Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menolak saman yang difailkan bekas isteri allahyarham Tun Ghafar Baba terhadap seorang ahli perniagaan dan isterinya kerana dikatakan melanggar kontrak membabitkan sebidang tanah.
Hakim Datuk Hue Siew Keng membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa saman oleh D. Heryati Abdul Rahim, 55, difailkan di luar tempoh masa.
Hue berkata Heryati telah memfailkan saman itu tahun lepas sedangkan beliau sepatutnya memfailkannya dalam tempoh enam tahun dari tarikh kontrak yang dikatakan dilanggar pada 2005.
"Dengan memfailkan saman itu tahun lepas, plaintif telah memfailkannya di luar tempoh masa," kata beliau dan memerintahkan Heryati membayar RM30,000 sebagai kos kepada Tan Sri Lau Ban Tin dan isterinya Puan Sri Mary Lee Siew Cheng, yang diwakili oleh peguam Ravin Woodhull.
Ketika ditemui pemberita, peguam M. Moghan yang mewakili Heryati berkata anak guamnya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
Pada 5 Feb tahun lepas, Heryati memfailkan saman terhadap kedua-dua mereka kerana kegagalan di pihak mereka untuk memindahkan pemilikan lapan hektar tanah di Jelebu kepadanya berdasarkan perjanjian pada 20 Jun 2000.
Beliau mendakwa bahawa pada masa itu, beliau masih isteri kepada bekas timbalan Perdana Menteri dan memiliki bersama saham-saham dalam syarikat Zamrudvest Sdn Bhd, yang mengendalikan francais di bawah "EON Dealers and Franchise".
Beliau mendakwa bahawa sekitar tahun 2000, beliau dan Ghafar memutuskan untuk menjual perniagaan itu kepada defendan pada harga RM300,000.
Plaintif mendakwa transaksi itu tidak termasuk penjualan tanah di Jelebu (dimiliki oleh syarikat), dan bahawa pemilikan sepatutnya dipindahkan kepada beliau sebaik sahaja geran individu dikeluarkan.
Beliau mendakwa bahawa berdasarkan rekod rasmi pejabat tanah, (tanah) itu dipindahkan kepada Lau pada 19 Feb 2004, dan pada 16 April, 2013, kepada Tengku Ramli Tengku Mohd Kamil.
Beliau menuntut Lau mengembalikan hak milik tanah itu atau sebagai alternatif membayar pampasan berjumlah RM1 juta.
Bernama
Tue Apr 26 2016

Heryati memfailkan saman kerana kegagalan mereka memindahkan pemilikan lapan hektar tanah di Jelebu kepadanya berdasarkan perjanjian pada 20 Jun 2000. -Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Mahkamah tolak saman oleh bekas isteri Ghafar Baba
Mahkamah Tinggi menolak saman yang difailkan oleh bekas isteri allahyarham Tun Ghafar Baba terhadap seorang ahli perniagaan dan isterinya kerana dikatakan melanggar kontrak membabitkan sebidang tanah.