KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyumbang RM1.12 juta di bawah peruntukan 'Fi Sabilillah' untuk misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.
Simbolik penyerahan sumbangan itu disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Kuala Perlis semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor berkata sumbangan itu selari dengan tujuan agihan zakat serta kerjasama dengan Wisma Putra dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan berkenaan.
"Sumbangan berkenaan terdiri RM1 juta daripada dana sedia ada MAIPs selain RM120,000 sumbangan masyarakat dan NGO melalui Tabung Aqsa MAIPs," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mohd Nazim berkata agihan sumbangan itu diserahkan melalui Tabung Musaadah Jakim-Yayasan Waqaf Malaysia dan diagihkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenal pasti dapat menyampaikan bantuan secara terus kepada penduduk Gaza.
Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin mengingatkan rakyat di Perlis yang ingin membuat sumbangan kepada saudara Islam di Gaza agar menyalurkan menerusi pihak yang diberikan tanggungjawab oleh kerajaan.
Baginda juga bertitah agar rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan agama, terus bersolidariti dan memberi sokongan tanpa berbelah bahagi untuk rakyat Palestin.
"Meskipun kita tidak dapat membantu di sana secara fizikal, doa dan hati kita akan sentiasa bersama mereka," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023

Tuanku Syed Faizuddin berkenan hadir pada Program Hijrah Minda dan Pengurniaan Bantuan Fi Sabilillah kepada Penduduk Gaza di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Kuala Perlis, 3 Nov 2023. - Foto Facebook MAIPs

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Ramadan: Sultan Kedah perkenan kurnia 1,200 kotak sumbangan
Kurniaan berkenaan yang berisi barangan keperluan asas diberikan kepada keseluruhan 12 daerah di negeri Jelapang Padi itu.

PM Anwar beri sumbangan kepada keluarga susah, diami rumah uzur di Kuantan
Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada Nuur Adiba, 35, ibu kepada tiga anak di kediaman mereka.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Harris mula kumpul dana tentang dasar Trump, perkukuh parti demokrat
Bekas naib presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris, yang tewas kepada Donald Trump dalam pilihan raya presiden November 2024, mula meminta sumbangan daripada pengundi.

Nasib kanak-kanak cedera dipercayai dipukul ibu dapat perhatian Menteri Pendidikan
Fadhlina yang diwakili Pegawai Khasnya menyampaikan sumbangan termasuk bakul makanan Rahmah, peralatan sekolah dan wang tunai kepada kanak-kanak perempuan itu.

Anwar serah sumbangan kepada pesakit kanser payudara sempena Tahun Baharu Cina
Sumbangan berupa wang tunai, limau mandarin dan bakul makanan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.

Nahas Ayer Keroh: Dua beradik yatim piatu terima sumbangan YaPEIM
Sumbangan berjumlah RM6,900 itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

100 penggiat industri disasar terima sumbangan Ziarah MADANI@Finas
Sehingga kini, 48 penggiat industri menerima bantuan Ziarah Seni MADANI@Finas yang bertujuan meringankan beban warga seni yang memerlukan.

Najib pertahan kenyataan wang dalam akaun sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Najib berkata adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa Raja Abdullah telah mengarahkan Kementerian Kewangan Riyadh untuk menyalurkan dana bagi pihak baginda sebagai sumbangan.