapasiti penuh sejak 4 Mei 2020.
“Begitu juga, syarikat-syarikat di negara lain turut meningkatkan operasi perniagaan mereka. Ini akan menggalakkan aktiviti-aktiviti perdagangan di antara Malaysia dengan negara-negara lain,” katanya dalam laporan yang sama.
Menurut MITI, eksport barangan besi dan keluli; kelengkapan pengangkutan serta keluaran getah masing-masing mencatatkan pertumbuhan dua digit pada 21.5 peratus, 21.8 peratus dan 11.7 peratus meskipun eksport barangan perkilangan menyusut 23.4 peratus tahun ke tahun kepada RM55.5 bilion.
Penurunan barangan perkilangan yang merangkumi 85.5 peratus daripada jumlah eksport adalah berikutan eksport lebih rendah bagi barangan elektrik dan elektronik, barangan perkilangan logam, jentera, kelengkapan dan peralatan, keluaran petroleum serta barangan optik dan saintifik, kata MITI.
Kementerian itu berkata pada April 2020, jumlah perdagangan dengan ASEAN turun 27.9 peratus tahun ke tahun kepada RM30.4 bilion atau merangkumi 22.8 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia.
“Perdagangan dengan China yang merangkumi 19.7 peratus atau RM26.25 bilion daripada jumlah perdagangan Malaysia, berkurangan secara marginal sebanyak 1.5 peratus tahun ke tahun,” menurutnya.
Jumlah perdagangan dengan AS pula, yang merangkumi 8.0 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia, mencatatkan penurunan sebanyak 19.6 peratus tahun ke tahun kepada RM10.67 bilion.
Perdagangan dengan Kesatuan Eropah, yang menyumbang 7.1 peratus kepada jumlah perdagangan Malaysia, mencatatkan penurunan sebanyak 33.3 peratus tahun ke tahun kepada RM9.42 bilion.
Pada April 2020, jumlah perdagangan dengan Jepun berkurang 22.2 peratus tahun ke tahun kepada RM8.59 bilion dan menyumbang 6.4 peratus kepada jumlah perdagangan Malaysia.
“Perdagangan dengan rakan dagang Perjanjian Perdagangan Bebas pula yang merangkumi 71.6 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia merekodkan pengurangan sebanyak 9.5 peratus tahun ke tahun kepada RM95.47 bilion,” kata MITI.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 04 2020
![Malaysia catat defisit dagangan pertama dalam 269 bulan Malaysia catat defisit dagangan pertama dalam 269 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61587091050_AzminAli.jpg)
Azmin berkata penurunan eksport dan import tersebut telah dijangka memandangkan kebanyakan negara di seluruh dunia berada dalam keadaan sekatan pergerakan bagi membendung penularan COVID-19. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721093818_JoeBiden.jpg)
Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.
![Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080824_chargingdocument.jpg)
Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump
Permohonan Trump untuk menolak pertuduhan berdasarkan pelantikan dan pembiayaan tidak sah 'Special Counsel' Jack Smith diluluskan.
![Sehari selepas cubaan bunuh, Donald Trump tiba di Milwaukee Sehari selepas cubaan bunuh, Donald Trump tiba di Milwaukee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721009267_DonaldTrump.jpg)
Sehari selepas cubaan bunuh, Donald Trump tiba di Milwaukee
Pesawat Trump mendarat sehari sebelum acara empat hari itu bermula, disambut ribuan penyokong dalam kalangan ahli Parti Republikan.
![Trump seru Amerika untuk bersatu-padu selepas cubaan bunuh Trump seru Amerika untuk bersatu-padu selepas cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720938687_DonaldTrump.jpg)
Trump seru Amerika untuk bersatu-padu selepas cubaan bunuh
Dalam kejadian itu, penembak yang dinamakan oleh FBI sebagai Thomas Matthew Crooks, dibunuh oleh ejen Perkhidmatan Rahsia AS.
![Trump ditembak: Suspek dikenal pasti sebagai lelaki tempatan Trump ditembak: Suspek dikenal pasti sebagai lelaki tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720935938_DonaldTrump.jpg)
Trump ditembak: Suspek dikenal pasti sebagai lelaki tempatan
FBI dilaporkan masih belum mendedahkan nama penembak yang disyaki.
![Abang maut dalam tasik, bayi ditemui merangkak tepi lebuh raya Abang maut dalam tasik, bayi ditemui merangkak tepi lebuh raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720931385_bayigeneric.jpg)
Abang maut dalam tasik, bayi ditemui merangkak tepi lebuh raya
Pihak berkuasa giat menjejaki 'bayi ajaib' itu setelah penemuan mayat abangnya yang berusia empat tahun di sebuah tasik pada awal minggu lalu.
![Peluru mengenai telinga kanan saya - Trump Peluru mengenai telinga kanan saya - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720929828_PresidentDonaldTru.jpg)
Peluru mengenai telinga kanan saya - Trump
Kejadian tembakan itu sedang disiasat dan Perkhidmatan Rahsia telah memaklumkan secara rasmi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
![Suspek penembak Trump terbunuh, kata Perkhidmatan Rahsia Suspek penembak Trump terbunuh, kata Perkhidmatan Rahsia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720926690_DonaldTrump.jpg)
Suspek penembak Trump terbunuh, kata Perkhidmatan Rahsia
Anggota Perkhidmatan Rahsia AS telah 'meneutralkan' penembak berkenaan yang kini telah meninggal dunia.
![Trump 'dalam keadaan baik' susulan insiden tembakan semasa berkempen di Pennsylvania Trump 'dalam keadaan baik' susulan insiden tembakan semasa berkempen di Pennsylvania](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720925779_DonaldTrump.jpg)
Trump 'dalam keadaan baik' susulan insiden tembakan semasa berkempen di Pennsylvania
Jurucakap Trump, Steven Cheung berkata, bekas presiden itu "dalam keadaan baik."
![Trump cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di Pennsylvania Trump cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di Pennsylvania](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720920437_DonaldTrump.jpg)
Trump cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di Pennsylvania
Perkhidmatan Rahsia berkata ia telah melaksanakan langkah perlindungan dan bekas presiden itu selamat.