PUTRAJAYA: Malaysia akan membentangkan Laporan Negara di sesi Penilaian Berkala Sejagat Keempat di Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland pada 25 Jan.
Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), penyertaan Malaysia dalam UPR keempat mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi negara dalam usaha memajukan agenda hak asasi manusia di Malaysia.
Ia juga mencerminkan komitmen berterusan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menjadikan hak asasi manusia sebagai satu keutamaan dalam agenda pembangunan negara.
Delegasi Malaysia diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Bala Chandran Tharman.
Ini merupakan penilaian terhadap situasi hak asasi manusia di Malaysia yang keempat. Sebelum ini, penilaian telah dilakukan pada 2009, 2013 dan 2018.
UPR merupakan satu proses antara kerajaan yang diwujudkan di bawah rangka kerja Majlis Hak Asasi Manusia PBB bagi menilai rekod hak asasi manusia bagi setiap negara anggota yang dinilai sekali setiap empat tahun setengah.
Ia memberi peluang kepada setiap negara yang dinilai untuk berkongsi maklumat akan usaha dan langkah yang telah diambil bagi meningkatkan tahap hak asasi manusia di negara masing-masing.
UPR juga merupakan satu mekanisme kajian semula setara yang dilaksanakan atas pendekatan yang konstruktif untuk semua negara anggota PBB mengemukakan saranan dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu usaha mempromosi dan melindungi hak asasi manusia.
Laporan Negara mengenai Situasi Hak Asasi Manusia di Malaysia adalah hasil usaha yangmenyeluruh dan bersama dengan semua pemegang taruh yang melibatkan beberapa siri perbincangan termasuk pihak masyarakat madani dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), menurut Wisma Putra.
Laporan Negara merangkumi kemajuan yang telah dicapai oleh Malaysia dalam mempromosikan hak asasi manusia bagi tempoh Nov 2018 hingga Okt 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024
Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), penyertaan Malaysia dalam UPR keempat mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi negara dalam usaha memajukan agenda hak asasi manusia di Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
12 kontena bantuan MAPIM berjaya memasuki Gaza
Fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala MAPIM sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan
Thailand menghormati keputusan pihak berkuasa Malaysia menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Malaysia perkukuh hubungan dengan Iran, sasar wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama utama
Malaysia kini mempergiat usaha memperkukuh hubungan ekonomi dan budaya dengan Iran, dengan mengenal pasti Wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama strategik baharu.
Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi lelaki dan wanita akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Dis tahun depan.
Perdagangan dua hala Malaysia-China cecah hampir AS$98 bilion bagi tempoh 11 bulan pertama 2024
Hubungan ekonomi Malaysia-China terus mengukuh, dengan perdagangan dua hala mencecah hampir AS$98 bilion dalam tempoh 11 bulan pertama 2024.
Malaysia berupaya menjadi peneraju keselamatan siber - Anwar
JKSN sokong usaha NACSA untuk terus meneraju inisiatif pengukuhan keselamatan siber negara terutamanya dalam melindungi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
Malaysia menyerlah sebagai sinar harapan dalam kestabilan dan kemajuan di sebalik ketidaktentuan global
Keupayaan Malaysia untuk menghadapi keadaan mencabar adalah disebabkan asas ekonominya yang kukuh.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.