KUALA LUMPUR: Malaysia dianggap sebagai negara bukan sihat memandangkan jumlah rakyatnya yang menghidapi penyakit jantung dan obesiti adalah tinggi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata kesedaran tentang aspek kesihatan dalam kalangan rakyat juga masih berada di tahap rendah.
"Kalau tanya saya sebagai menteri, adakah Malaysia negara sihat sekarang? Tidak. Kita antara negara kadar tertinggi dari segi obesiti, sakit jantung dan antara penyebab punca kematian COVID-19 di negara ini adalah sebab sebahagian besar daripada pesakit mengalami komobiditi atau kronik.
"Bayangkan di Malaysia seorang daripada dua rakyat obesiti, termasuk diri saya, manakala seorang daripada empat rakyat Malaysia tidak amalkan kecergasan. Selain itu, seorang daripada 20 rakyat tidak mengamalkan pemakanan mengikut nutrisi yang betul.
"Mengikut statistik rasmi juga, setengah juta orang dewasa mengalami kemurungan. Saya percaya angka ini sebenarnya masih rendah daripada realitinya," katanya semasa menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia di saluran TV1 hari ini.
Oleh itu, dalam merealisasikan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), Khairy berkata rakyat Malaysia perlu mengubah sendiri tingkah laku mereka serta meningkatkan kesedaran bagi melahirkan negara dan rakyat yang sihat secara sukarela tanpa mengharapkan kementeriannya atau kerajaan semata-mata.
Beliau berkata aspek perubahan tingkah laku penting serta kesedaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan kendiri menjadi initi pati ANMS.
"Kalau kita nak harapkan Kementerian Kesihatan sahaja untuk pantau prosedur operasi standard (SOP) dan keluarkan kompaun, memang tak cukup tangan. Kita nak negara berjaya dari segi pengurusan pandemik ini," katanya sambil memberi contoh Jepun berjaya menguruskan pandemik menerusi tingkah laku tanpa perlu mengeluarkan kompaun.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan ANMS yang merupakan persediaan dan tindakan yang diambil bagi mempersiapkan Keluarga Malaysia dalam mendepani dan mengharungi fasa endemik COVID-19.
Agenda ANMS dilaksanakan untuk tempoh 10 tahun, iaitu mulai 2021 hingga 2030 dengan pelaksanaan dibahagikan kepada dua penggal iaitu penggal pertama bermula pada 2021 hingga 2025 dan penggal kedua bermula pada 2026 dan berakhir pada 2030.
Sementara itu, Khairy berkata satu jawatankuasa ditubuhkan yang menghimpunkan semua kementerian terlibat bagi melaporkan langkah-langkah yang akan dilaksanakan untuk menzahirkan ANMS di peringkat kementerian.
Beliau berkata selain mengambil kira faktor kesihatan diri rakyat, agenda itu juga meliputi kesihatan kualiti pengudaraan melibatkan bangunan baharu sebagai usaha mencegah COVID-19 yang boleh dijangkiti melalui udara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021
Khairy menunjukkan buku ANMS selepas ditemu bual pada program Selamat Pagi Malaysia di saluran TV1 di Wisma Berita, Angkasapuri hari ini. --fotoBERNAMA
G42, Microsoft akan lancar dua pusat AI di Abu Dhabi
Kedua-dua pusat itu dibina berdasarkan kerja yang dilaksanakan Microsoft dan G42 untuk melaksanakan piawaian dan amalan AI Bertanggungjawab.
Risiko bankrap: Usah mudah percaya sesiapa walau orang terdekat
Walaupun kini bebas, segala derita yang diharungi akibat tindakan individu yang amat dipercayai, masih tersemat dalam ingatannya hingga hari ini.
Penyumbang pembinaan mercu tanda ikonik dunia, Eversendai jadi kebanggaan negara
Nanta berkata Eversendai merupakan satu-satunya syarikat pembinaan Malaysia mencipta rekod dunia dan pencapaian penting dalam industri pembinaan.
Peralihan kerajaan: Badan Parlimen Indonesia lulus perbelanjaan lebih tinggi
Jawatankuasa Bajet Parlimen Indonesia meluluskan peningkatan perbelanjaan untuk kerajaan bakal Presiden Prabowo Subianto, yang akan mula memegang jawatan bulan depan.
Banjir Eropah Tengah: 22 maut, penduduk diarah berpindah
Seramai 22 orang terbunuh selepas banjir besar melanda bandar bersejarah Wroclaw di Poland, pada Selasa.
Seorang maut akibat gigitan ular setiap 4-6 minit di seluruh dunia
Kesan kesihatan awam terbesar gigitan ular berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana dalam persekitaran tropika dan subtropika.
Pengerusi ASEAN 2025: PM mahu persediaan mantap, menyeluruh
Setiap kementerian perlu melakukan persediaan mantap dan menyeluruh memandangkan hanya berbaki beberapa bulan sebelum Malaysia mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025 daripada Laos.
Letupan Lubnan: A.S sedang kumpul maklumat - Jurucakap
Amerika Syarikat sedang mengumpul maklumat selepas sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan kira-kira 2,750 cedera apabila peranti kelui atau pager yang digunakan oleh Pejuang Hizbullah meletup secara serentak di seluruh Lubnan, pada Selasa.
Alat komunikasi meletup: Hizbullah ikrar tindak balas terhadap Israel
Kumpulan Hizbullah berjanji untuk bertindak balas terhadap Israel selepas menuduh rejim Zionis itu meletupkan alat kelui di seluruh Lubnan pada Selasa.
Kekejaman Zionis: Harris gesa tamatkan perang di Gaza
Calon Presiden Demokrat Amerika Syarikat, Kamala Harris menyeru untuk menamatkan perang Israel-Gaza, pada Selasa.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.
KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan
Khairy Jamaluddin berkata, tindakan Fahmi menyebabkan pengumuman tersebut tidak mendapat respons baik, sebaliknya menjadi bahan ejekan.
KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd
Khairy dilantik atas kapasiti Pengarah Bebas Syarikat untuk tempoh lima tahun bermula 4 Mei 2024.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.