Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sokongan terhadap perjuangan Palestin merupakan satu tanggungjawab moral, dan Malaysia akan kekal dengan pendiriannya mengecam keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.
Dr Mahathir mengulangi komitmen terhadap perjuangan Palestin dan berkata Malaysia sentiasa akan berdiri teguh di belakang rakyat negara itu.
"Kita tidak akan berdiam diri selagi mana kita melihat keganasan dan ketidakadilan rejim Israel," katanya pada Majlis Utama Iftar kesembilan bersama dengan komuniti Palestin di Malaysia, anjuran Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) di sini malam ini.
Beliau berkata kebanyakan rakyat Malaysia sedar dengan penderitaan rakyat Palestin dan turut mengambil bahagian dalam usaha mengetengahkan perjuangan rakyat negara itu di platform antarabangsa.
"Rakyat Malaysia turut bersama dengan mereka yang sependapat dari serata negara di seluruh dunia memprotes kekejaman Israel. Rakyat Malaysia menyertai flotila dan konvoi darat untuk memecahkan pengepungan di Gaza, di samping menyertai lain-lain protes, semuanya dalam usaha mengingatkan komuniti antarabangsa mengenai nasib rakyat Palestin.
"Kebanyakan usaha ini belum membuahkan hasil yang memadai - namun ia telah menjadi peringatan kepada rejim Israel dan negara-negara besar yang menyokongnya, bahawa kita tidak akan menutup mata terhadap ketidakadilan yang ketara ini," katanya.
Dr Mahathir berkata Malaysia juga tidak akan berdiam diri terhadap hipokrasi negara-negara asing dalam urusan mereka dengan negara Palestin, dan juga sokongan mereka yang berterusan terhadap jenayah kemanusiaan yang diamalkan Israel.
"Saya sudah berulang kali katakan sebelum ini, satu-satunya peluang untuk mencapai keamanan di dunia ini adalah dengan menyelesaikan isu berkaitan Palestin," katanya.
"Bagi menyelesaikannya, komuniti antarabangsa perlu mencari penyelesaikan kepada masalah rakyat Palestin yang menjadi pelarian di tanah air sendiri, mengembalikan tanah-tanah yang dirampas Israel secara tidak sah, hentikan penaklukan dan pembunuhan oleh tentera Israel, dan benarkanlah rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka," katanya.
Dr Mahathir berkata selagi isu itu tidak diselesaikan, dan rakyat Palestin tidak diberikan keadilan, rantau Timur Tengah akan terus berada dalam konflik, yang melahirkan keganasan serta gerakan militan, yang akan merebak ke serata dunia.
"Keganasan dan gerakan militan berpunca daripada keganasan negara yang dilakukan oleh Israel, kenyataan yang sengaja tidak diendahkan atau diketepikan oleh negara kuasa besar barat," tambahnya.
Dr Mahathir berkata hari ini juga negara yang bertanggungjawab mewujudkan Israel, masih membawa kerosakan dengan menghadiahkan Jerusalem kepada Israel dengan mengisytiharkan kota itu sebagai ibu negeri Israel.
"Israel terus melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia setiap hari. Penempatan israel dibina setiap hari dan rakyat Palestin dinafikan akses kepada tanah mereka sendiri," katanya.
Dr Mahathir berkata PCOM komited kepada perjuangan bagi membebaskan Palestin, dan hari ini ia memainkan peranan penting dalam membina persefahaman merentasi sempadan antara Palestin dan Malaysia, meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu Palestin, mengajak para pegawai dan parti-parti politik Malaysia untuk mengembleng sokongan politik terhadap perjuangan menuntut hak-hak rakyat Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2019

Dr Mahathir bersama Khalid (empat, kiri) pada Majlis Berbuka Puasa Tahunan Kali Kesembilan Bersama Masyarakat Palestin di Malaysia di Dewan Sri Endon Puspanitapuri hari ini. --fotoBERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

NGO misi flotila Gaza 2010 umum lancar armada baharu
Misi kali ini adalah untuk memecahkan kepungan di Gaza, wujudkan gencatan senjata dan menyampaikan bantuan kemanusiaan.

Malaysia akan terus kecam kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin - Dr Mahathir
Dr Mahathir mengulangi komitmen terhadap perjuangan Palestin dan berkata Malaysia sentiasa akan berdiri teguh di belakang rakyat negara itu.

Misi Freedom Flotilla ke Genting Gaza
Mereka yang terlibat dalam kempen itu bersatu di bawah gerakan perpaduan direka untuk meningkatkan semangat penduduk Palestin.

Siri flotila terakhir sasar serah bantuan perubatan ke Gaza
Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh sifatkan misi kali ini penting bagi membuka mata masyarakat antarabangsa tentang keadaan kritikal di Gaza.