KUANTAN: Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2024 Masihi di Pahang lambang manifestasi komitmen antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam memastikan syiar Islam terus dipertahan serta dimartabatkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata usaha ini sekali gus mendukung ke arah pemerkasaan Islam seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Tilawah ini merupakan manifestasi antara komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri untuk meneruskan agenda mempertahankan syiar Islam bukan sahaja di Pahang tetapi di Malaysia.
"Diharapkan kerjasama antara JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dapat kita kukuhkan serta pastikan majlis kali ini adalah yang terbaik," katanya selepas prapelancaran majlis tilawah itu yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di sini hari ini.
Majlis tilawah dan hafazan itu dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei depan di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini dan dijangka dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Mengulas mengenai pembabitan peserta muda, Mohd Na'im berkata sambutan sangat positif memandangkan lebih ramai golongan muda menyertai majlis kali ini.
Tilawah dan hafazan kali ini melibatkan seramai 110 peserta berusia antara 14 hingga 25 tahun dan setiap negeri diwakili lapan peserta iaitu dua bagi kategori tilawah serta enam untuk hafazan.
Sementara itu, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM2.734 juta bagi penganjuran majlis itu termasuk duit poket RM1,000 kepada setiap peserta.
"Ini merupakan kali ketiga Pahang menjadi tuan rumah untuk majlis ini selepas penganjuran pertama pada 2011 dan kerajaan negeri turut menyumbang kira-kira RM2 juta bagi menjayakan majlis itu," katanya sambil menambah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) turut menyumbang lima gram bar emas (hadiah tambahan) kepada johan semua kategori tilawah dan hafazan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024
![Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran manifestasi komitmen kerajaan martabat agama Islam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran manifestasi komitmen kerajaan martabat agama Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715424020_WanRosdyWanIsmail.jpg)
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menyempurnakan gimik Pra Pelancaran MTHQK Peringkat Kebangsaan. - Foto Bernama
Fokus Minggu Depan: Garis panduan, muhibah dan sensitivity
Ikuti ulasan Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin mengenai garis panduan bagi muslim yang mengikuti program anjuran bukan muslim dalam konteks kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.
Pesawat Bering Air yang hilang dijumpai terhempas, semua penumpang maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Trump sekat ICC: Beri isyarat Israel kebal undang-undang - Amnesty
Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard mengecam perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menyifatkannya sebagai tindakan "melulu" yang memberi isyarat bahawa Israel berada di atas undang-undang dan melemahkan prinsip keadilan sejagat.
Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
Kinabatangan kini berdepan banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun, dengan paras air melepasi tahap bahaya dan memaksa penduduk di beberapa kampung berpindah ke pusat pemindahan sementara.
![Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738553906_TBOlafScholzjp.jpg)
Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump
Scholz mengecam cadangan Trump agar bantuan ketenteraan berterusan kepada Ukraine harus dikaitkan dengan akses kepada sumber asli negara itu.
![Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739011710_Afghanistan.jpg)
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari
Seramai 18,300 pelarian Afghanistan pulang ke negara asal pada Januari tahun ini.
![Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024 Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739012198_NinoyAquinoInterna.jpg)
Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024
Selain larangan masuk, individu terbabit turut dimasukkan ke dalam senarai hitam biro sebagai "warga asing tidak diingini".
![Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739010550_TBMAJLISBELIA.jpg)
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Assalamualaikum RARA tarik lebih ramai pengunjung
Program Assalamualaikum RARA 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani jadi tarikan menarik ramai pengunjung, hadir ke program anjuran Astro.
![Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739009614_anwarrahman.jpg)
Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar
Anwar berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Tunku Abdul Rahman menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan MADANI.
![Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024 bermula hari ini Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024 bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716428738_JakimAlQuran.jpg)
Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024 bermula hari ini
Ikuti secara langsung di TV1, TV Al-Hijrah, web TV, media sosial Jakim mulai 9 pagi hingga 4.30 petang bagi hafazan, jam 9 malam tilawah.
![Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran manifestasi komitmen kerajaan martabat agama Islam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran manifestasi komitmen kerajaan martabat agama Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715424020_WanRosdyWanIsmail.jpg)
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran manifestasi komitmen kerajaan martabat agama Islam
Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2024 Masihi lambang manifestasi komitmen kerajaan memastikan syiar Islam terus dipertahan.
![Pahang tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024 Pahang tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707825396_TBROSDY.jpg)
Pahang tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024
Pahang menjadi tuan rumah penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 HIjrah/2024 Masihi yang dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei depan.