Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menghadapi masalah dalam usaha mengurangkan kebergantungan rakyat Malaysia terhadap tenaga kerja asing.
Ini kerana pelbagai kemudahan dan insentif yang di sediakan sebagai langkah menangani isu kos pengambilan pembantu rumah Indonesia yang terlalu mahal, termasuklah bantuan berupa subsidi tidak mendapat sambutan.
Menteri KPWKM, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, sebagai usaha awal, pihaknya sedang mengenalpasti mana satu dari pelbagai insentif sedia ada tidak mendapat sambutan dan kesedaran ramai.
"Kerajaan sentiasa prihatin dengan isu pembantu rumah. Selain daripada subsidi RM180 untuk setiap anak yang dihantar ke taska, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10,000 bagi setiap permohonan pendaftaran 1000 taska baru yang berjaya untuk tahun ini, tetapi nampaknya tiada sambutan", kata Datuk Rohani kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalinan Kasih Anak Pelihara di Kompleks Penyayang Bakti, Sungai Buloh baru baru ini.
Menurut Datuk Rohani, antara program lain termasuk House Manager Helpers (Pembantu Mengurus Rumah) yang diperkenalkan kementerian itu yang menyediakan khidmat pembersihan rumah oleh tenaga pekerja wanita tempatan terlatih mengikut kadar masa .
Malah, KPWKM juga menerajui program sukarelawan untuk menjaga warga emas di institusi-institusi yang disediakan agensinya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Namun, langkah-langkah tersebut kurang mendapat sambutan orang ramai.
Buat masa ini, syarat bagi pemohon yang layak untuk mendapatkan subsidi tersebut ialah jumlah pendapatan isi rumah tidak lebih dari RM3000.
Tambahnya lagi, kementeriannya sedia mengkaji semula syarat kelulusan permohonan terutamanya yang melibatkan pemberian subsidi RM180. "Pihak kami bersedia untuk menilai semula syarat kelulusan pendapatan isi rumah, maklumlah sekarang ramai sudah bergaji besar. Mungkin ia tidak lagi sesuai pada masa ini."
Sementara itu, Datuk Rohani turut menyarankan ibu bapa yang berhasrat untuk mengambil anak angkat menggunakan saluran yang sah. Ia bertujuan mengelakkan mereka terlibat dengan isu permerdagangan kanak-kanak yang melanggar Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.
"Pada Januari dan Februari 2013, Negara dikejutkan dengan kes pemerdagangan yang melibatkan 40 orang kanak-kanak. Bagi mengatasi masalah ini, kementerian menerusi JKM menawarkan kanak-kanak yang diberikan perlindungan kepada masyarakat yang berminat untuk dipelihara mereka", katanya.
Pasangan yang menepati syarat dan kriteria yang ditetapkan berpeluang mendapatkan hak penjagaan anak walaupun bukan daripada darah daging mereka menerusi pemeliharaan seorang anak yang ditakrifkan kepada mereka.
Anak tersebut ditawarkan untuk dijaga selama 2 tahun sebelum diberi pilihan menjadikannya sebagai anak angkat mengikut Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 untuk muslim dan Akta Pengangkatan 1952 bagi yang bukan muslim.
Menurut Datuk Rohani, "Ibu bapa yang berminat juga boleh menyemak laman sesawang KPWKM sekiranya berminat memelihara anak-anak di bawah JKM pada musim cuti sekolah. Ia memberi mereka peluang untuk berasa hidup berkerluarga seperti anak-anak yang lain". Sejak program Pelihara Anak diperkenalkan pada tahun 2008, JKM menerima 960 permohonan dan hanya 313 permohonan yang berjaya diluluskan.
Mohd Sharkawi Mohd Salehuddin
Tue Jul 09 2013

AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Keluarga di Malaysia disaran miliki empat anak
Secara ideal, setiap keluarga di negara ini disarankan memiliki empat anak bagi meluaskan asas domestik dalam merancakkan ekonomi negara.

Subsidi ujian Mamogram minta diteruskan dalam Bajet 2014
Datuk Rohani Abdul Karim berkata beliau sudah mengemukakan hasrat itu dalam mesyuarat Bajet 2014 peringkat Jemaah Menteri baru-baru ini.

Amaran buat syarikat amal diskriminasi terhadap wanita bertudung
Kerajaan akan mengambil tindakan ke atas syarikat yang mengamalkan diskriminasi terhadap wanita bertudung ketika ingin memohon pekerjaan.

Kesal kanak-kanak ditinggal di pejabat JKM
Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai rakaman kamera litar tertutup untuk mengesan kes itu.

KPWKM akan dapatkan perintah tetap jagaan abang dan adik mangsa dera
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mendapatkan perintah tetap jagaan kanak-kanak ke atas abang dan adik kepada mangsa dera berumur lima tahun yang meninggal dunia semalam.

Pemerkasaan wanita dalam sektor pekerjaan
Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh kepada 55 peratus pada tahun 2015.

Ibu-bapa harus kikis perasaan malu untuk daftar anak OKU
Kerajaan menggesa penjaga terutamanya ibu bapa, mengikis perasaan malu dan mendaftarkan orang kurang upaya (OKU) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Masyarakat digesa lapor salah laku terhadap anak yatim
Kerajaan tidak akan melepaskan sewenang-wenangnya pengusaha rumah perlindungan anak-anak yang menyalahi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan kementerian.

Tak sudi subsidi punca pelan kurang tenaga kerja asing tak menjadi
Subisidi dan insentif ganti amah tiada sambutan gagalkan usaha kerajaan kurang kebergantungan rakyat Malaysia kepada tenaga pengasuh asing.

KPWKM syor suspek kes rogol dikenakan tindakan undang-undang
Datuk Rohani Abdul Karim berkata menerusi Mahkamah Sesyen, suspek boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.