ISKANDAR PUTERI: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) merekodkan lebihan zakat harta dan fitrah berjumlah RM61.52 juta tahun lepas, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata, lebihan zakat itu akan disalurkan pada kadar segera bagi tujuan pembangunan ummah antaranya pembangunan projek Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berjumlah RM5.5 juta, Tabung Pembangunan Masjid (RM3 juta) dan Pembangunan Sekolah Tahfiz Sains Antarabangsa (RM5 juta).
"Berkat bantuan zakat orang ramai, ada lebihan akan disalurkan dalam kadar segera.
"Justeru, 5,000 asnaf dengan bantuan RM1,000 akan turut diberikan, selain sumbangan kepada 875 nelayan dengan bantuan RM300 dan banyak lagi," katanya berucap pada Majlis Khatam Al-Quran Tadika Agama Johor Peringkat Negeri ke-12 di sini hari ini.
Onn Hafiz berkata, elaun bulanan Guru Al-Quran Khas juga telah dinaikkan kepada RM550 dan Guru Al-Quran Am RM350 seperti yang telah diumum sebelum ini.
"Bantuan yang diberikan menunjukkan bahawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, dibantu MAINJ dan JAINJ sentiasa memastikan orang Islam terus terbela.
"(Justeru) di Johor, kita akan teruskan agenda menaikkan lagi syiar agama kita melalui peruntukan-peruntukan dan bantuan," katanya.
Sementara itu, MAINJ dalam kenyataan berasingan memaklumkan, pungutan zakat harta dan fitrah pada tahun lepas adalah sebanyak RM367.656 juta dengan agihan zakat sebanyak RM306.131 juta dan lebihan RM61.52 juta.
Menurut MAINJ secara keseluruhan pencapaian pungutan zakat meningkat sebanyak 9.9 peratus daripada RM333.4 juta yang direkodkan pada 2021.
"Jumlah pembayar zakat harta juga meningkat sebanyak 6.5 peratus daripada 128,437 pembayar pada 2021 kepada 136,789 pembayar pada 2022.
"Jenis zakat yang menjadi tunjang utama ialah zakat pendapatan dan perniagaan iaitu zakat pendapatan sebanyak 10.8 peratus daripada RM155.7 juta (2021) kepada RM172.6 juta (2022) manakala zakat perniagaan pula meningkat 16.7 peratus daripada RM78.3 juta pada 2021 kepada RM91 juta tahun lepas," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2023
![MAINJ rekod lebihan zakat RM61.52 juta tahun lepas - Onn Hafiz MAINJ rekod lebihan zakat RM61.52 juta tahun lepas - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665661032_MenteriBesarJohor.jpg)
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) merekodkan lebihan zakat harta dan fitrah berjumlah RM61.52 juta tahun lepas, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Gambar fail BERNAMA
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![MAINJ dijangka keluar fatwa berkaitan GISB dalam tempoh sebulan - Exco MAINJ dijangka keluar fatwa berkaitan GISB dalam tempoh sebulan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723972969_TBFAREED.jpg)
MAINJ dijangka keluar fatwa berkaitan GISB dalam tempoh sebulan - Exco
MAINJ melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Mufti sedang meneliti keputusan MKI dengan melakukan proses semakan fatwa.
![Kerajaan negeri tanggung pengurusan jenazah empat beradik Kerajaan negeri tanggung pengurusan jenazah empat beradik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51680171200_adikberadikmaut.jpg)
Kerajaan negeri tanggung pengurusan jenazah empat beradik
Bantuan awal turut diberikan melalui MAINJ sebanyak RM3,000 serta bantuan kecemasan daripada Pejabat Daerah Muar sebanyak RM2,000.
![Pengesahan status diri untuk bernikah di pesuruhjaya sumpah akan dibincang semula Pengesahan status diri untuk bernikah di pesuruhjaya sumpah akan dibincang semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81587876492_NikahGeneric.jpg)
Pengesahan status diri untuk bernikah di pesuruhjaya sumpah akan dibincang semula
Terdapat aduan daripada pasangan yang ingin bernikah yang menyatakan langkah itu menyulitkan selain turut dikenakan caj membebankan.
![#JendelaRamadan: 'Selfie selepas tarawih boleh hapus semua pahala' #JendelaRamadan: 'Selfie selepas tarawih boleh hapus semua pahala'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/71434966384_NOOHGADUT.jpg)
#JendelaRamadan: 'Selfie selepas tarawih boleh hapus semua pahala'
Perbuatan menangkap gambar sendiri dengan menggunakan telefon pintar atau selfie selepas solat dan menyiarkannya di media sosial dengan niat riak disifatkan boleh menghapuskan pahala ibadah.
![Sultan Johor titahkan MAINJ keluarkan pekeliling arah kiblat di pusat peranginan Sultan Johor titahkan MAINJ keluarkan pekeliling arah kiblat di pusat peranginan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/81376384083_295x200.jpg)
Sultan Johor titahkan MAINJ keluarkan pekeliling arah kiblat di pusat peranginan
Sultan Johor menitahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengeluarkan pekeliling bagi menentukan arah kiblat di pusat peranginan di negeri itu.