KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menggantung prosiding kes saman berhubung cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta sementara menunggu penyelesaian rayuannya di Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan Malaysia.
Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menolak permohonan anak guamnya dengan kos RM5,000 perlu dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
"Mahkamah menolak alasan pemohon (Muhammad Shafee) bahawa wujud keadaan istimewa untuk menggantung prosiding itu. Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 6 Okt ini bagi menetapkan tarikh pendengaran kes saman itu," katanya ketika dihubungi pemberita selepas prosiding secara dalam talian hari ini.
Sementara itu, Peguam Kanan Hasil Al-Hummidallah Idrus, yang mewakili LHDN ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Prosiding hari ini turut disertai peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam dan Wee Yeong Kang yang mewakili Muhammad Shafee manakala LHDN turut diwakili Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad dan Muhammad Faqrol Syazreen Mohd Ghause.
Muhammad Shafee, 70, memfailkan permohonan itu pada 3 Nov 2021 antara lain memohon perintah supaya prosiding itu digantung sementara menunggu rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin berhubung pembayaran cukai pendapatan masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN, diputuskan Mahkamah Persekutuan.
Muhammad Shafee turut memberikan alasan bahawa beliau telah memfailkan notis rayuan terhadap notis taksiran tambahan bagi tahun 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 kepada LHDN pada 27 Jun 2019 selain wujud keadaan istimewa untuk menggantung prosiding itu.
Pada 27 Sept tahun lepas, LHDN memohon supaya kes saman terhadap Muhammad Shafee diputuskan melalui penghakiman terus atas alasan antaranya defendan gagal membayar keseluruhan tunggakan cukai pendapatan dan kenaikan cukai yang dikenakan ke atas beliau berjumlah RM9,414,708.32 dalam tempoh yang ditetapkan.
LHDN yang memfailkan saman itu pada 6 Mei tahun lepas mendakwa sehingga kini, peguam tersebut masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 termasuk kenaikan yang dikenakan.
Muhammad Shafee merupakan peguam Najib dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beliau turut berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib serta dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada LHDN.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022

Mahkamah menolak alasan pemohon (Muhammad Shafee) bahawa wujud keadaan istimewa untuk menggantung prosiding itu. - Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Titah Adendum: Najib beri isyarat ‘thumbs up' - Peguam
Keputusan mengenai Najib menjalani hukuman penjara di rumah bergantung kepada Hakim Mahkamah Tinggi, dan keputusan mungkin dibuat dalam tempoh sebulan.

Titah Adendum: Kerajaan perlu mohon maaf kepada rakyat Malaysia - AJK Pas Pusat
Khairil Nizam Khirudin berkata, Kerajaan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu mengambil tanggungjawab itu dan meletakkan jawatan.

Titah Adendum: Shafee baca surat daripada Sultan Pahang sahkan perintah tambahan wujud
Surat tersebut ditandatangani Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Abdul Rahman yang mewakili Al-Sultan Abdullah.

Tidak ada arahan untuk Najib mohon pengampunan baharu - Peguam
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya buat masa ini memberi tumpuan meneruskan permohonan berhubung semakan kehakiman melibatkan kewujudan Titah Adendum.

Hakim nasihat pihak terbabit tidak bincang kes 1MDB di luar mahkamah
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menasihati pihak berkaitan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan di luar mahkamah sehingga boleh menjejaskan perbicaraan.

Kenapa sembunyi titah adendum Najib? - Muhammad Shafee
Peguam Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kenapa titah adendum terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disembunyikan.

Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.

1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.

Kes 1MDB Najib: Unsur kepentingan bukan perkara penting yang perlu dibuktikan - Pendakwaan
Pertuduhan terhadap Najib berhubung dana 1MDB jelas menyatakan tempat, masa, tarikh dan kedudukan beliau sebagai seorang pegawai awam serta kesalahannya.

Najib tarik balik rayuan gugur Hakim Sequerah dengar prosiding kes 1MDB
Najib menarik balik rayuannya untuk menggugurkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah daripada mendengar prosiding kes 1MDB.