Pelaksanaan pengesahan status diri untuk bernikah yang mensyaratkan pasangan perlu mendapatkan pengesahan di pesuruhjaya sumpah sahaja, akan dibincangkan dalam mesyuarat penuh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) pada 30 Julai ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata ini berikutan banyak aduan yang diterima daripada pasangan yang ingin bernikah kerana langkah itu ada yang menyulitkan pasangan selain turut dikenakan caj yang membebankan.
"Saya akan membawa perkara ini dalam mesyuarat untuk pertimbangan semula demi kepentingan rakyat...dalam mesyuarat penuh MAINJ kita akan kaji semula prosedur operasi standard (SOP) (baharu) ini," katanya selepas majlis ziarah Perkeso waris kepada Maimon Adam yang meninggal dunia akibat kanser payudara di Felda Bukit Batu, di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Perkeso Johor Tong Sing Chuang.
Sebelum ini, pasangan hanya perlu mendapat pengesahan daripada penghulu, ketua kampung, amil kawasan serta majikan tetapi syarat baharu sekarang perlu mendapat pengesahan daripada pesuruhjaya sumpah.
Tosrin berkata setakat ini, beliau menerima aduan daripada 12 pasangan dari pelusuk negeri termasuk Muar, Batu Pahat, Kulai dan Johor Bahru.
"Ada yang dicaj sebanyak RM5, RM10 dan berbagai lagi tetapi pada saya baiklah ikut SOP lama...ia memudahkan pasangan...apa-apa saya akan pertimbangkan dalam mesyuarat nanti," katanya.
Dalam surat bertarikh 23 Jun lepas, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersetuju supaya pasangan yang ingin bernikah mendapatkan pengesahan status diri melibatkan status bujang, dara, duda dan janda di pesuruhjaya sumpah beragama Islam sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 16 2020

Terdapat aduan daripada pasangan yang ingin bernikah yang menyatakan langkah itu menyulitkan selain turut dikenakan caj membebankan. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Polis Marin rampas barangan e-waste tidak sah bernilai lebih RM71 juta
Polis Marin Wilayah Dua berjaya merampas barang-barang berjadual e-waste yang dibawa dari luar negara secara tidak sah bernilai lebih RM71 juta.

JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.

Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.

Rakyat Johor manfaat cuti hujung minggu baharu luang masa bersama keluarga
Rakyat Johor memanfaatkan cuti hujung minggu baharu pada Sabtu dan Ahad dengan meluangkan masa beriadah dan mengunjungi tempat menarik bersama keluarga.