PUTRAJAYA: Malaysia bertekad untuk menggunakan segala platform bagi menyokong Palestin dan menamatkan kekejaman di Gaza serta membawa Israel ke muka pengadilan, menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Isnin.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dijadual mengambil bahagian dalam Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), berhubung situasi di Asia Barat, termasuk isu Palestin di New York, Amerika Syarikat pada 23 Jan, demi menunjukkan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada Palestin.
"Di UNSC Menteri Luar akan mengulangi desakan Malaysia untuk gencatan senjata serta-merta, menentang perpindahan berterusan rakyat Palestin secara paksa dan menegaskan kepentingan penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa sebarang halangan untuk menangani pembinasaan kemanusiaanyang sedang berlaku di Semenanjung Gaza.
"Malaysia akan mendesak supaya Israel bertanggungjawab ke atas tindakannya yang terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa," kata Wisma Putra.
Menurut Wisma Putra, Menteri Lura akan mengesyorkan supaya negara Palestin secara rasminya diiktiraf sebagai negara anggota PBB dengan keahlian penuh. Usaha ini bertujuan untuk memajukan perjuangan hak mutlak mereka bagi menentukan nasib sendiri dan kemerdekaan dan kedaulatan yang telah lama dinafikan.
Cadangan itu menyokong penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Beliau juga dijadual bertemu dengan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres untuk menyatakan sokongan Malaysia kepada seruan terkini beliau untuk bantuan kemanusiaan disalurkan ke Gaza dengan cepat, selamat, menyeluruh, berterusan dan tanpa halangan.
"Malaysia memperakui usaha-usaha di peringkat multilateral yang dilakukan untuk memberi tumpuan berterusan kepada Situasi di Palestin.
"Mendukung suara rakyat Malaysia untuk Palestin, Menteri Luar juga akan menyerahkan poskad khas dari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anggota-anggota Kabinet kepada Setiausaha Agung PBB, menyeru PBB supaya menerima negara Palestin sebagai negara anggota PBB dengan keahlian penuh dan pada masa yang sama menggesa gencatan senjata serta-merta," kata Wisma Putra.
Malaysia juga akan menyatakan sokongan kepada Sigrid Kaag semasa beliau menunaikan tanggungjawab sebagai Koordinator Kanan Kemanusiaan dan Pembinaan Semula Gaza.
Selain daripada usaha-usaha diplomatik, Malaysia juga terlibat dalam tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa mengenai isu Palestin.
Mohamad dijangka mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Pendengaran Awam bagi mendapatkan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai kesan perundangan yang timbul akibat daripada polisi dan pencabulan berterusan oleh Israel terhadap Wilayah Palestin yang Diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur yang akan diadakan di Peace Palace, The Hague, Belanda, bermula dari 19 Feb depan.
"Malaysia dijangka menyampaikan Kenyataan Lisan pada 22 Feb. Malaysia sebelum ini telah mengemukakan Kenyataan Bertulis pada 25 Julai, 2023 kepada ICJ yang memberi fokus kepada pencabulan hak rakyat Palestin untuk penentuan nasib sendiri (self-determination) oleh Israel," kata Wisma Putra.
Menurut Wisma Putra proses bagi mendapatkan Pendapat Nasihat ICJ adalah susulan daripada Resolusi 77/247 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah diterima pakai pada 30 Disember, 2022 dan ditaja bersama oleh Malaysia.
Malaysia menyokong sepenuhnya tindakan undang-undang yang dikemukakan oleh Afrika Selatan terhadap Israel berkaitan pencabulan terhadap tanggungjawabnya di bawah Konvensyen 1948 membabitkan Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.
Menurut Wisma Putra Malaysia juga sedang meneroka opsyen tersedia untuk menyokong kes itu dengan lebih lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
Mohamad dijadual mengambil bahagian dalam Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), berhubung situasi di Asia Barat, termasuk isu Palestin di New York, Amerika Syarikat. - Gambar fail/Bernama
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
Malaysia azam guna semua platform untuk sokong Palestin - Mohamad
Malaysia bertekad untuk menggunakan segala platform bagi menyokong Palestin dan menamatkan kekejaman di Gaza serta membawa Israel ke muka pengadilan.