KANGAR: Seorang lagi pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes penerimaan suapan dianggar berjumlah RM88,000.
Perintah reman yang berkuat kuasa sehingga 21 Mac itu dikeluarkan Majistret Kamaliza Md Zain di sini hari ini.
Pembantu penguat kuasa itu disyaki menerima rasuah daripada proksi sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemandu lori yang melanggar undang-undang.
Penahanan suspek berusia 54 tahun itu dibuat susulan tangkapan dua pembantu penguat kuasa JPJ Perlis, terdahulu pada Selasa.
Dia dipercayai menerima suapan dianggarkan sebanyak RM5,000 setiap bulan, berdasarkan transaksi proksi berkenaan, bermula dari 2018 hingga 2019.
Terdahulu, suspek ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis pada jam 5.40 petang semalam menerusi Op Sukat SPRM selepas dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes itu.
BACA: JPJ sahkan 32 anggota ditahan disyaki terbabit rasuah
Sementara itu, perintah reman terhadap dua pembantu penguat kuasa JPJ Perlis yang berakhir hari ini disambung sehingga Ahad.
Sehingga kini, empat individu termasuk seorang orang awam ditahan bagi membantu siasatan berkenaan kes berkenaan di Perlis.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Mar 19 2021
![Makan suap RM5,000 setiap bulan, lagi penguat kuasa JPJ ditahan Makan suap RM5,000 setiap bulan, lagi penguat kuasa JPJ ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51616133382_remanrasuahKanga.jpg)
Pembantu penguat kuasa itu disyaki menerima rasuah daripada proksi sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemandu lori yang melanggar undang-undang. - Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Bekalan air di Arau dan Kangar kembali pulih Bekalan air di Arau dan Kangar kembali pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81651651977_WaterPipe.jpg)
Bekalan air di Arau dan Kangar kembali pulih
Kerja baik pulih kerosakan suis utama pam air bersih di LRA berkenaan siap sepenuhnya dan loji itu telah beroperasi pada tahap maksimum 100 peratus.
![Sports Toto mohon kebenaran semakan semula kehakiman terhadap pemberhentian lesen oleh kerajaan Perlis Sports Toto mohon kebenaran semakan semula kehakiman terhadap pemberhentian lesen oleh kerajaan Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716431431_SportsToto.jpg)
Sports Toto mohon kebenaran semakan semula kehakiman terhadap pemberhentian lesen oleh kerajaan Perlis
STM Lottery dan empat individu mahu mahkamah batalkan keputusan kerajaan negeri yang menafikan pembaharuan lesen premis perniagaan mereka.
![[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman [KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714456434_MOHDSHUKRIRAMLIjp.jpg)
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
![Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024 Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714303659_FAMAMalaysia.jpg)
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
![MAIPs peruntuk RM3.06 juta Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman MAIPs peruntuk RM3.06 juta Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711462954_MAIPS.jpg)
MAIPs peruntuk RM3.06 juta Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman
MAIPs memperuntukkan RM3.06 juta bagi Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman yang diagihkan menerusi kariah masjid seluruh negeri itu sepanjang tahun ini.
![Perlis, Hulu Perak dan Beaufort catat gelombang haba - MetMalaysia Perlis, Hulu Perak dan Beaufort catat gelombang haba - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710756648_TBGENERICPANAS.jpg)
Perlis, Hulu Perak dan Beaufort catat gelombang haba - MetMalaysia
Menurut MetMalaysia, sebanyak 29 kawasan di Semenanjung, tiga di Sarawak dan satu di Sabah merekodkan suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga.
![Polis Perlis pantau penjualan mercun dan periksa stor penyimpanan Polis Perlis pantau penjualan mercun dan periksa stor penyimpanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707467707_mercun.jpg)
Polis Perlis pantau penjualan mercun dan periksa stor penyimpanan
Pemantauan dan semakan itu bagi memastikan kaedah penyimpanan mercun tersebut mematuhi peraturan, antaranya, disimpan di kawasan selamat.
![Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10 Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710115597_zakatfitrah.jpg)
Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10
Bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, kadar pengeluaran ialah satu gantang Nabawi seorang atau bersamaan 2.6 kilogram.
![Perlis tutup premis judi terakhir Perlis tutup premis judi terakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709868235_TBserbupremisjp.jpg)
Perlis tutup premis judi terakhir
Sebelum ini, Perlis mempunyai enam cawangan loteri tetapi telah menghentikan operasi antara Julai dan Oktober tahun lepas.
![Peralatan tangkap ikan haram bernilai lebih RM615,000 dirampas di Kedah, Perlis Peralatan tangkap ikan haram bernilai lebih RM615,000 dirampas di Kedah, Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705659264_TBOPERASIKHASMAR.jpg)
Peralatan tangkap ikan haram bernilai lebih RM615,000 dirampas di Kedah, Perlis
1,494 unit bubu naga serta peralatan menangkap ikan haram bernilai RM615,280 dirampas dalam operasi khas dilaksanakan Jabatan Perikanan Malaysia.