KUALA LUMPUR:Dakwaan yang dilemparkan segelintir individu di media sosial yang menuduh guru hanya makan gaji buta sepanjang tempoh penutupan sekolah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sememangnya amat berat untuk ditelan.
Selain dikatakan makan gaji buta, paling teruk ada juga yang menyarankan supaya kerajaan melibatkan guru dalam tugas barisan hadapan seperti menjaga sekatan jalan raya.
Tuduhan yang mempertikaikan profesionalisme pendidik itu pastinya mengguris hati para guru yang kini berjumlah kira-kira 420,000 orang di seluruh negara.
Hakikatnya, tidak ada istilah makan gaji buta bagi guru yang kini berhadapan cabaran baharu apabila terpaksa melaksanakan tanggungjawab mendidik melalui sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPDR)
Satu tinjauan ringkas yang melibatkan 1,742 guru sekolah rendah dan menengah kerajaan serta swasta membuktikan dakwaan itu sangat tidak tepat.
Dalam soal selidik yang dijalankan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) November lepas, 85 peratus guru menyatakan mereka meluangkan antara satu hingga empat jam sehari melaksanakan aktiviti PdPDR manakala baki 15 peratus memperuntukkan lebih dari empat jam sehari.
Bagi kaedah pengajaran yang digunakan, 37 peratus melalui dalam talian, 16 peratus secara luar talian, 45 peratus secara dalam talian dan luar talian manakala yang selebihnya berada di pusat-pusat komuniti untuk mengedar dan mengutip nota, latihan dan tugasan yang diberikan kepada murid.
Ketua kajian Prof Madya Dr Azlin Norhaini Mansor berkata dapatan yang diperoleh menunjukkan majoriti guru melaksanakan tugas hakiki mengajar ketika PKP dan PKPB dengan mengikut jadual waktu yang diberikan kepada mereka.
"Mungkin ada yang musykil mengapa majoriti guru mengajar tidak sampai pun empat jam sehari?. Apa yang dijelaskan oleh guru yang terlibat dalam tinjauan itu, tugas sebenar mereka bukan sahaja mengajar sebaliknya ada lagi tugas-tugas lain yang berkaitan pentadbiran perlu dilaksanakan.
"Antaranya menyemak tugasan murid, menyediakan bahan bantuan mengajar, merekod data kehadiran dan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan pengetua atau guru besar serta Pejabat Pendidikan Daerah," katanya kepada Bernama di sini.
Dalam tinjauan itu juga guru yang terlibat turut berkongsi cabaran dan kekangan PdPDR atau home-based learning (HBL) dengan 80 peratus menyatakan cabaran utama mereka adalah memastikan keberadaan murid semasa kelas berlangsung.
Ini diikuti cabaran dalam menyesuaikan kaedah pengajaran dengan keperluan dan kesediaan murid, di samping perlu memastikan murid dapat memberi tumpuan agar mereka faham dan seronok belajar dalam setiap kelas yang diadakan.
"Selain itu sebanyak 70 hingga 80 peratus menyatakan masalah kestabilan internet, kebolehgunaan peranti mengajar seperti komputer, telefon, tablet, ruang pembelajaran murid, sokongan ibu bapa dan keprihatinan kepimpinan sekolah.
"Cabaran lain yang menggugat kredibiliti guru, seperti Astro, Netflix, video game dan lain-lain yang seumpamanya yang boleh diakses pada bila-bila masa secara percuma dan lebih mengujakan murid sekolah khususnya para remaja," katanya, sambil menambah laporan lengkap tinjauan dijangka siap Januari tahun depan.
Beliau berkata dalam hal pendidikan, tidak wajar guru sahaja dipersalahkan kerana banyak perkara yang perlu diambil kira antaranya masalah kesihatan mental dan fizikal pelajar yang 'terkurung' berikutan PKP dan PKPB, ruang dan kediaman yang tidak selesa, konflik keluarga dan persoalan lain yang turut mengganggu pembelajaran pelajar.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berpendapat sentimen atau tuduhan melulu individu atau pihak yang menyatakan guru makan gaji buta ketika PKP dan PKPB disebabkan mereka tidak memahami tugas dan tanggungjawab guru.
Beliau berkata jika gaji guru hanya perlu dibayar ketika mengajar di dalam kelas, itu adalah satu tanggapan yang sangat salah kerana banyak beban dan cabaran guru terutama ketika PKP dan PKPB dalam memastikan pelajar meneruskan pembelajaran di rumah.
Ini termasuk mempersiapkan nota-nota pengajaran, dokumen dan sebagainya sebelum melakukan pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam talian atau luar talian, katanya.
"Apakah kita mampu berkata kepada ahli bomba, mereka makan gaji buta kerana mereka tidak memadamkan api, atau kita kata pihak polis memakan gaji buta kerana tidak menangkap pencuri atau penjenayah.
"Walaupun kelas ditutup, kuliah tidak ada, tidak bermakna guru makan tidur semata-mata. Mereka tetap bertugas seperti biasa terutama mempersiapkan nota-nota semasa PKP untuk dikongsikan dengan pelajar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020
Guru Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Paroi Jaya, Seremban, Chen Boon Kin, sedang mengadakan kelas Bahasa Inggeris secara dalam talian bersama murid-murid Tahun 5 di rumahnya di Taman Seremban Selatan, 20 Nov, 2020. --fotoBERNAMA
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Laporan media menyatakan 24 menteri dalam kerajaan gabungan Netanyahu menyokong perjanjian itu, manakala lapan lagi menolaknya.
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).
KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.
Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah
Mohd Azhar mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Hanya 40 peratus hli NUTP mencarum insurans kesatuan
Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata ia menunjukkan tahap kesedaran guru terhadap kepentingan mencarum insurans masih rendah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang guru lelaki berusia 53 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran petang tadi.
Guru dipenjara hanya kerana tegur anak polis
Pihak sekolah turut mengesahkan murid tersebut tidak dipukul seperti didakwa, namun tidak diterima ibu bapanya.
Video ajar tulisan jawi, Cikgu Lorenica Frenila raih pujian
Kemahiran dalam penulisan jawi itu diperoleh Lorenica Frenila Masundim ketika menuntut di IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu pada 2010.
Pemimpin dan pentadbir pendidikan disaran kuasai AI
Saifuddin Nasution berkata pengetua, guru besar serta guru perlu sekurang-kurangnya memastikan pelajar mereka tahu mengenai istilah AI.