KUALA LUMPUR: Majlis Ulama UMNO (MUU) akan berfungsi sebagai cabang yang berperanan untuk mengangkat martabat agama Islam dan bukan bertujuan untuk mewujudkan kembali sebarang gabungan politik, kata Pengerusinya, Datuk Dusuki Ahmad.
Beliau berkata, penubuhan majlis berkenaan akan fokuskan kepada pencarian penyelesaian kemaslahatan yang membelenggu umat Islam dan negara Islam.
"Kita akan lebih berperanan untuk memikul tanggungjawab sosial ke arah untuk menyelesaikan masalah islam, masalah umat Islam dan masalah negara Islam.
"Selama ini dilihat golongan agama agak dipinggirkan, jadi sekarang kita mahu mengukuhkan kerjasama dan penyatuan dari segi itu," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Anggota Tertinggi Majlis Ulama UMNO, kali pertama di Menara Dato Onn, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persoalan mengenai adakah Majlis Ulama UMNO akan berperanan untuk mewujudkan kembali gabungan politik antara UMNO dan parti lain seperti Muafakat Nasional terdahulu.
Setiausaha Eksekutif MUU, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, mesyuarat itu juga telah meluluskan 30 Mercu Tanda MUU Fasa Permulaan bagi tahun 2023 hingga 2024, melibatkan perancangan strategik jangka masa pendek dan panjang untuk memberikan impak kepada parti serta rakyat.
Tiga daripada Mercu Tanda berkenaan ialah penganjuran Program Halaqah yang akan menjadi program tetap pentarbiahan ahli parti, sidang Muzakarah Meja Bulat MUU dan menyemarakkan peranan Pusat Islam Pusat Dagangan Dunia (WTC).
"Perincian mercu tanda yang lain akan dimaklumkan kepada ahli parti dan umum dari semasa ke semasa," katanya.
Selain itu, mesyuarat itu turut menggariskan empat peranan utama penubuhan majlis berkenaan, meliputi peranannya untuk menasihati parti bagi merealisasikan asas dan tujuan UMNO seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Parti berkenaan, membabitkan agama Islam.
"Kedua, mendidik dan mentarbiah ahli parti supaya selaras dengan asas dan tujuan parti seterusnya beristiqamah dengan Islam, agar menjadi Muslim bertaqwa serta warganegara yang baik.
"Ketiga, majlis ini juga akan memainkan peranannya menasihati kerajaan agar sentiasa bertindak selaras dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia, iaitu Islam sebagai agama Persekutuan.
"Keempat, menangani isu semasa melibatkan kepentingan umat Islam di dalam dan luar negara, serta membimbing umat untuk sentiasa istiqamah dengan Islam dan menjadi warganegara yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023
Mesyuarat Anggota Tertinggi Majlis Ulama UMNO kali pertama berlangsung di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur, pada Isnin. - Foto Twitter/Khairuddin
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Semua pihak bertanggungjawab atas keputusan PRN - Majlis Ulama UMNO
Majlis Ulama UMNO berkata, tanggungjawab itu tidak hanya diletakkan ke atas individu tertentu sahaja.
Umat Islam tak wajar terlibat penerbitan filem bertentangan akidah - Khairuddin
Kenyataan itu merujuk kepada filem 'Mentega Terbang' yang sedang hangat diperkatakan umat Islam.
Majlis ulama UMNO tumpu angkat martabat umat Islam - Dusuki
Majlis Ulama UMNO (MUU) akan berfungsi sebagai cabang yang berperanan untuk mengangkat martabat agama Islam.