Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Mahkamah Sivil adalah forum yang sesuai untuk memutuskan mengenai pembubaran perkahwinan dan penjagaan kanak-kanak apabila seorang daripada pasangan memeluk agama Islam dan seorang lagi kekal bukan Islam.
Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif membuat keputusan ini dalam kes yang melibatkan seorang kerani S. Deepa dan bekas suaminya, pemandu lori Izwan Abdullah yang memeluk Islam dan menukarkan agama kedua-dua anak mereka yang didakwa tanpa kebenaran Deepa.
Bagaimanapun, mahkamah memberikan hak penjagaan anak berusia lapan tahun kepada bapa dan anak perempuan berumur 10 tahun kepada ibu.
Hakim Raus berkata mahkamah telah menemu bual kedua-dua kanak-kanak itu, Nabil dan Nur Nabila, sambil menambah bahawa anak lelaki itu menyatakan beliau mahu tinggal bersama bapa dan anak perempuan itu berkata dia mahu bersama ibunya.
Beliau berkata nampaknya kanak-kanak itu mahu berada bersama ibu bapa mereka.
Nur Nabila kini tinggal dengan ibunya di Johor Bahru manakala anak lelaki mereka tinggal di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan Izwan yang nama Hindunya N. Viran.
Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Raus berkata mahkamah sivil adalah mahkamah yang betul untuk membuat keputusan mengenai pembubaran perkahwinan pasangan itu dan penjagaan anak-anak mereka kerana perkahwinan mereka dilakukan mengikut upacara agama Hindu dan ditadbir di bawah Akta Membaharui Undang-undang(Perkahwinan dan Perceraian).
Beliau berkata ia merupakan satu penyalahgunaan proses bagi seorang pasangan yang memeluk Islam memfailkan pembubaran perkahwinan dan hak penjagaan anak-anak di Mahkamah Syariah, sambil menambah perkahwinan orang bukan Islam tidak terbubar apabila salah seorang pasangan memeluk Islam.
Hakim Raus berkata Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan mengenai pembubaran perkahwinan dan hak penjagaan kanak-kanak bagi perkahwinan yang dilangsungkan mengikut undang-undang Syariah.
Bernama
Wed Feb 10 2016
atu penyalahgunaan proses bagi seorang pasangan yang memeluk Islam memfailkan pembubaran perkahwinan dan hak penjagaan anak-anak di Mahkamah Syariah. - Gambar fail
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Keputusan Mahkamah Persekutuan selesaikan masalah percanggahan perintah mahkamah - Subramaniam
Pembubaran perkahwinan dan hak penjagaan anak dalam kes apabila seorang daripada pasangan memeluk Islam dan seorang lagi kekal bukan Islam, telah menyelesaikan masalah percanggahan perintah mahkamah.
Mahkamah sivil forum sesuai putuskan kes cerai dan penjagaan dalam perkahwinan sivil
Mahkamah Persekutuan memutuskan Mahkamah Sivil adalah forum yang sesuai untuk memutuskan mengenai pembubaran perkahwinan, penjagaan kanak-kanak apabila seorang daripada pasangan memeluk agama Islam.