PHUKET (THAILAND): Lebih separuh daripada e-mel berniat jahat yang diedarkan di seluruh rantau Asia Pasifik (APAC) dikesan di lima negara termasuk Malaysia, ia didedahkan syarikat keselamatan siber global, Kaspersky.
Setakat pertengahan Ogos 2022, Malaysia adalah antara lima negara teratas di APAC termasuk Vietnam, Jepun, Indonesia dan Taiwan yang mengumpul 61.1 peratus daripada jumlah e-mel berniat jahat (e-mel hasad) yang dikesan oleh Kaspersky Mail Antivirus.
Vietnam mendahului senarai e-mel spam paling banyak dikesan dengan jumlah 3.09 juta e-mel diikuti oleh Malaysia (2.36 juta), Jepun (1.86 juta), Indonesia (1.80 juta) dan Taiwan (1.45 juta).
Penyelidik Keselamatan Kanan Pasukan Penyelidikan dan Analisis Global Kaspersky (GReAT) Noushin Shabab berkata rantau APAC menyumbang hampir 24 peratus daripada jumlah e-mel hasad global yang dikesan tahun ini.
"Rantau APAC mempunyai hampir 60 peratus daripada populasi dunia. Ini bermakna terdapat lebih ramai berpotensi menjadi mangsa 'scammer' (sindiket penipuan) di rantau ini berbanding rantau lain di dunia," katanya ketika menyampaikan pembentangan pada '8th APAC Cyber Security Weekend Kaspersky' di sini hari ini.
"Penggunaan meluas perkhidmatan dalam talian seperti membeli-belah dalam talian dan platform dalam talian untuk aktiviti seharian juga menjadikan individu lebih terdedah untuk menjadi mangsa penipuan," katanya.
Noushin berkata terdapat tiga faktor utama - populasi, penggunaan e-perkhidmatan yang tinggi dan sekatan perjalanan akibat pandemik, ia menyebabkan sebahagian besar e-mel spam mensasarkan negara-negara APAC.
"Ia juga adalah kesan daripada tempoh pandemik berpanjangan yang menyebabkan sekatan perjalanan dan bekerja dari rumah memerlukan orang ramai membawa komputer pejabat mereka ke rumah. Rangkaian di rumah pada kelazimannya kurang dilindungi daripada serangan siber," katanya.
Bagaimanapun, Noushin menyatakan bahawa bilangan mel spam berniat jahat yang dikesan oleh penyelesaian Kaspersky telah menyaksikan penurunan secara beransur-ansur selepas kemuncaknya pada 2019.
"E-mel berniat jahat ini kebanyakannya dihantar oleh penjenayah siber dalam bentuk e-mel dengan jumlah tinggi untuk mencapai lebih ramai pengguna dengan niat meraih keuntungan kewangan bagi penyerang (sindiket penipuan).
"Pemantauan berterusan kami terhadap ancaman siber semasa dan baharu ini yang beroperasi di negara-negara APAC menunjukkan bahawa majoriti pelaku ancaman ini menggunakan 'phising' (memancing data bersasar) yang bernama 'spear phising' (pancing data serampang) untuk menceroboh sistem sebuah organisasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022
Lebih separuh daripada e-mel berniat jahat yang diedarkan di seluruh rantau Asia Pasifik (APAC) dikesan di lima negara termasuk Malaysia, ia didedahkan syarikat keselamatan siber global, Kaspersky. - Gambar hiasan/REUTERS
Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah
Beliau perlu sekurang-kurangnya setahun dalam usaha meningkatkan darjah kesukaran baharu bagi acara 3m papan anjal individu wanita.
Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media
Sebanyak 16,000 katil kadbod akan digunakan di Perkampungan Sukan Saint-Denis and Chateauroux dan di Perkampungan Media Dugny.
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Buruh bakal bentuk kerajaan, Starmer PM baharu?
Pengundian telah berakhir dan Parti Buruh Britain diunjurkan memenangi pilihan raya umum United Kingdom (UK) dengan kemenangan besar, sekaligus menukar senario politik di UK.
Penyokong anggap kemenangan buruh berita sangat hebat
Sementara itu, kumpulan penyokong Parti Buruh Britain gembira dengan laporan yang menyebut parti konservartif kalah teruk dalam pilihan raya yang diadakan
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024
Menepati ramalan, parti pembangkang, Parti Buruh Berjaya meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Britain pada Jumaat.
Ringgit dijangka kukuh pada separuh tahun kedua 2024 - Pakar
Menurut Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, pengukuhan ini dijangka akan menarik masuk dana asing ke dalam negara yang seterusnya akan memberi impak positif kepada pasaran saham tempatan.
Proses kira undi di Parlimen Rishi Sunak sedang berlangsung
Proses pengiraan undi sedang berlangsung di Kawasan parlimen Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak di Richmond, North Yorkshire, pada awal Jumaat.
PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan
Lelaki berusia 30 an itu masih direman dan kawad cam akan dilakukan hari ini, kata Ketua Polis Pulau Pinang.
Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan untuk berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.
Malaysia antara lima negara APAC punyai e-mel berniat jahat tertinggi pada 2022 - Kaspersky
Lebih separuh daripada e-mel berniat jahat yang diedarkan di seluruh rantau Asia Pasifik (APAC) dikesan di lima negara termasuk Malaysia, ia didedahkan syarikat keselamatan siber global, Kaspersky.