Banjir: Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim masih ditutup
Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) masih ditutup akibat banjir.
Bernama
Thu Dec 05 2024
Keadaan landasan LTSAH yang ditutup pada 29 November lalu susulan banjir. - Gambar fail/BERNAMA
ALOR SETAR: Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) masih ditutup akibat banjir.
Menurut kenyataan dalam Facebook rasmi hari ini, Malaysia Airports memaklumkan walaupun paras air di LTSAH telah surut, namun landasan masih belum dibuka buat masa ini.
"Usaha pembersihan sedang dilakukan dan penumpang digalakkan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini jadual penerbangan mereka.
"Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda ketika kami sedang berusaha membuka semula lapangan terbang sepenuhnya dan memastikan persekitaran yang selamat kepada semua pengembara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini