KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman RM10 juta yang difailkan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap veteran DAP Lim Kit Siang yang didakwa memfitnahnya dalam artikel mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Azimah Omar memutuskan bahawa Lim berjaya mewajarkan keistimewaan yang layak dimilikinya apabila membuat kenyataan itu kerana skandal 1MDB melibatkan jenayah, menyalahi undang-undang, kesan sosial, ekonomi kepada ekonomi negara serta moral pemimpin dan agensi tertinggi negara.
"Ia baik dari segi hak rakyat. Ia bukan sahaja soal defendan (Lim) sebagai ahli parlimen - kepentingan dan kewajipan untuk menyuarakan kekecewaan dan permusuhan mereka, terutamanya apabila semua jalan (aduan) telah habis diusahakan, dan segala usaha itu langsung tidak dipedulikan.
"Defendan menyuarakan pendapatnya kepada orang ramai kerana dia melaksanakan pelaporan yang bertanggungjawab," katanya dan memerintahkan supaya Mohamed Apandi membayar kos RM80,000 kepada Lim.
Hakim memutuskan kenyataan Lim wajar apabila menggesa Mohamed Apandi menjawab mengapa dia membebaskan Datuk Seri Najib Razak daripada dikaitkan dengan skandal 1MDB pada 2016.
Hakim Azimah berkata Lim wajar membangkitkan isu itu, terutamanya berikutan bekas perdana menteri itu telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi KL pada 2020 dalam kes rasuah RM42 juta SRC International Sdn Bhd.
Beliau seterusnya berkata sabitan Najib telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.
Mohamed Apandi, 72, hadir di mahkamah hari ini, manakala Lim, 81, menyertai prosiding secara dalam talian.
Terdahulu, Hakim Azimah menegur Lim kerana tidak hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan berhubung saman itu.
"Sebagai ahli parlimen, Lim sepatutnya tahu undang-undang dan sebagai defendan, dia sepatutnya menghormati mahkamah ini," kata hakim yang berang dengan ketidakhadiran Lim.
Peguam Lim, Sangeet Kaur Deo dalam jawapannya mengaku yang dia tersilap apabila tidak memberitahu anak guamnya supaya hadir di mahkamah.
"Kami memohon maaf terhadap perkara ini. Kami ingatkan adalah memadai dengan kehadiran sedia ada. Dia (Lim) boleh dihubungi menerusi Zoom sekiranya dibenarkan mahkamah," katanya.
Pada 5 Julai 2019, Mohamed Apandi menyaman Lim, dan dalam penyataan tuntutan mendakwa pada 6 Mei 2019, Lim telah menulis dan membawa kepada penerbitan artikel bertajuk, Dangerous fallacy to think Malaysia's on the road to integrity dalam Malaysiakini.
Beliau mendakwa perkataan berunsur fitnah dalam artikel itu membawa maksud bahawa beliau terlibat dalam jenayah dan bersubahat dalam skandal kewangan 1MDB, seorang individu yang tidak bermoral dan berintegriti, tidak beretika serta telah menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi Peguam Negara.
Mohamed Apandi yang menyandang jawatan Peguam Negara dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018, mendakwa bahawa perkataan fitnah itu adalah tidak benar dan ditulis dengan niat mencemarkan imej serta kredibilitinya sebagai bekas Peguam Negara Malaysia bagi meraih publisiti murahan.
Beliau menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta ganti rugi am RM10 juta, perintah injunksi bagi menghalang Lim dan/atau ejennya daripada terus menerbitkan perkataan yang didakwa berunsur fitnah dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022

Mohamed Apandi, 72, hadir di mahkamah hari ini, manakala Lim, 81, menyertai prosiding secara dalam talian. - Gambar fail

Majlis Ekonomi Bumiputera pantau Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 - Ahmad Zahid
Majlis Ekonomi Bumiputera akan menjalankan pemantauan menyeluruh Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 bagi memastikan pelaksanaannya membuahkan hasil.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh
Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan untuk menjadi saksi penting perbicaraan kes bunuh mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan.

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Pegawai khas bekas Peguam Negara fail rayuan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown
Pegawai khas bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya.

1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.

Apandi gagal merayu saman Kit Siang
Tan Sri Mohamed Apandi Ali gagal dalam rayuannya berhubung kes saman fitnah RM10 juta terhadap Penasihat DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

Tun M jawab soalan Apandi isu tuntutan Pulau Batu Puteh, Sulu dan kekayaan anaknya
Jika Malaysia memungkiri perjanjian antarabangsa, negara lain tidak akan percaya Malaysia mampu menunaikan perjanjian sekali gus menyebabkan negara akan hilang kredibiliti.

Mahkamah tolak saman fitnah Apandi terhadap Kit Siang
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman RM10 juta yang difailkan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap veteran DAP Lim Kit Siang.

Mohamed Apandi sedia selesai kes saman Dr Mahathir, kerajaan secara mediasi
Tan Sri Mohamed Apandi Ali bersedia untuk menyelesaikan kes samannya terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan secara baik menerusi proses mediasi.

UMNO belum terima surat peletakan jawatan Apandi - Annuar
Annuar enggan mengulas lanjut berhubung keputusan Apandi itu ekoran tiada surat rasmi diterima pihaknya.

'Malaysia kini tiada Peguam Negara' - Tun M
"Kami telah meletakkan sekatan tertentu ke atas beberapa orang yang dipercayai mungkin terlibat dalam melakukan kesalahan," kata Perdana Menteri.

Hubungan Malaysia dan Singapura tidak terjejas oleh kes Pulau Batu Puteh
Hubungan Malaysia dengan Singapura tidak akan terjejas susulan permohonan bagi semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh.

Jabatan Peguam negara kekal teguh sekalipun 'diserang' hebat, kata Apandi
Jabatan Peguam Negara (AGC) kekal teguh sekalipun menerima serangan kritikan yang hebat tahun lalu, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.