GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebas dan melepaskan lima lelaki daripada pertuduhan membunuh dan mencederakan mangsa buli T. Nhaveen, enam tahun lepas.
Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid membebaskan S. Gopinaath, 32, J. Ragesuthan, 24, dan S. Gokulan, 24, dan dua lagi yang ketika kejadian remaja di bawah umur selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Beliau berkata mahkamah mendapati terdapat percanggahan versi keterangan saksi mengenai beberapa tempat kejadian dan kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi penting iaitu rakan mangsa dikenali sebagai Preevin.
"Pihak pendakwaan juga tidak dapat membuktikan niat tertuduh untuk bersama-sama membunuh atau mencederakan mangsa manakala kredibiliti saksi yang dipanggil sangat diragui mahkamah.
"Mahkamah telah meneliti, membuat pertimbangan dan menilai kes ini...justeru semua kelima-lima tertuduh dilepas dan dibebaskan," katanya.
Kelima-lima rakan itu yang berada dalam kandang tertuduh saling berpelukan kegembiraan selepas mendengar keputusan tersebut.
Nhaveen, berumur 18 tahun ketika kejadian, cedera parah akibat dipukul sekumpulan remaja dalam kejadian di Jalan Kaki Bukit, dekat sini, sehingga mati otak selain mengalami kecederaan di bahagian dubur.
Rakannya, Preevin dilaporkan turut dipukul oleh kumpulan yang sama menggunakan topi keledar namun sempat melarikan diri bagi mendapatkan bantuan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azhar Hamzah manakala Gopinaath, Ragesuthan dan Gokulan diwakili peguam Datuk Naran Singh dan peguam Maanveer Singh Dhillon serta Yagoo Subramaniam mewakili dua remaja itu.
Pada 19 Jun 2017, lima rakan itu didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Nhaveen berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Bukit Gelugor antara jam 11 malam hingga tengah malam pada 9 Jun 2017.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Selain itu mereka juga didakwa atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap Nhaveen mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Kelima-lima mereka turut didakwa menyerang Previin di lokasi, tarikh dan masa sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023

Pada 2017, lima rakan itu didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Nhaveen berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Bukit Gelugor pada 9 Jun 2017.- Gambar fail/Bernama
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Mahkamah Tinggi bebaskan lima rakan daripada tuduhan bunuh Nhaveen
Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan lima lelaki daripada pertuduhan membunuh dan mencederakan mangsa buli T. Nhaveen, enam tahun lepas.