Keputusan Mahkamah Persekutuan Rabu berkaitan pembubaran perkahwinan dan hak penjagaan anak dalam kes apabila seorang daripada pasangan memeluk Islam dan seorang lagi kekal bukan Islam, telah menyelesaikan masalah percanggahan perintah mahkamah yang timbul daripada isu itu.
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata susulan keputusan hanya Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa membubarkan perkahwinan sivil dan menangani masalah hak jagaan, penjagaan dan kawalan ke atas anak yang lahir hasil perkahwinan itu, 'pintu perangkap' sudah tertutup.
"Hanya Mahkamah Sivil yang mungkin boleh menangani isu penjagaan. Ini juga menyelesaikan masalah perintah mahkamah yang bercanggah dan polis sekarang dapat melaksanakan perintah mahkamah tanpa ragu-ragu lagi," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Mahkamah Persekutuan Rabu memutuskan Mahkamah Sivil adalah forum yang sesuai untuk memutuskan mengenai pembubaran perkahwinan dan hak penjagaan kanak-kanak apabila seorang daripada pasangan memeluk Islam dan seorang lagi kekal bukan Islam.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif membuat keputusan itu dalam kes membabitkan seorang kerani S. Deepa dan bekas suaminya, Izwan Abdullah, yang memeluk Islam dan menukarkan agama kedua-dua anak mereka kepada Islam, tanpa kebenaran Deepa.
Mahkamah memberikan hak penjagaan anak lelaki berusia lapan tahun, Nabil kepada bapa, dan anak perempuan berusia 10 tahun, Nur Nabila kepada ibu.
Dr Subramaniam berkata dalam hampir semua kes membabitkan pasangan yang bertukar agama dan seorang lagi kekal dalam agama asal, pasangan yang bertukar agama secara diam-diam akan menukarkan agama anak mereka hasil daripada perkahwinan sivil.
"Dengan berbuat demikian, pasangan yang bertukar agama kemudian akan memohon hak penjagaan anak daripada Mahkamah Syariah," katanya.
Beliau berkata keputusan Mahkamah Persekutuan itu merupakan langkah penting untuk mempertahankan hak seorang ibu.
Bernama
Wed Feb 10 2016
Keputusan Mahkamah Persekutuan itu merupakan langkah penting untuk mempertahankan hak seorang ibu. - Gambar fail
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Keputusan Mahkamah Persekutuan selesaikan masalah percanggahan perintah mahkamah - Subramaniam
Pembubaran perkahwinan dan hak penjagaan anak dalam kes apabila seorang daripada pasangan memeluk Islam dan seorang lagi kekal bukan Islam, telah menyelesaikan masalah percanggahan perintah mahkamah.
Mahkamah sivil forum sesuai putuskan kes cerai dan penjagaan dalam perkahwinan sivil
Mahkamah Persekutuan memutuskan Mahkamah Sivil adalah forum yang sesuai untuk memutuskan mengenai pembubaran perkahwinan, penjagaan kanak-kanak apabila seorang daripada pasangan memeluk agama Islam.