MELAKA: Kerajaan negeri melalui Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) melakar sejarah apabila Makmal Diagnostik COVID-19 miliknya diberi kelulusan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menjalankan ujian makmal RT-PCR dan RTK-Ag untuk mengesan jangkitan COVID-19.
Pejabat Ketua Menteri Melaka dalam satu kenyataan di sini memaklumkan sistem Makmal Diagnostik PBM tersebut juga turut disokong oleh sistem Tracvirus.
"Dengan kelulusan yang diberikan berkuat kuasa mulai semalam, PBM kini dibenarkan untuk menjalankan kedua-dua ujian berkenaan, sekali gus berupaya menyokong aktiviti saringan yang dijalankan oleh fasiliti kesihatan KKM, seterusnya membantu mempercepatkan usaha mengawal jangkitan wabak tersebut dalam komuniti," menurut kenyataan itu.
Jelasnya, makmal tersebut mampu menerima sebanyak 250 sampel RT-PCR dan ujian RTK-Ag setiap hari.
"Keputusan ujian RT-PCR boleh diperoleh dalam tempoh 24 jam manakala bagi ujian RTK-Ag, keputusan ujian boleh diperoleh dalam tempoh kurang satu jam.
"Dengan itu, ia memberikan pilihan tambahan kepada hospital swasta dan klinik-klinik di Melaka yang menawarkan ujian calitan COVID-19 untuk mendapatkan ujian RT PCR dengan makmal ini," katanya.
Kenyataan itu memberitahu selain daripada ujian makmal, PBM juga boleh menawarkan perkhidmatan kaunter ujian saringan bergerak atau 'on-site' untuk COVID-19 dengan kerjasama klinik dan hospital panel.
Justeru, individu atau syarikat yang ingin membuat ujian saringan COVID-19 boleh berurusan dengan makmal ini melalui tempahan awal menerusi talian 010-530 2600.
Menurut kenyataan itu, dengan kemudahan fasiliti makmal terbaharu PBM itu, kerajaan Melaka berharap ia bukan sahaja dapat membantu mengurangkan beban sampel di Hospital Melaka, malah boleh membantu mengurangkan beban sampel di fasiliti kesihatan KKM khususnya di zon selatan melibatkan Johor dan Negeri Sembilan.
"Sehingga kini, terdapat 35 fasiliti swasta yang telah diiktiraf untuk menjalankan ujian tersebut di seluruh negara termasuk kini sebuah makmal swasta di Melaka," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 02 2021

Sistem Makmal Diagnostik PBM tersebut juga turut disokong oleh sistem Tracvirus. - Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Makmal diagnostik PBM dapat kelulusan jalankan ujian saringan COVID-19
Sistem Makmal Diagnostik PBM tersebut juga turut disokong oleh sistem Tracvirus.