Tinjauan terhadap 1,027 rakyat Malaysia mendapati majoriti responden mengutamakan kepentingan warga tempatan berbanding golongan pelarian.
Bagaimanapun, pandangan ini lebih popular dalam kalangan responden yang lebih berumur dengan 92 peratus daripada golongan berusia 31 tahun ke atas yang bersetuju berbanding 74 peratus daripada mereka yang berusia 30 tahun ke bawah.
Ini berdasarkan hasil tinjauan ‘Malaysia’s Temperature Check’ yang dijalankan oleh Undi 18, Architects of Diversity dan Vase.ai bagi membandingkan pandangan terhadap isu-isu semasa mengikut umur.
Antaranya termasuk isu pelarian yang menjadi pertikaian sejak kebelakangan ini, terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu yang menyaksikan pelarian Rohingya dihantar pulang ke Bangladesh.
31 peratus responden berusia 30 tahun ke bawah kurang pasti sama ada tindakan kerajaan menghantar pulang pelarian adalah langkah yang wajar, manakala 82 peratus responden 31 tahun ke atas bersetuju.
Dalam pada itu, berhubung sama ada golongan pelarian patut dibenarkan bekerja, 41 peratus responden bawah 30 tahun kurang pasti, berbanding 60 peratus responden 31 tahun ke atas tidak setuju.
Selain isu pelarian, golongan muda turut menunjukkan pendirian lebih positif terhadap pelaksanaan cukai.
45 peratus responden bawah 31 tahun bersetuju bahawa kerajaan patut meningkatkan cukai bagi menambah peruntukan sistem kesihatan negara, manakala 45 peratus rakyat berusia 31 tahun ke atas tidak setuju.
Selain itu, kedudukan agama dalam masyarakat dan politik antara aspek yang turut menjadi pertikaian responden dalam tinjauan ini.
29 peratus responden bersetuju bahawa mereka mengutamakan pemimpin yang beragama berbanding yang mematuhi undang-undang, sementara 39 peratus tidak bersetuju.
Manakala 31 peratus kurang pasti sama ada agama lebih penting dilindungi berbanding ekonomi.
Isu bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara juga mendapat kepelbagaian pandangan.
37 peratus responden bersetuju untuk menghapuskan sekolah vernakular manakala 38 peratus pula tidak bersetuju.
Berhubung penggunaan Bahasa Melayu dalam subjek Sains dan Matematik, 45 peratus bersetuju sementara 38 peratus yang lain tidak bersetuju.
Tambahan, 24 peratus responden tidak bersetuju bahawa Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) patut digunakan untuk kemasukan ke universiti awam manakala 35 peratus bersetuju.
Tinjauan dijalankan secara dalam talian ke atas responden pada 3 September lalu menggunakan mekanisme persampelan secara aktif.
Responden dipilih berdasarkan etnik, gender, negeri, jenis pekerjaan dan pendapatan isi rumah supaya ia dapat memberi gambaran ciri-ciri rakyat yang lebih tepat.
Nailah Huda
Thu Sep 17 2020
Tinjauan mendapati pandangan itu lebih popular dalam kalangan golongan berusia 31 tahun ke atas berbanding yang berusia 30 tahun ke bawah. Foto - REUTERS.
Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.
Hubungan Malaysia-Argentina dijangka terus mekar - Duta Nur Azman
Nur Azman menekankan kemajuan besar dalam kerjasama politik, ekonomi, dan sosiobudaya antara kedua-dua negara.
Rusia perkenal cukai pelancong baharu
Bermula 1 Januari 2025, pelancong yang menginap di hotel dan penginapan lain akan dikenakan tambahan satu peratus daripada kos penginapan mereka.
Ukraine - Rusia: Zelenskiy yakin AS akan terus beri sokongan kuat
Zelenskiy, dalam video ucapan sempena Tahun Baru menegaskan Ukraine akan terus kuat untuk mendapatkan kembali keamanan dan mendapat penghormatan dari seluruh dunia.
Perakam data penerbangan dihantar ke AS untuk analisis
Kementerian Pengangkutan Korea Selatam pada Rabu berkata, ini kerana perakam penerbangan tersebut mengalami kerosakan luaran yang teruk sehinggakan pihaknya tidak dapat mengekstrak data.
Pemandu sengaja rempuh orang ramai, tembak dua pegawai polis
Menurutnya, insiden tersebut tiada kena mengena dengan pemanduan di bawah pengaruh alkohol (DUI)..sebaliknya, pihaknya berpendapat ia lebih kompleks dan serius daripada itu..
10 terbunuh, 30 tercedera dirempuh trak semasa sambutan tahun baharu
Menurut agensi kerajaan bandar itu, kejadian tersebut berlaku semasa sambutan malam tahun baru
Mesyuarat ASEAN platform promosi langkawi sebagai destinasi pelancongan
Pemilihan Langkawi sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN pada tahun ini dilihat dapat menjadi platform terbaik untuk mempromosi pulau peranginan itu.
Kerajaan laksana tempoh percubaan kod QR di KLIA
Kerajaan akan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan Kod Respons Pantas (QR) khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2025 buka tirai, rai kelahiran Generasi Beta
Tahun 2025 yang membuka tirai tepat pada 12 tengah malam tadi menandakan kelahiran generasi baharu dikenali sebagai Generasi Beta (Gen Beta). Gen Beta akan bermula dengan bayi yang lahir dari tahun ini hingga 2039, iaitu selepas generasi terdahulu Gen Alpha (lahir pada 2010 hingga 2024) dan Gen Z (generasi yang dilahirkan selepas 1996).
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya kenyataan itu berbaur hasutan yang berupaya mencetus bibit keganasan dan pergaduhan kaum.
Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.