GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk meminda saman pemula mereka bagi menghalang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang daripada meluluskan usul untuk mengosongkan kerusi mereka.
Pesuruhjaya Kehakiman Azizan Md Arshad dalam keputusan yang dihantar melalui e-mel kepada kedua-dua pihak berkata, pindaan untuk memasukkan Perkara (10)(a) Perlembagaan Persekutuan akan mengubah keseluruhan saman pemula itu, dan ia harus dibuat melalui saman pemula baharu.
Perkara 10 (a) adalah berhubung dengan sekatan kebebasan Ahli Parlimen daripada menggunakan hak perlembagaan mereka, iaitu kebebasan bersuara.
"Walaupun mahkamah ini bersetuju bahawa tiada unsur penyalahgunaan keputusan mahkamah tidak bona fide, mahkamah ini berpendapat pindaan ini tidak wajar diberikan kerana jelas pindaan ini akan menimbulkan karekter baharu kepada saman pemula," katanya.
Beliau berkata dalam kes itu, plaintif telah memfailkan punca tindakan mereka untuk mencabar Perkara 14A(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, dan isu itu telah dirujuk ke Mahkamah Persekutuan, dan ia telah diputuskan.
"Dalam kes ini, mahkamah ini dengan jelas menyatakan bahawa memandangkan ia melibatkan tafsiran Perlembagaan Negeri dan Persekutuan, Mahkamah Persekutuan adalah forum yang sesuai.
"Pada peringkat ini, jika pindaan dibenarkan yang turut melibatkan Perlembagaan Negeri dan Persekutuan, maka ia tidak boleh diputuskan di mahkamah ini.
"Dalam pindaan itu jelas bahawa plaintif telah menyentuh struktur asas Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah dalam bidang kuasa eksklusif Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 4(4) dan Perkara 128 (a) Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Pada 2020 empat ADUN iaitu Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) sebagai plaintif telah memfailkan saman pemula terhadap DUN Pulau Pinang dan Speakernya Datuk Law Choo Kiang bagi mencabar Perkara 14A(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dan menghalang empat kerusi terbabit daripada diisytiharkan kosong, menurut Perkara 14A(1).
Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika dia meletak jawatan, dipecat keanggotaan, bersara dari politik, atau dipilih sebagai calon oleh parti politik lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan empat ADUN untuk meminda saman pemula mereka bagi menghalang DUN Pulau Pinang daripada meluluskan usul untuk mengosongkan kerusi mereka. - Gambar hiasan
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan batal kes rasuah Guan Eng, isteri dan Li Koon
Permohonan itu membabitkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta.
Mahkamah Tinggi bebaskan lima rakan daripada tuduhan bunuh Nhaveen
Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan lima lelaki daripada pertuduhan membunuh dan mencederakan mangsa buli T. Nhaveen, enam tahun lepas.
Mahkamah tinggi tolak permohonan empat ADUN pinda saman pemula mereka
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan empat ADUN untuk meminda saman pemula mereka bagi menghalang DUN Pulau Pinang daripada meluluskan usul untuk mengosongkan kerusi mereka.
Wanita Ukraine edar kokain dipenjara seumur hidup
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang warga ukraine kerana mengedar dadah.
Tukang masak ditipu RM30,000 konon terbabit kes langgar lari
Suspek mendakwa mangsa terbabit dengan kes langgar lari membabitkan sebuah kereta sewa di Pulau Pinang.
Guan Eng, Li Koon bebas: 'Saya pun terkejut juga' - Tun M
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terkejut penarikan kes pendakwaan rasuah terhadap Lim Guan Eng berhubung pembelian sebuah banglo.
Citibank lulus pinjaman rumah RM2.1 juta Lim Guan Eng - Saksi
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Citibank Berhad telah meluluskan pinjaman berjumlah RM2.1juta kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi pembelian sebuah rumah berharga RM2.8 juta
Lelaki bakar isteri dihukum mati mandatori
Mahmakah Tinggi Pulau Pinang menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki atas pertuduhan membunuh isterinya dengan membakar mangsa.
Pemecatan dalam MPPP: Mahkamah tolak permohonan Setiausaha PAS P. Pinang
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Selasa menolak permohonan Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri Iszuree Ibrahim.