PUTRAJAYA: Malaysia Airlines dan syarikat teknologi multinasional, Google telah bekerjasama untuk memacu peningkatan Malaysia sebagai destinasi pelancongan peringkat teratas sambil mendorong evolusi digital dalam sektor penerbangan.
Perkongsian dinamik itu mewakili pencapaian penting dalam usaha Malaysia Airlines ke arah mendigitalkan kemajuan komersialnya bagi merangsang pertumbuhan dan permintaan daripada pasaran utama, mengukuhkan dedikasinya untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pusat pengembara antarabangsa.
Ketua Pegawai Komersial Malaysia Aviation Group (Syarikat Penerbangan), Dersenish Aresandiran melalui satu kenyataan berkata sebagai syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines amat komited untuk memacu pertumbuhan pelancongan dan memupuk pembangunan ekonomi di negara ini.
"Dengan memanfaatkan kuasa inovasi dan kepakaran teknologi Google, kami yakin dapat membuka peluang baharu, meningkatkan pengalaman perjalanan selain mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pelancongan terkemuka di rantau ini, sejajar dengan wawasan kerajaan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026)," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Google Malaysia, Pakistan dan Pasaran Perbatasan, Farhan Qureshi berkata sektor pelancongan Malaysia bersedia untuk pertumbuhan yang ketara dan Google komited menyokong Malaysia Airlines dalam memanfaatkan peluang ini.
Dengan bekerjasama dengan Google, Malaysia Airlines mahu memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) serta teknologi digital yang canggih bagi meningkatkan operasi komersialnya, menyelaraskan proses dan menyediakan pengalaman yang disesuaikan kepada pengembara.
Kerjasama itu bertujuan untuk memupuk pertumbuhan serta inovasi yang berterusan merentas pelbagai domain produk kritikal, merangkumi Google Pay, Google Flights dan penyelesaian pemasaran dikuasakan AI, membolehkannya memupuk ekosistem holistik yang mengutamakan pengalaman pelanggan yang lancar.
Dengan permintaan perjalanan ditetapkan untuk melepasi tahap pra-pandemik, syarikat penerbangan itu juga merancang memanfaatkan penyelesaian inovatif bagi memacu pertumbuhan dan saluran pemasarannya, meletakkan syarikat penerbangan itu untuk pelan pengembangan rangkaian yang besar tahun ini.
Malaysia Airlines yang menggunakan Performance Max yang dikuasakan AI Google akan boleh meningkatkan kempen pemasarannya, menjamin jangkauan yang lebih luas, kaitan dan pulangan pelaburan dalam pasaran perjalanan yang sangat kompetitif.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
![Malaysia Airlines, Google bekerjasama pacu pelancongan Malaysia Airlines, Google bekerjasama pacu pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710312789_Mashup.jpg)
Perkongsian dinamik itu mewakili pencapaian penting dalam usaha Malaysia Airlines ke arah mendigitalkan kemajuan komersialnya.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/61441033326_MASLOGO.jpg)
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
![Yang Dipertua Dewan Negara baharu adalah orang Sarawak - Abang Johari Yang Dipertua Dewan Negara baharu adalah orang Sarawak - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717772958_AbangJohariTunOpe.jpg)
Yang Dipertua Dewan Negara baharu adalah orang Sarawak - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu kelak, adalah orang Sarawak.
![Pesawat Malaysia Airlines dari Hyderabad berpatah balik susulan masalah enjin Pesawat Malaysia Airlines dari Hyderabad berpatah balik susulan masalah enjin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/51581080481_malaysiaairland.jpg)
Pesawat Malaysia Airlines dari Hyderabad berpatah balik susulan masalah enjin
Malaysia Airlines sahkan bahawa pesawat MH199 dari Hyderabad, India, ke Kuala Lumpur berpatah balik ke Hyderabad berikutan masalah enjin.
![Malaysia Airlines perluas operasi di Amritsar, sedia penerbangan harian Malaysia Airlines perluas operasi di Amritsar, sedia penerbangan harian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715320858_malaysiaairlines.jpg)
Malaysia Airlines perluas operasi di Amritsar, sedia penerbangan harian
Malaysia Airlines meningkatkan kekerapan penerbangan Amritsar-Kuala Lumpur daripada empat kali kepada tujuh kali seminggu.
![21,517 jemaah kini berada di Mekah, tumpu ibadat menjelang hari wuquf 21,517 jemaah kini berada di Mekah, tumpu ibadat menjelang hari wuquf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715160957_kaabahhajiarabs.jpg)
21,517 jemaah kini berada di Mekah, tumpu ibadat menjelang hari wuquf
Syed Saleh memaklumkan jemaah yang masuk ke Madinah sebelum ini juga sudah berada di Mekah.
![A330neo Malaysia Airlines pesawat pertama tepati piawaian terkini pelepasan CO2 A330neo Malaysia Airlines pesawat pertama tepati piawaian terkini pelepasan CO2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717106408_AneoMalaysiaAir.jpg)
A330neo Malaysia Airlines pesawat pertama tepati piawaian terkini pelepasan CO2
Sebanyak 20 pesawat A330neo yang dibeli oleh Malaysia Airlines merupakan pesawat pertama mendapat perakuan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) bagi piawaian baharu pelepasan karbon d
![Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715320858_malaysiaairlines.jpg)
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
![Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712718912_Kebakaran.jpg)
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
![Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370 Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714804562_AnthonyLoke.jpg)
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
![Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711099327_MAS.jpg)
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan
Penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.