KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Mohd Puad Zarkashi untuk mengetepikan injunksi interim sebelah pihak (ex-parte) bagi menghalang beliau daripada menerbitkan semula kenyataan yang didakwa berbaur fitnah di laman Facebooknya berhubung perintah kuarantin membabitkan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril turut menolak permohonan Muhyiddin untuk melanjutkan injunksi diperoleh beliau pada 1 Mac sementara menunggu pelupusan saman fitnahnya terhadap Mohd Puad, yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Beliau berkata mahkamah mendapati bahawa tidak ada keperluan untuk memutuskan kedua-dua permohonan kerana ia telah luput memandangkan Mohd Puad sudahpun mematuhi perintah injunksi interim ex-parte sebelum ini dengan mengeluarkan kenyataan terbabit, yang menjadi punca tindakan perundangan itu diambil oleh Muhyiddin.
Mohd Firuz kemudian menetapkan 9 Disember sebagai pengurusan kes.
Peguam Datuk DP Naban dan Rosli Dahlan mewakili Muhyiddin manakala G. Rajasingam dan Shahrul Fazli Kamarulzaman hadir bagi pihak Mohd Puad.
Muhyiddin memohon perintah injunksi interim bagi menghalang Mohd Puad, ejen, wakil atau sesiapa daripada menerbitkan semula, membuat hantaran dan berkongsi kenyataan yang didakwa berbaur fitnah di laman Facebook Mohd Puad.
Menerusi writ saman yang difailkan dalam kapasiti peribadi, Muhyiddin mendakwa pada 8 Februari lepas, Mohd Puad telah menerbitkan satu hantaran di laman Facebook di bawah nama 'DrPuad Zarkashi' dengan tajuk 'Kuarantin pun ada dua darjat?'
Beliau mendakwa hantaran itu boleh diakses oleh pengguna Internet di seluruh dunia dan telah menerima 1,200 reaksi, 215 komen dan 182 perkongsian.
Katanya hantaran itu merujuk kepada 'PM' yang merupakan singkatan kepada Perdana Menteri dan mengandungi kenyataan tidak benar, tidak wajar, tidak berasas dan jahat serta memfitnah beliau.
Muhyiddin mendakwa kenyataan itu membawa maksud bahawa beliau dan rombongannya enggan menjalani kuarantin selama 10 hari selepas mereka pulang dari lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021
Muhyiddin memohon perintah injunksi interim bagi menghalang Mohd Puad, ejen, wakil atau sesiapa daripada menerbitkan semula, membuat hantaran dan berkongsi kenyataan yang didakwa berbaur fitnah di laman Facebook Mohd Puad. - Bernama
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Speaker Johor serah notis kekosongan DUN Mahkota
Notis kekosongan kerusi DUN Mahkota diserahkan kepada SPR susulan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain.
Kes saman Muhyiddin Yassin terhadap Puad Zarkashi selesai secara baik
Kes saman fitnah difailkan Muhyiddin terhadap Puad Zarkashi berhubung diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
Kritikan Puad Zarkashi bersifat peribadi, tidak jejas pendaftaran PADU - Rafizi
Rafizi berkata mana-mana perubahan yang dilakukan kerajaan selalunya memang akan mendapat tentangan.
Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti - Puad
Ia susulan tindakan ADUN Selat Klang isytihar sokongan kepada MB ketika parti itu baru meluluskan pindaan perlembagaan.
J-KOM wajar dirombak secara menyeluruh - Puad Zarkashi
Imej J-KOM semakin merundum setelah isu A dan W dibangkitkan serta analisis Timbalan Ketua Pengarahnya berkenaan Langkah Dubai.
Najib-Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri - Puad
Puad berkata, perkara berkenaan tidak perlu dilayan, sambil menyifatkan individu yang memberi cadangan itu sebagai 'buta sejarah'.
ADUN MUDA, Amira Aisya ditempatkan di Blok Pengimbang PN - Speaker DUN Johor
ADUN Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz akan ditempatkan di Blok Pengimbang, sebaris dengan ADUN PN pada sidang DUN Johor Khamis ini.