PUTRAJAYA:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan semua pihak agar tidak memberi ulasan dan pandangan berkaitan isu daging seludup kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kredibiliti kes.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata kes masih dalam siasatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan semua pihak diminta supaya menghormati proses tindakan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
"Perkara ini secara tidak langsung boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan boleh menjejaskan pengimport dan pengusaha industri daging negara yang telah mendapat pengesahan halal yang sah.
"Sebarang komentar yang tidak disertakan dengan bukti yang kukuh boleh menyebabkan timbulnya isu lain yang dikhuatiri menjejaskan kepercayaan terhadap pensijilan halal Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Media sebelum ini melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo Halal di sebuah gudang di Senai, Johor.
Abdul Aziz berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai isu penyeludupan daging dan penyalahgunaan kuasa hendaklah melaporkannya kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
Beliau berkata kerajaan telah menetapkan bahawa pengimportan daging dan produk daging hanya dibenarkan daripada abatoir atau loji pemprosesan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Jakim.
Beliau berkata daging dan produk daging yang diimport masuk perlu pengesahan halal daripada badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 24 2020
![Henti beri pandangan isu daging seludup - Jakim Henti beri pandangan isu daging seludup - Jakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81606891696_KASTAM.jpg)
Media sebelum ini melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo Halal di sebuah gudang di Senai, Johor. - Gambar fail
![Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723720861_TBmerdeka.jpg)
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah.
Belasungkawa: Nidza Afham dikebumikan di Puncak Alam
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Masjid Puncak Alam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
![Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie' Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723720409_TBmaut.jpg)
Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.
![PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723451938_TBMohdAzizi.jpg)
PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan
Mohd Azizi menarik balik rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan injunksi sementara bagi menghentikan PRK Nenggiri.
![Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723720349_Kebumi.jpg)
Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Puncak Alam jam 6.30 petang tadi.
![Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi
Proses libat urus Kementerian Kewangan dengan pihak pemegang taruh bagi tujuan penyiapan dokumen Belanjawan 2025 berjalan lancar.
![Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717543_tbAhmadRamli.jpg)
Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri
Mahkamah Sesyen mengarahkan bekas Pengarah Urusan BNS Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, dirujuk ke bahagian psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Cuba seludup 2,400kg ikan bilis ke Filipina, tekong bot ditahan Cuba seludup 2,400kg ikan bilis ke Filipina, tekong bot ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722094512_TBSeludupIkanBilis.jpg)
Cuba seludup 2,400kg ikan bilis ke Filipina, tekong bot ditahan
Pasukan peronda telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 1.5 batu nautika utara Pulau Berhala.
![ATM rampas 930kg daun ketum bernilai lebih RM74,000 di sempadan ATM rampas 930kg daun ketum bernilai lebih RM74,000 di sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721429896_rampasketumatmk.jpg)
ATM rampas 930kg daun ketum bernilai lebih RM74,000 di sempadan
Daun ketum itu dirampas dalam sebuah pacuan empat roda di kawasan hutan berhampiran sempadan, pada 11.30 pagi.
![Maritim Malaysia rampas 46 tong petrol bersubsidi cuba diseludup ke Filipina Maritim Malaysia rampas 46 tong petrol bersubsidi cuba diseludup ke Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719391584_tbMaritimMalaysia.jpg)
Maritim Malaysia rampas 46 tong petrol bersubsidi cuba diseludup ke Filipina
Operasi pada 6 petang Selasa mengesan sebuah bot dalam keadaan mecurigakan menghala ke Pulau Taganak, Filipina.
![Wanita antara empat individu ditahan seludup lebih 2,000 pil kuda Wanita antara empat individu ditahan seludup lebih 2,000 pil kuda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718185959_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Wanita antara empat individu ditahan seludup lebih 2,000 pil kuda
Empat individu termasuk seorang wanita tempatan ditahan kerana disyaki menyeludup 2,170 pil kuda di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lakota, Jeli, semalam.
![Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713957348_TBRusdiMohdIsa.jpg)
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
![Wanita Thailand ditahan disyaki seludup kaki ayam dari Malaysia Wanita Thailand ditahan disyaki seludup kaki ayam dari Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711752306_TBChickenfoots.jpg)
Wanita Thailand ditahan disyaki seludup kaki ayam dari Malaysia
Seorang wanita Thailand berusia 46 tahun ditahan di Songkhlakerana disyaki menyeludup masuk kaki ayam bernilai RM77,972 dari Malaysia.
![Dua wanita ditahan seludup pil yaba bernilai lebih RM120,000 Dua wanita ditahan seludup pil yaba bernilai lebih RM120,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709332249_TBpilyaba.jpg)
Dua wanita ditahan seludup pil yaba bernilai lebih RM120,000
Kedua-dua suspek ditahan di dalam sebuah kereta Perodua Myvi di tepi jalan Kampung Sering, Kota Bharu, Isnin lepas.
![Lelaki 'kantoi' seludup ular sawa dalam seluar Lelaki 'kantoi' seludup ular sawa dalam seluar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708913324_TBularsawajpg.jpg)
Lelaki 'kantoi' seludup ular sawa dalam seluar
Susulan tindakan itu, dia dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda AS$5,000 (RM23,887).
![Cubaan seludup kuda laut ke Thailand gagal Cubaan seludup kuda laut ke Thailand gagal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698639684_tbKudalautseludup.jpg)
Cubaan seludup kuda laut ke Thailand gagal
Maqis mematahkan cubaan menyeludup keluar 90 kilogram (kg) kuda laut bernilai RM180,000 ke Thailand tanpa dokumen sah.
![Dua minggu yang ngeri buat David, diculik dan dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia Dua minggu yang ngeri buat David, diculik dan dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-01/41548131553_kemurungan.jpg)
Dua minggu yang ngeri buat David, diculik dan dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia
Nasihat David, jangan jadi sepertinya, mudah percaya cakap orang, lebih-lebih lagi kenalan baharu yang tidak diketahui latar belakangnya.