Pertukaran agama terhadap dua kanak-kanak berusia lima dan lapan tahun kepada agama Islam di Negeri Sembilan pada April 2013 tidak berlandaskan perlembagaan.
Mengulas isu tersebut, Majlis Peguam berkata pertukaran agama seperti kes tersebut tidak dapat diterima dan tidak berlandaskan perlembagaan.
"Pertukaran agama anak oleh seorang penjaga tanpa pengetahuan pihak penjaga lain mengundang ketidakadilan sosial,' kata Presiden Majlis Peguam Christopher Leong.
Leong merujuk kepada Artikel 12(3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan "tiada pihak boleh menerima arahan atau mengambil bahagian atau menganut agama selain kerelaan dirinya sendiri."
Berhubung mereka yang berumur bawah 18 tahun, Artikel 12 (4) memperuntukkan "agama harus diputuskan oleh ibu bapa atau penjaga."
Leong menjelaskan Artikel 160 dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan "perkataan merujuk jantina lelaki juga tertakluk kepada wanita", dan "perkataan tunggal juga merujuk kepada majmuk dan majmuk merujuk tunggal".
"Oleh itu, Artikel 12(4) mesti dirujuk sebagai agama anak-anak (lelaki atau perempuan) di bawah umur 18 tahun diputuskan oleh ibu bapa jika mereka masih hidup," jelas Leong.
"Maka, pertukaran agama anak jelas bercanggah dengan perlembagaan."
Pada masa ini, Leong berkata terdapat kekeliruan dalam versi Bahasa Malaysia Perlembagaan Persekutuan berhubung Artikel 12(4).
"Sehingga 2002, versi Bahasa Malaysia diterbitkan oleh pencetakan kerajaan menterjemah "parent" sebagai "ibu bapa" merujuk majmuk."
"Yang pelik, edisi 2002 terjemahan Perlembagaan Persekutuan, perkataan 'parent' diterjemah sebagai "ibu atau bapa". Ada juga versi yang guna istilah 'ibu bapa' dan ada yang menyebut 'ibu atau bapa'.
Leong berkata pihak berkuasa kini menggunakan terjemahan Bahasa Malaysia baru ini "parent" sebagai "ibu atau bapa" dilihat "sebagai pindaan kurang tepat terhadap perlembagaan."
Leong turut memetik pada April 2009 bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata pasangan yang telah berpisah harus mengekalkan agama anak-anak mereka seperti masa perkahwinan mereka.
Beliau menjelaskan kerajaan dengan jelas mengesahkan kedudukan ini dengan memperkenalkan pindaan dalam Akta Pindaan (Kahwin dan Cerai) 1976.
Dalam satu kes di Negeri Sembilan, S Deepa, 29, berkata dia dan suami telah mengikat tali perkahwinan pada 2004 dan tanpa disedari suaminya telah memeluk Islam.
Teoh El Sen
Tue Jun 18 2013
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.
Pengajian Islam masih guna pakai kerangka akademik barat yang lama - Muhammad Yahya
Sistem pendidikan Islam memerlukan pendekatan baharu untuk disesuaikan dengan realiti semasa.
Potensi pelaburan syariah kekal kukuh - Pakar
Potensi pelaburan patut syariah kekal kukuh walaupun terdapat ketidakstabilan pasaran dan kadar faedah yang tidak menentu.
Ibadah haji ajar umat Islam tinggalkan sikap keakuan, megah diri
Hikmah terbesar ibadah haji adalah mengajar umat Islam supaya meninggalkan sikap keakuan serta membuang rasa megah dalam diri.
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.