Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menutup kes rampasan 300 kitab Bible daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM), Januari lepas.
Selain itu, MAIS juga tidak akan memulangkan kitab Bible versi Bahasa Malaysia dan Iban yang dirampas daripada BSM.
Pengerusinya Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata mesyuarat khas badan itu semalam, memutuskan tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap BSM.
MAIS meyakini wujudnya undang-undang di dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, untuk satu pendakwaan dibuat, katanya.
"MAIS dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab memelihara kesucian agama Islam di Selangor amat peka engan kegiatan dan usaha pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencemar kesucian Islam dengan menyalahgunakan istilah atau nama-nama tertentu yang berteraskan ajaran Al-Quran bagi memudahkan kegiatan memurtadkan umat Islam.
"Alasan yang diberikan oleh Peguam Negara untuk tidak menuduh pihak yang terlibat juga dilihat boleh mengelirukan akidah umat Islam," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Rabu lepas, Pejabat Peguam Negara memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible tersebut, sekali gus menutup kes berkenaan.
Abdul Gani dalam satu kenyataan berkata naskhah yang dirampas itu bukan merupakan tulisan yang diterbitkan di bawah Seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.
Susulan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan JAIS memulangkan semua kitab tersebut kepada BSM.
Mohamad Adzib berkata, bagaimanapun, MAIS tidak bersetuju dengan arahan kerajaan Selangor itu dan menjelaskan ia adalah di luar bidang kuasa mereka (kerajaan Selangor).
"MAIS mendesak Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor untuk merujuk perkara ini ke mahkamah terlebih dahulu bagi mendapatkan perintah pelupusan barang kes sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 407A Kanun Acara Jenayah.
Pada 2 Jan lepas, JAIS menyerbu pejabat BSM di Damansara Kim, Petaling Jaya dan merampas 300 kitab Bible sebagai usaha membanteras penggunaan kalimah Allah dalam kitab itu yang didakwa melanggar Enakmen 1988.
Bernama
Sat Jun 14 2014
JAIS merampas 300 kitab Bible sebagai usaha membanteras penggunaan kalimah Allah dalam kitab itu yang didakwa melanggar Enakmen 1988. -Gambar fail
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Mohamed Apandi tuntut ganti rugi atas penamatan khidmat sebagai Peguam Negara
Surat bertarikh 30 Sept melalui firma guaman Tetuan Shukor Baljit & Partners itu telah diserahkan kepada AGC semalam.
"Saya tidak berkhidmat lagi" - Gani Patail enggan ulas afidavit kes Musa Aman
Tan Sri Abdul Gani Patail enggan mengulas lanjut berhubung afidavit yang diikrarkan oleh beliau berkaitan pendakwaan kes rasuah dan penggubahan wang haram terhadap Tan Sri Musa Aman.
Polis berjaya rungkai kes tembak pemandu Gani Patail - Bukit Aman
Datuk Huzir Mohamed berkata antara yang ditahan termasuk dua daripada tiga suspek yang terlibat dengan kes itu, manakala penembak berusia 40-an masih diburu.
PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi antirasuah yang teraniaya
Pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.
"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib arah saya pecat Gani Patail - Ali Hamsa
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat.
Muhyiddin dipecat kerana persoal 1MDB - Ali Hamsa
Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga dipecat dari jawatannya pada Julai 2015 disebabkan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak telah hilang keyakinan terhadapnya.
Najib Razak awal 3 minit, sekali lagi berdepan penyiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi berdepan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Kronologi siasatan kes 1MDB
Pasukan khas ditubuh bagi menyiasat dakwaan berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad pada 6 Mac 2015.
Singapura keluarkan waran tangkap terhadap Jho Low pada 2016
Notis Merah Interpol adalah permintaan oleh negara anggota untuk mencari dan menahan individu yang dikehendaki berdasarkan waran tangkap sesebuah negara yang sah.