KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sedia menambah jumlah bantuan program 'MAIWP Kasih Asnaf - Zero Hunger' kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan bagi meringankan beban mereka.
Pengerusinya Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata pada masa ini program bantuan barangan keperluan bernilai RM150 sebulan memfokuskan pembelian barangan keperluan mendesak bagi membantu mengurangkan tekanan kadar inflasi isi rumah golongan rentan itu.
"Sekiranya terdapat keperluan mendesak, kami (MAIWP) sedia mengkaji semula bantuan dan menambah jumlah (nilai) bantuan untuk pastikan ada makanan untuk mereka," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Pelan Strategik MAIWP 2021-2025 dan Manfaat Kewangan Asnaf di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini semalam.
Terdahulu, majlis pelancaran itu disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara maya menerusi rakaman titah pelancaran, selain ia turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad.
Mohd Daud berkata MAIWP juga sudah menyediakan polisi atau bekalan simpanan untuk tempoh enam bulan sebagai persedian membantu golongan asnaf sekiranya berlaku sesuatu bencana menjejaskan hidup golongan itu.
Mengulas mengenai Pelan Strategik MAIWP (PSM) 2021-2025 dan Manfaat Kewangan Asnaf, Mohd Daud berkata pelan itu dirangka bagi memperkasakan usaha melestarikan sistem penyampaian perkhidmatan dan pengurusan dana zakat kepada golongan memerlukan.
Beliau berkata pelan bertemakan 'Empowering & Enterprising' dengan enam teras strategik utama itu mendasari empat dokumen penting iaitu rangka tindakan Pembangunan Asnaf; Pendidikan; Pembangunan Hartanah dan Pendigitalan.
Antara inisiatif termasuk kerjasama strategik dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Simpan SSPN Prime dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerusi dana pelaburan Amanah Saham Bumiputera.
"Bagi Simpan SSPN Prime, bantuan RM5,000 seorang secara one off kepada 1,000 anak asnaf setahun (2022-2026) dengan peruntukan keseluruhan RM25 juta dan dalam tempoh sama PTPTN salurkan dana keseluruhan RM750,000.
"Apabila penerima skim ini berusia 18 tahun, dana RM20,000 bakal diterima daripada jumlah deposit dan dividen tahunan," katanya.
Sementara itu, menerusi dana pelaburan pula seramai 1,000 asnaf bakal menerima sumbangan RM4,000 dan manfaat ujuran pulangan dan dividen untuk tempoh matang selama lima tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Idris (tengah) menyaksikan sesi pertukaran Memorandum Perjanjian Pelaburan antara MAIWP yang diwakili Mohd Daud (dua, kanan) dan PNB yang diwakili Pengerusinya Tun Ariffin Zakaria (dua, kiri) pada majlis di Kuala Lumpur semalam. --fotoBERNAMA
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

MARA sasar RM50 juta kutipan Wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.

Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.

MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.

Banjir: MAIWP diminta salur bantuan secepat mungkin - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar meminta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.

Banjir: MAIWP tambah peruntukan RM7 juta - Mohd Na’im
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan peruntukan tambahan RM7 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

RM1 bilion kutipan zakat direkod pada 2023, peningkatan 11 peratus - MAIWP
Sebanyak RM1 bilion zakat berjaya dikutip di seluruh Wilayah Persekutuan pada 2023, peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 November 2024.

‘Santuni MADANI’ platform tepat pantau sistem penyampaian kerajaan
Program itu dilihat mampu memberi impak dalam merapatkan jurang kemudahan antara desa dan bandar.

MAIWP perlu tekankan pengurusan integriti bagi capai agenda nasional - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata beliau mahu 'stigma lama' berkaitan aspek pengurusan tidak cekap, dinoktahkan dan tidak mahu agensi berkaitan hal ehwal Islam itu terus dilihat ketinggalan daripada arus perdana.