Majlis Fatwa Kebangsaan sedang mengkaji penggunaan rokok elektronik atau vape dari pelbagai aspek sebelum memutuskan mengenai hukum penggunaannya kepada umat Islam.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata Felo Penyelidik Majlis Fatwa Kebangsaan bersama pakar kesihatan, ekonomi dan alam sekitar kini sedang menjalankan kajian tentang vape.
"Hasil penyelidikan kemudiannya akan dibentangkan kepada ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan serta mufti setiap negeri, barulah satu keputusan akan diambil mengenainya," katanya kepada Bernama.
Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Kabinet hari ini yang tidak mengharamkan penggunaan rokok elektronik.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor sebagai berkata Kabinet memutuskan perkara itu.
Abdul Shukor berkata keputusan penggunaan vape sama ada haram atau sebaliknya hanya akan diputuskan selepas beberapa proses kajian dilakukan.
"Ada beberapa proses yang perlu dilalui terlebih dahulu. Apabila selesai, keputusannya kita akan uar-uarkan kepada masyarakat.
"Rokok dan shisa sebelum ini telah diwartakan sebagai haram penggunaannya kerana kandungannya berupa tembakau yang jelas memudaratkan kesihatan," katanya.
Sementara itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam satu kenyataan hari ini berkata Kabinet mengenal pasti keperluan untuk mengadakan lebih banyak pendidikan kesihatan awam mengenai kesan pengambilan vape dan peraturan lebih ketat mengenai penggunaannya.
"Kementerian Kesihatan akan segera melaksanakan kedua-dua langkah itu," katanya dan menambah kejayaan kepada langkah tersebut dan kewujudan bukit seterusnya akan menentukan sama ada terdapat keperluan untuk melarang penggunaan vape di masa depan.
Dr Subramaniam berkata budaya mengguna vape di Malaysia dibincang secara menyeluruh oleh Kabinet yang kemudian mengambil kira kesan menghisap rokok dan rokok elektronik.
Bernama
Fri Oct 30 2015
![Majlis Fatwa kaji penggunaan vape Majlis Fatwa kaji penggunaan vape](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41441601277_electroniccigarette.jpg)
Majlis Fatwa Kebangsaan sedang mengkaji penggunaan rokok elektronik atau vape dari pelbagai aspek sebelum memutuskan mengenai hukum penggunaannya kepada umat Islam. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Jemaah haji diminta tidak sembunyi penyakit Jemaah haji diminta tidak sembunyi penyakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41454571242_TabungHaji.jpg)
Jemaah haji diminta tidak sembunyi penyakit
Bakal jemaah haji diminta tidak menyembunyikan penyakit mereka daripada pengetahuan Tabung Haji (TH).
![Majlis Fatwa kaji penggunaan vape Majlis Fatwa kaji penggunaan vape](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41441601277_electroniccigarette.jpg)
Majlis Fatwa kaji penggunaan vape
Majlis Fatwa Kebangsaan sedang mengkaji penggunaan rokok elektronik atau vape dari pelbagai aspek sebelum memutuskan mengenai hukum penggunaannya kepada umat Islam.
![Pemerintah kenakan GST hukumnya harus - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Pemerintah kenakan GST hukumnya harus - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/61429510400_295x200.jpg)
Pemerintah kenakan GST hukumnya harus - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menyatakan hukumnya harus selagi terdapat keperluan untuk negara dan rakyat.