KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan 10.17 juta pergerakan penumpang pada Oktober 2023, naik 21.6 peratus tahun ke tahun, walaupun Oktober pada amnya bukan tempoh kemuncak untuk melancong.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pengendali lapangan terbang itu berkata, pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik untuk rangkaian lapangan terbangnya mencatatkan 5.1 juta dan 5.0 juta penumpang, masing-masing naik 40.3 peratus dan 7.0 peratus, berbanding bulan sama pada tahun lepas.
Katanya, angka pada Oktober telah mencecah lebih 87 peratus daripada paras sebelum pandemik untuk sektor antarabangsa dan domestik.
"Pergerakan penumpang di Malaysia terus menunjukkan pemulihan trafik yang stabil sejajar dengan peningkatan kapasiti tempat duduk secara berperingkat apabila syarikat penerbangan secara progresif mengatasi kekurangan pesawat berikutan cabaran dalam rantaian bekalan serta penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (sektor).
"Kapasiti tempat duduk syarikat penerbangan antarabangsa yang ditawarkan pada Oktober 2023 meningkat 3.3 peratus, lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya, menjadikan pergerakan penumpang antarabangsa kepada 3.4 juta, pertumbuhan sebanyak 3.6 peratus berbanding September 2023," katanya.
MAHB berkata, peningkatan pergerakan penumpang antarabangsa turut disokong oleh perkhidmatan baharu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Zhangjiajie Dayong.
Qatar Airways meneruskan perkhidmatan harian dari Doha-Phuket-Pulau Pinang manakala Thai Airways International memulakan perkhidmatan harian baharu ke Bangkok dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, katanya.
Bagi prestasi Januari-Oktober, MAHB berkata, rangkaiannya mengendalikan 98.94 juta penumpang, mencecah 84.7 peratus berbanding tempoh sama pada 2019, petunjuk bahawa trafik terus bergerak pada trajektori yang tepat ke arah pemulihan.
Katanya, lapangan terbang di Malaysia mencatatkan 6.83 juta penumpang, mencecah 79.6 peratus daripada paras pada 2019 dan peningkatan sebanyak 25.5 peratus berbanding Oktober 2022, didorong oleh pertambahan 85 kekerapan penerbangan mingguan daripada 48 syarikat penerbangan tempatan dan asing.
"Sektor antarabangsa dan domestik sama-sama menyumbang 50 peratus kepada jumlah pergerakan penumpang, masing-masing mencatatkan 3.4 juta penumpang, meningkat 60.8 peratus dan 3.0 peratus berbanding Oktober 2022," katanya.
Bagi operasinya di Turkiye, MAHB berkata, pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul terus melepasi paras 2019 sejak Mei 2023, dengan Oktober 2023 mencatatkan 3.34 juta penumpang, pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus berbanding Oktober 2019. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023

Menurut MAHB, angka pada Oktober telah mencecah lebih 87 peratus daripada paras sebelum pandemik untuk sektor antarabangsa dan domestik. - Gambar hiasan/BERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Banjir: Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim masih ditutup
Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) masih ditutup akibat banjir.

Malaysia Airports raih paras tertinggi bulanan baharu pergerakan penumpang pada Julai 2024
Malaysia Airports Group mencatatkan 12.4 juta pergerakan penumpang pada Julai 2024, peningkatan 7.3 peratus berbanding bulan sebelumnya sekali gus sebagai paras tertinggi bulanan baharu pascapandemik.

MYAirline diperintah bayar RM17.7 juta caj perkhidmatan tertunggak
MYAirline diarah membayar RM17.7 juta caj perkhidmatan lapangan terbang tertunggak kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd dan Malaysia Airports Sdn Bhd.

Menangi baucar membeli-belah RM1 juta dalam kempen Licence To Win 2024
Jika sebelum ini hadiahnya adalah kereta mewah, tahun ini lebih menarik kerana hadiah utama adalah baucar membeli-belah bernilai RM1 juta.

Keputusan permohonan MYAirline batal saman Malaysia Airports, 16 Ogos ini
Hakim Mahkamah Tinggi Gan Techiong menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam kedua-dua belah pihak.

Konflik Iran-Israel: Pendapatan Malaysia Airports dijangka terjejas hingga 26%
Ketegangan geopolitik yang kian menggusarkan di Asia Barat boleh menyebabkan penumpang udara dari rantau itu terjejas sekali gus mampu mengurangkan pendapatan Malaysia Airports Holdings Berhad.

Malaysia Airports catat lebih 10 juta pergerakan penumpang pada Oktober 2023
Angka pada Oktober telah mencecah lebih 87 peratus daripada paras sebelum pandemik untuk sektor antarabangsa dan domestik.

Malaysia Airports catat lebih 11 juta pergerakan penumpang pada Ogos 2023
MAHB merekodkan lebih 11 juta pergerakan penumpang dalam rangkaian lapangan terbangnya di Malaysia dan Turkiye pada Ogos 2023.

Malaysia Airports raih 52.7 juta trafik penumpang pada 2022 - MAHB
Trafik penumpang udara raih momentum pada 2022 dengan catatan 52.7 juta berbanding 10.72 juta pada 2021.

Pengembara antarabangsa boleh ambil RTK-Ag dalam 24 jam, di luar lapangan terbang - MAHB
Ujian tersebut boleh dilakukan di mana-mana pusat kesihatan swasta, termasuk klinik dan hospital pilihan pengembara.