PUTRAJAYA: Malaysia mengakui kemajuan yang dicapai oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dalam menerima pakai Resolusi 2712 (2023) mengenai konflik Palestin-Israel pada 15 Nov.
Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata ia adalah langkah penting, kerana selepas lebih sebulan UNSC akhirnya mengambil tindakan tegas dan bersama bagi menangani konflik yang sedang berlaku di Gaza.
Ia mesti disusuli dengan tindakan konkrit ke arah menamatkan pergolakan dengan segera supaya tiada lagi nyawa yang terkorban dan kemusnahan harta benda di Gaza.
"Malaysia percaya bahawa Resolusi 2712 (2023) menyediakan langkah sementara bagi memudahkan akses bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan serta melindungi orang awam yang tidak bersalah, khususnya kanak-kanak di seluruh Semenanjung Gaza.
"Malaysia menggesa semua pihak untuk mematuhi resolusi ini, selaras dengan Artikel 25 Piagam PBB," menurut Wisma Putra pada Jumaat.
Malaysia telah berulang kali menggesa UNSC untuk memenuhi tanggungjawab utamanya dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa seperti termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia juga mengulangi kecamannya terhadap serangan kejam dan biadab yang berterusan ke atas penduduk awam Gaza, termasuk pengeboman hospital dan kemudahan awam yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Wisma Putra menegaskan bahawa Malaysia menolak alasan mempertahankan diri oleh Israel untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai, jenayah kemanusiaan dan jenayah perang terhadap rakyat Palestin yang tidak bersalah.
"Pencerobohan Israel tidak wajar dan tidak sah, malah bertentangan dengan prinsip Piagam PBB.
"Malaysia percaya bahawa punca utama isu Palestin, iaitu pendudukan haram yang berterusan mesti ditangani," menurut kenyataan itu.
Oleh itu, Malaysia berpegang teguh dengan pendirian memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk memperoleh negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
Sekurang-kurangnya 11, 667 rakyat Palestin terutama golongan wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala lebih 29,000 lagi cedera dalam pencerobohan Israel sejak 7 Okt di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
Mereka yang terkorban termasuk 203 petugas kesihatan dan 36 pasukan pertahanan awam, sementara lebih 210 pekerja kesihatan cedera.
Beribu-ribu bangunan termasuk hospital, masjid dan gereja rosak atau musnah dalam serangan udara dan darat Israel ke atas kawasan yang dikepung itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
Wisma Putra berkata ia adalah langkah penting, kerana selepas lebih sebulan UNSC akhirnya mengambil tindakan tegas dan bersama bagi menangani konflik yang sedang berlaku di Gaza. - Gambar fail
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
MOTAC lantik 11 individu anggotai MAKEN sesi 2025/2027
Sebanyak 11 individu daripada pelbagai latar belakang telah dilantik menganggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) bagi sesi 2025/2027.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Peka apabila kanak-kanak lapor diganggu secara seksual
Masyarakat disaran tidak menghakimi agar kanak-kanak berupaya melaporkan kes gangguan seksual ke atas mereka meskipun melibatkan ahli keluarga sendiri.
Menurut jurucakap Children’s Protection Society, Tengku Yasmin Nastasha tindakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak.
Menurut jurucakap Children’s Protection Society, Tengku Yasmin Nastasha tindakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak.
Isu pintu sempadan: Imigresen sedia buka kaunter lebih awal
Jabatan Imigresen Malaysia sedia untuk melaksanakan keputusan kerajaan berhubung isu pelajar merentas Sungai Golok menggunakan laluan haram untuk bersekolah di Rantau Panjang, Kelantan.
Masters China: Tang Jie-Ee Wei pamer kebangkitan penuh dramatik sebelum mara ke separuh akhir
Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, berjaya melangkah ke separuh akhir Masters China.
Sidang Parlimen: 9 kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa
Persidangan Dewan Rakyat minggu ini menyaksikan sembilan lagi kementerian selesai membuat penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Tian Chua, pakar seru tindakan ekonomi lebih tegas terhadap Israel di persidangan Palestin
Situasi di Gaza boleh dianggap sebagai definisi sebenar genosid, tegas bekas Ahli Parlimen Batu itu.