KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan UMNO untuk membatalkan saman SRC International Sdn Bhd terhadap parti politik itu bagi menuntut RM16 juta yang didakwa dipindahkan secara salah kepada UMNO.
Pada Mei lepas, SRC International, yang merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di bawah pengurusan baharunya telah memfailkan saman itu bersama dengan anak syarikatnya iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd.
Peguam Shahrul Fazli Kamaruzaman, yang mewakili UMNO, berkata Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon menolak permohonan parti politik itu atas alasan kes tersebut tidak sesuai diketepikan pada peringkat ini kerana terdapat isu yang perlu diputuskan semasa perbicaraan.
"Mahkamah juga membenarkan permohonan plaintif untuk meminda nama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Ahmad Maslan yang pada asalnya dinamakan sebagai pemegang jawatan parti, yang mewakili UMNO dalam tuntutan saman dan digantikan dengan nama Datuk Mohd Sumali Reduan iaitu setiausaha kerja UMNO sebagai pegawai awam yang mewakili parti tersebut," katanya ketika dihubungi pemberita selepas pendengaran permohonan itu yang berlangsung secara dalam talian.
Beliau juga berkata mahkamah membenarkan permohonan UMNO untuk satu perintah penggantungan interim daripada memfailkan pernyataan pembelaan sementara menunggu rayuan terhadap keputusan hari ini.
Prosiding hari ini disertai peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili UMNO dan Nur Syafinaz Vani Abdullah bagi pihak kesemua plaintif.
SRC International, Gandingan Mentari dan Jendela Pinggiran menyaman UMNO bagi menuntut RM16 juta yang didakwa dipindahkan secara salah kepada parti politik itu.
Plaintif mendakwa parti politik itu mengetahui bahawa wang tersebut adalah milik SRC International dan UMNO tidak mempunyai asas untuk menerima dana berkenaan.
Pada 10 Mei lepas, Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa 1MDB dan anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd telah memfailkan 22 saman bagi mendapatkan semula aset bernilai lebih RM96.6 bilion termasuk RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan.
Kementerian itu menyebut writ saman terbabit difailkan pada 7 Mei iaitu enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.
Saman itu difailkan oleh 1MDB terhadap sembilan entiti termasuk dua institusi kewangan asing dan 25 individu manakala SRC memfailkan saman terhadap lapan entiti serta 15 individu atas pelbagai salah laku.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021

Mahkamah Tinggi menolak permohonan UMNO untuk membatalkan saman SRC International Sdn Bhd terhadap parti politik itu bagi menuntut RM16 juta yang didakwa dipindahkan secara salah kepada UMNO. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf tolak permohonan semakan kehakiman - Badan Peguam
Menurut Badan Peguam, terdapat beberapa persoalan undang-undang baharu berhubung pindaan penting kepada Perlembagaan Persekutuan.

Bunuh gelandangan, dua rakan terlepas hukuman mati
Dua rakan terlepas hukuman gantung selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian seorang lelaki gelandangan tanpa niat, tiga tahun lepas. H

Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka
Mahkamah Tinggi menetapkan 28 April ini untuk memutuskan sama ada akan menyemak semula keputusan terbuka Mahkamah Koroner terhadap kematian warga Australia Annapuranee Jenkins.

Tiada tindakan diambil pihak berkuasa terhadap buku 'Becoming Hannah' - Saksi
Bekas Pegawai Kanan IKSIM memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa tiada tindakan diambil oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara terhadap buku Becoming Hannah: A Personal Journey.

Beku aset: Mahkamah benar Na'imah wakili Allahyarham Tun Daim dalam semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi membenarkan Na'imah Abdul Khalid mewakili arwah suaminya dalam semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun dan 18 syarikat milik mereka.

24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Januari 2025.

Proses dadah: Bekas mekanik dibebas dan dilepas, empat warga India dipenjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas mekanik atas pertuduhan memproses 22.02 kilogram methamphetamine pada 2018.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.