ALOR SETAR: Sebuah makam lama berusia 140 tahun yang dipercayai milik Sultan Kedah ke-25, Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II ditemui di Kota Bukit Pinang, mukim Bukit Pinang di sini.
Ahli Jawatankuasa Anjung Warisan Pustaka Pak Wan, Mohd Jamil Ramli berkata, Sultan Zainal Rashid II merupakan anakanda kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah dan Wan Jah Luang Nik Abidin.
Menurutnya, baginda telah memerintah selama tiga tahun dari 1879 hingga 1881 sebelum mangkat dan digantikan dengan Sultan Kedah ke-26, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
"Kami percaya kemungkinan terdapat 100 kubur atau lebih lagi termasuklah milik isteri baginda, Tunku Mariam Tunku Dhiauddin, kerabat, pembesar dan ulama di kompleks makam ini.
"Malah ada makam yang dipercayai berusia 400 tahun termasuklah makam dari zaman Sultan Kedah ke-18, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I hinggalah ke zaman Sultan Zainal Rashid II," katanya.
Mohd Jamil berkata, sisa-sisa bangunan Istana Bukit Pinang dan kota pemerintahan di puncak Bukit Pinang yang hanya berada sekitar 300 meter (m) dari tapak makam itu menguatkan lagi kepercayaan mereka.
"Pandangan itu pernah disuarakan Allahyarham Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof kepada saya selepas beliau melawat kawasan kompleks makam yang terletak di seberang jalan utama Bukit Pinang pada tahun 2019," katanya.
Bagaimanapun, katanya, tokoh sejarawan Kedah itu tidak dapat meneruskan usaha untuk terus membuat kajian lanjut apabila beliau menghembuskan nafas terakhir pada Disember tahun lepas.
Mohd Jamil mengakui berasa agak sedih mengenangkan keadaan makam dalam keadaan semak samun dan tidak terjaga ketika melakukan beberapa kali siri lawatan ke sekitar kompleks makam tersebut.
Sehubungan itu, beliau memohon supaya pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan makam di kompleks berkenaan terus dipulihara dan dijaga dengan baik.
"Kita juga berharap pihak berkuasa dapat mewartakan kawasan tanah makam dan memastikan ia tidak dipindah milik kepada mana-mana pihak demi memulihara warisan berkenaan," katanya.
Sebelum itu, Mohd Jamil meninjau sisa-sisa bangunan Istana Bukit Pinang yang masih ada di puncak Bukit Pinang yang dipercayai digunakan terakhir ketika pemerintahan Sultan Zainal Rashid II.
Penduduk tempatan, Chan Kah Sung, 52, berkata, ada beberapa kesan bangunan istana lama berkenaan masih boleh dilihat ketika ini seperti gerbang, kubu, perigi dan menara peninjau.
"Dahulu saya dapati kebanyakan binaan masih kukuh dan memang cantik kerana ada taman, balairong seri dan sebagainya namun kini kebanyakan telah rosak," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Dec 06 2021

Mohd Jamil menunjukkan kawasan makam dipenuhi semak samun dipercayai milik Sultan Kedah ke-25, Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II. - Foto Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Bimbang tanah makam dijadikan projek pembangunan
Pihaknya merayu kompleks makam menempatkan lebih 100 kubur termasuk dipercayai makam Sultan Kedah ke-25, Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II dikekalkan dan tidak dibangunkan.

Makam lama berusia 140 tahun ditemui
Makam lama berusia 140 tahun yang dipercayai milik Sultan Kedah ke-25, Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II ditemui.