Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan kutipan zakat meningkat kepada RM720 juta pada tahun ini daripada RM651 juta tahun lepas.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi peningkatan syarikat-syarikat korporat yang membayar zakat sepanjang tahun ini.
"Kutipan zakat setakat ini sangat memberangsangkan meskipun keadaan ekonomi semasa yang berkembang dan menguncup.
Syarikat-syarikat korporat yang membayar zakat juga akan memperoleh manfaat hasil daripada bayaran tersebut apabila 37.5 peratus daripada jumlah zakat yang dibayar akan dikembalikan kepada pembayar zakat untuk digunakan bagi melaksanakan pelbagai program kebajikan seperti membina masjid dan membantu golongan asnaf," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis agihan makanan berbuka puasa kepada asnaf di Pusat Agihan Zakat (PAZA) Parlimen Bukit Bintang, di sini pada Isnin.
Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata sebarang program kebajikan yang ingin dilaksana syarikat korporat melalui pengembalian kutipan zakat tersebut, hendaklah dimaklumkan kepada MAIWP bagi mengelak berlaku sebarang ketirisan.
Sementara itu, MAIWP menerusi Baitulmal MAIWP akan mengagihkan 1,450 bungkus makanan berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini kepada golongan asnaf di beberapa lokasi sekitar ibu kota.
Program tahunan MAIWP itu dijalankan bagi memastikan golongan asnaf tidak terpinggir serta dapat merasai nikmat berpuasa.
Agihan makanan akan bermula pada 5 petang setiap hari di 10 lokasi sekitar ibu kota antaranya PAZA Parlimen Bukit Bintang di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral; PAZA Parlimen Titiwangsa di UTC Keramat Mall, PAZA Parlimen Lembah Pantai, Bandar Tun Razak dan Setiawangsa serta Rumah Transit Perantaraan (AADK) Jalan Sultan Azlan Shah.
Pada majlis sama, MAIWP turut menyampaikan bantuan Aidilfitri kepada golongan asnaf berjumlah RM12.68 juta, bantuan Ihya' Ramadan kepada masjid dan surau (RM8.65 juta) serta sumbangan kepada Tabung Kebajikan dan pesakit hospital (RM1.35 juta). -- Bernama
Bernama
Mon May 06 2019
MAIWP berkata sasaran itu mampu dicapai menerusi peningkatan syarikat-syarikat korporat yang membayar zakat sepanjang tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Kerajaan tidak lepas tangan, pinggirkan institusi pendidikan Islam - KP Jakim
Kerajaan tidak pernah lepas tangan atau meminggirkan institusi pendidikan Islam ketika negara dilanda wabak COVID-19.
PdPR turut diambil kira sebagai komponen penilaian UPKK - KP Jakim
PdPR turut diambil kira sebagai salah satu komponen penilaian UPKK yang dinilai oleh guru KAFA sekolah masing-masing, kata Datuk Abdul Aziz Jusoh.
Datuk Abdul Aziz Jusoh dilantik Ketua Pengarah JAKIM
Pelantikan itu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Paimuzi Yahya yang meninggal dunia pada 8 Oktober tahun lalu.
Daging Ramly halal, tiada penglibatan orang tengah - Ramly Mokni
Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ramly Mokni berkata ia juga disahkan halal tanpa penglibatan orang tengah.
Henti beri pandangan isu daging seludup - Jakim
Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata kes masih dalam siasatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Import daging hanya dari rumah sembelih diluluskan veterinar - Jakim
Pengimportan daging dan produk daging hanya dibenarkan daripada rumah sembelih atau loji pemprosesan yang diluluskan Jakim.
Karikatur nabi: Jangan ambil tindakan luar batasan agama, undang-undang - Jakim
Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata ini kerana tindakan itu dibimbangi boleh mencetuskan suasana tidak harmoni antara penganut berbilang agama di negara ini.
MAIWP sasar kutipan zakat RM720 juta tahun ini
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyasarkan kutipan zakat meningkat kepada RM720 juta pada tahun ini daripada RM651 juta tahun lepas.