KUALA LUMPUR: Lawatan enam hari pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ke Rusia baru-baru ini yang mencetuskan kebimbangan global mengenai potensi perjanjian senjata antara kedua-dua negara itu, berlaku ketika kedua-dua negara terus dipencilkan oleh masyarakat antarabangsa.
Dalam pertemuan yang jarang berlaku itu, Kim bertemu Presiden Vladimir Putin dan melawat beberapa kemudahan ketenteraan dan teknologi utama yang menonjolkan kerjasama pertahanan yang semakin mendalam antara kedua-dua negara dalam menghadapi konfrontasi yang dihadapi masing-masing dengan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya.
Pertemuan ini adalah yang pertama antara kedua-dua pemimpin itu sejak 2019, dan dilaporkan sebagai perjalanan Kim ke luar negara paling lama sejak memegang kuasa pada akhir 2011.
Mengambil iktibar daripada pertemuan itu, kebimbangan tentang perlucutan senjata nuklear global, satu yang dilakukan oleh Malaysia dalam memperjuangkan dunia bebas senjata nuklear, kini menjadi bidang kritikal untuk dibincangkan terutama apabila Malaysia mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025.
Dr Hoo Chiew Ping, Pensyarah Kanan dalam Kajian Strategik dan Hubungan Antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memberitahu Bernama bahawa Malaysia perlu terus gigih berusaha untuk mendapatkan komitmen daripada kuasa-kuasa nuklear utama bagi mengelak Asia Tenggara daripada sasaran senjata nuklear.
"Pertama, Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) yang pada mulanya diperjuangkan oleh Indonesia semasa menjadi Pengerusi ASEAN walaupun mencapai kemajuan kecil dalam mendapatkan sokongan kuasa nuklear utama, perlu diteruskan oleh Malaysia pada 2025.
"Kedua, jika kita boleh memujuk beberapa, jika tidak semua, kuasa nuklear untuk menandatangani SEANWFZ, kita boleh mencadangkan penubuhan zon bebas senjata nuklear dari Semenanjung Korea ke Asia Timur Laut, walaupun usaha untuk meyakinkan Korea Utara supaya melepaskan senjata nuklearnya merupakan tugas yang mencabar.
"Malaysia perlu terus bekerjasama dengan rakan kongsi global di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pihak berkepentingan serantau untuk mempromosi perlucutan senjata nuklear, menyokong pemeteraian perjanjian SEANWFZ oleh kuasa nuklear dan mewujudkan norma dan perintah nuklear yang inklusif yang melibatkan kedua-dua negara senjata nuklear (NWS) dan negara bukan senjata nuklear (NNWS).
Hoo yang melakukan penyelidikan utama dalam isu keselamatan dan proses damai di Semenanjung Korea, berkongsi pandangan itu apabila diminta mengulas mengenai pertemuan Kim dengan Putin, yang dianggap oleh banyak media antarabangsa sebagai "bersejarah" dan "membimbangkan".
Mengulas lanjut pertemuan dua pemimpin itu, Hoo percaya hasil lawatan itu mengatasi jangkaan memandangkan Kim mengetuai delegasi peringkat tinggi yang meliputi pegawai tertinggi parti dan tentera.
"Jika kedua-dua negara mengukuhkan kerjasama ketenteraan jangka panjang yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan ketenteraan masing-masing, sudah pasti ia akan memberi implikasi kepada kestabilan strategik serantau dan global," katanya.
Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), media negara Korea Utara, memetik Kim sebagai menyatakan bahawa lawatannya itu menekankan mengenai "kepentingan strategik" hubungan antara Pyongyang dan Moscow.
Pegawai AS dan Korea Selatan menyuarakan kebimbangan bahawa Kim mungkin membekalkan senjata dan peluru kepada Rusia yang telah banyak menggunakannya dalam konflik di Ukraine yang berlarutan selama lebih 18 bulan.
Namun, Moscow dan Pyongyang menafikan sebarang niat sedemikian.
Laporan itu juga menyebut bahawa Putin telah menerima jemputan daripada Kim untuk melawat Korea Utara pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023

Kim Jong Un (tengah) melawat sebuah universiti di Russky Island, Vladivostok, Rusia, ketika lawatannya ke negara itu, 17 Sept 2023. - Gambar fail AP
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 pembantu perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Korea Utara sahkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak sederhana baharu
Peluru berpandu itu terbang sejauh kira-kira 1,500 kilometer pada kelajuan 12 kali ganda kelajuan bunyi pada hari sebelumnya.

Trump mahu jumpa, Kim Jong Un tegaskan tidak akan berlaku
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un untuk meredakan ketegangan di Korea.

Kim Jong Un arah pengeluaran besar-besaran dron 'bunuh diri'
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan memantau ujian sistem senjata dron 'bunuh diri' dan mengarahkan pengeluaran besar-besaran senjata itu.

Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.

Jong Un bincang dialog strategik dengan pegawai keselamatan Rusia
Kim Jong Un bertemu pegawai keselamatan utama Rusia, Sergei Shoigu di Pyonyang bagi membincangkan dialog strategik secara terperinci.

Anak perempuan Jong Un jalani latihan sebagai pengganti bapa - Laporan media
Anak perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan sedang menjalani latihan sebagai pemimpin, memetik agensi berita Yonhap.

Pegawai Korea Utara pakai pin potret Kim Jong Un buat pertama kali
Pin itu disematkan pada sut semua pegawai Korea Utara yang menghadiri mesyuarat pleno Jawatankuasa Pusat ke-8 Parti Pekerja Korea pada Jumaat.

Pemimpin Korea Utara lawat Rusia 'apabila semua syarat dipenuhi' - Moscow
Lawatan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ke Rusia akan berlangsung apabila "semua syarat yang diperlukan dipenuhi".

Putin datang bawa kereta mewah, Kim Jong Un senyum dapat hadiah
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyampaikan hadiah limosin Aurus, kepada rakan sejawatan di Korea Utara, Kim Jong Un, dalam lawatannya ke Pyongyang pada Rabu.

Adik perempuan Kim Jong-un beri amaran kepada Korea Selatan
Kim Yo Jong beri amaran tindak balas baharu sekiranya Korea Selatan terus melakukan penghantaran risalah propaganda mengecam pemerintahan Kim Jong-un.