TAPAH: Majikan di negara ini dinasihatkan tidak hanya bergantung kepada pekerja asing dari Bangladesh dan Indonesia yang kini dilihat semakin meningkat.
Sebaliknya, mereka perlu mencari alternatif daripada 12 lagi negara yang telah dibuka.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, kebergantungan kepada dua negara sedikit sebanyak menimbulkan kesulitan kerana terlalu banyak syarat.
"Apabila kita bergantung kepada satu atau dua negara sahaja, terlalu banyak syarat. Bukan senang untuk saya sebagai Menteri untuk menyempurnakan semua permintaan mereka sebab saya perlu jaga kebajikan warga tempatan. Maka kita perlu melihat luar daripada out of box untuk mengambil pekerja-pekerja asing daripada negara-negara lain," katanya.
Beliau ditemui selepas majlis pelancaran jenteru PRU15 Barisan Nasional Parlimen Tapah di Arena Merdeka Tapah, pada Ahad.
Mengulas lanjut Saravanan berkata KSM telah berbincang dengan beberapa negara untuk melonggarkan beberapa syarat bagi mengatasi isu kelewatan kemasukan pekerja asing ke negara ini.
Perbincangan itu juga sebagai jalan penyelesaian isu kelewatan pekerja asing yang berkemungkinan berpunca daripada ejen.
“Kita dah ada jalan penyelesaian sekarang, yang mana kita sudah berbincang dengan pihak negara sumber dan melonggarkan beberapa syarat.
“Hasilnya, kita melihat peningkatan (kemasukan pekerja asing) sekarang,” katanya.
Beliau mengulas isu kelewatan pekerja asing yang sebelum ini dikatakan berpunca daripada ejen.
Beliau memberi contoh Bangladesh, dimana majikan perlu melalui beberapa proses yang agak panjang dan menyulitkan.
“Kalau kita lihat contoh sebelum ini, Bangladesh, apabila adanya permintaan daripada majikan selepas bayar levi.
“Majikan perlu sampaikan permohonan kepada duta untuk pengesahan dan duta pula membuat keputusan untuk melawat semua majikan.
“Kalau dia (duta) nak melawat semua majikan, lagi dua tahun pun tidak akan selesai. Maka diadakan perbincangan dengan pihak kedutaan Bangladesh dan menghapuskan perkara-perkara seperti itu," ujarnya.
Sebelum ini media melaporkan Saravanan sebagai berkata, isu berbangkit kelewatan kemasukan buruh asing ke negara ini bukan berpunca daripada kerajaan Malaysia.
Sebaliknya, menurut beliau, halangan mengenai perkara itu berlaku di peringkat majikan dan ejen yang menguruskan kemasukan buruh dari negara sumber.
Pada Rabu, beliau berkata, jemaah menteri bersetuju bagi pengambilan 10,000 pekerja asing dari Sri Lanka dengan mengambil kira keadaan negara tersebut yang dilanda krisis ekonomi ketika ini.
Menurutnya, kerajaan Sri Lanka telah mengemukakan permohonan rasmi untuk membekalkan tenaga kerja dan memohon kuota sebanyak 10,000 pekerja.
Beliau berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Sept lepas bersetuju bagi pengambilan pekerja tersebut dan ia merupakan antara usaha kerajaan untuk membantu negara Sri Lanka yang sedang berdepan krisis ekonomi terburuk di negara itu.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Sep 25 2022
Saravanan (tengah) ketika hadir pada Majlis Pelancaran Jentera PRU 15 Barisan Nasional Parlimen Tapah di Arena Merdeka Tapah hari ini. - Foto BERNAMA
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Ahli ekonomi saran regularisasi penyertaan pekerja asing di bawah Ekonomi Madani
Malaysia pada masa ini tidak memasukkan pekerja asing tanpa dokumen dalam pendapatan per kapitanya.
Majikan jangan harap pekerja dari Bangladesh dan Indonesia sahaja - Saravanan
Majikan di negara ini dinasihatkan tidak hanya bergantung kepada pekerja asing dari Bangladesh dan Indonesia yang kini dilihat semakin meningkat.
Rakyat tempatan digalak bekerja di sektor pembinaan, pertanian dan perladangan
Kerajaan mengarahkan majikan untuk mengiklankan kekosongan di portal MYFutureJobs berkuat kuasa 1 Nov lepas.
NTIS terima pendaftaran 1,200 syarikat sejak pelancaran pada Jun
Daripada jumlah itu sebanyak 200 permohonan melepasi kriteria ditetapkan dan kini dalam peringkat penilaian.
Gaji minimum RM1,500 untuk kekal bekerja dalam negara
Kenaikan gaji itu juga seiring dengan kos sara hidup yang semakin meningkat selain menjadi dorongan bagi menarik pekerja tempatan.
Undang-undang baharu perlu digubal wajibkan IBS - Rahman Dahlan
Langkah mewajibkan penggunaan IBS juga bertujuan membatasi pengaliran wang ke luar negara sehingga RM30 bilion setahun oleh pekerja asing.
Pasaran kerja Malaysia dijangka kekal baik 2016
Pasaran kerja Malaysia dijangka terus memberangsangkan pada 2016 walaupun berdepan cabaran ekonomi global yang tidak menentu.
Tak sudi subsidi punca pelan kurang tenaga kerja asing tak menjadi
Subisidi dan insentif ganti amah tiada sambutan gagalkan usaha kerajaan kurang kebergantungan rakyat Malaysia kepada tenaga pengasuh asing.