Majlis akad nikah seorang juruteknik kilang bertukar kecoh seketika selepas seekor ular sawa memasuki enjin kereta miliknya.
Kejadian berlaku di hadapan rumah di Taman Jaya 2 di sini kira-kira jam 11.30 malam tadi.
Reptilia seberat tiga kilogram dengan kepanjangan 1.5 meter terbabit berjaya ditangkap anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin Temerloh.
Ketuanya, Penolong Penguasa Bomba, Hasnuddin Husin berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati reptilia terbabit berada di dalam enjin kereta jenis Toyota Vios.
Menurutnya, anggota terlibat menggunakan penjerut ular bagi menangkap haiwan reptilia berkenaan.
"Kita mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap ular tersebut dan ia dilepaskan ke tempat selamat jauh dari penempatan awam," katanya.
Sementara itu, abang kepada pemilik kereta, Faisalaslam Jaafar, 29, berkata, pada mulanya ular terbabit berada di atas tayar kereta milik adiknya, Faisal Asymawi Jaafar, 25, yang menikah pada malam tersebut.
"Kemudian ia memasuki ke dalam kawasan enjin kereta dan syukur berjaya ditangkap walaupun kecoh seketika majlis malam tadi," katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga datang dari Johor ke majlis berkenaan.
Sinar Harian
Sat Jun 15 2019

Ular sawa yang berjaya ditangkap dari enjin kereta tersebut. -Foto ihsan Bomba

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Majlis akad nikah kecoh, ular sawa masuk enjin kereta
Bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap ular tersebut dan ia dilepaskan ke tempat selamat jauh dari penempatan awam.