PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Ketua Polis Negara (KPN) dan tiga yang lain untuk membatalkan saman nonfeasans yang difailkan terhadap mereka oleh seorang guru tadika berhubung dakwaan gagal menangkap bekas suaminya dan mengembalikan anak perempuannya yang dilarikan lelaki itu.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk M. Gunalan dan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan saman yang difailkan oleh M.Indira Gandhi itu perlu melalui perbicaraan.
Selain KPN, wanita itu turut menamakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan sebagai defendan.
"Kami berpendapat berdasarkan fakta dan keadaan kes ini, terdapat isu undang-undang yang kompleks termasuk isu tafsiran Seksyen 7 (2) Akta Prosiding Kerajaan, Seksyen 20 Akta Polis dan juga mengenai kedudukan Common Law mengenai tort nonfeasans oleh pegawai awam," katanya.
Beliau berkata dakwaan Indira Gandhi bukanlah kes yang jelas tidak mampan untuk mewajarkannya dibatalkan.
Hakim itu berkata tiada kesilapan Mahkamah Tinggi dalam keputusannya untuk menolak permohonan membatalkan yang dikemukakan oleh KPN dan tiga yang lain, sambil menambah bahawa tiada merit dalam rayuan kerajaan.
Mahkamah Rayuan turut memerintahkan defendan membayar kos RM10,000 kepada Indira Gandhi dan menetapkan 14 Sept untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi.
Pada 16 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini hakim Mahkamah Rayuan) menolak permohonan kerajaan untuk membatalkan saman guru tadika itu yang mendakwa KPN dengan sengaja dan cuai tidak menghiraukan perintah mandamus Mahkamah Persekutuan kerana gagal membuat siasatan atau mengambil tindakan sewajarnya untuk mengembalikan anaknya, Prasana Diksa yang kini berusia 13 tahun.
Beliau mendakwa KPN, KDN dan kerajaan juga berperanan membuat keputusan atau memberikan arahan kepada PDRM bagi melaksanakan waran komital terhadap Muhammad Riduan Abdullah, yang sebelumnya dikenali sebagai K. Pathmanathan, seperti diarah oleh Mahkamah Persekutuan pada 29 April, 2016.
Justeru, beliau menutut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta faedah selain memohon deklarasi bahawa KPN telah melakukan 'tort nonfeasance' di pejabat awam dan KDN dan kerajaan, ketiga dan keempat bertanggungjawab secara vikarius bagi tort nonfeasance yang dilakukan KPN.
Prasana Diksa dilarikan Muhammad Riduan ketika berusia 11 bulan, sejurus selepas lelaki itu memeluk Islam.
Pada 2009, Muhammad Riduan mengislamkan tiga anak mereka tanpa persetujuan Indira Gandhi sebelum ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak itu, namun pada 2018 Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama satu pihak ketiga-tiga anak itu sebagai batal dan tidak sah.
Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan hak penjagaan penuh kanak-kanak itu kepada Indira Gandhi pada 2010.
Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengesahkan perintah mandamus yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi yang mengarahkan polis dan perayu menangkap Muhammad Riduan dan mendapatkan semula Prasana Diksa untuk dikembalikan kepada Indira Gandhi.
Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi mewakili kerajaan dalam rayuan hari ini yang dijalankan secara dalam talian manakala pasukan peguam yang diketuai oleh Rajesh Nagarajan mewakili Indira Gandhi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 07 2022

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk M. Gunalan dan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan saman yang difailkan oleh M.Indira Gandhi itu perlu melalui perbicaraan. - Gambar fail

Hanya 20 peratus pegawai, anggota JBPM Melaka dibenar bercuti Aidilfitri
Hanya 20 peratus daripada 496 pegawai dan anggota JBPM Melaka dibenar bercuti sempena Aidilfitri tahun ini.

Pasangan kekasih ditahan curi ikan tongkol waktu sahur
Pasangan suspek itu turut didapati mencuri telefon bimbit dan tabung gas mangsa sebelum sempat ditahan warga penduduk.

Iftar Muhibbah eratkan ukhuwah merentas agama
Masjid Abidin menganjurkan program itu bagi memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam merasai pengalaman berbuka puasa bersama rakan Muslim.

Ukraine sedia berunding secara konstruktif dengan AS di Arab Saudi - Zelenskyy
Zelenskyy berada di Jeddah menjelang pertemuan antara pegawai AS dan Ukraine yang bertujuan mencari jalan menamatkan perang Rusia-Ukraine.

Tak mahu beli baju raya, petanda Aisar Azim akan pergi selamanya - Keluarga
Abangnya berkata Aisar Azim menyatakan hasrat itu beberapa hari sebelum kejadian tanpa disangka ia menjadi tanda perpisahan selamanya.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putrajaya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 11 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
US stock market loses $4 trillion in value as Trump plows ahead on tariffs
President Donald Trump’s tariffs have spooked investors, with fears of an economic downturn driving a stock market sell-off that has wiped out $4 trillion from the S&P 500’s peak last month, when Wall Street was cheering much of Trump's agenda.

Kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Insiden itu menyebabkan kebakaran besar dan beberapa siri letupan, memaksa anak kapal meninggalkan kapal masing-masing.

Sebabkan kematian Syed Muhammad Danial, lelaki kekal dipenjara 16 tahun
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 16 tahun terhadap seorang bekas pekerja teknologi maklumat kerana menyebabkan kematian pengurus bank Syed Muhammad Danial Syed Shakir.

Mahkamah kekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar kerana menyeludup 31 migran ke negara ini, lima tahun lepas.

Bekas pemandu bas sekolah gagal semak semula hukuman liwat
Panel hakim memutuskan tiada merit dalam permohonan semakan dan Kassim gagal menunjukkan kecuaian ketara oleh peguamnya sebelum ini.

Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.

Kes bunuh Nhaveen: Mahkamah Rayuan arah 4 individu bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan empat individu untuk membela diri atas pertuduhan asal membunuh T. Nhaveen di Pulau Pinang tujuh tahun lepas.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah Rayuan di Washington pada Khamis menghentikan sementara perjanjian antara individu yang didakwa sebagai dalang serangan 11 Sept 2001.

Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.

Mahkamah Rayuan tolak permohonan Trump tangguh jatuh hukuman
Ia berhubung sabitan dalam kes jenayah berkaitan bayaran 'duit menutup mulut' kepada seorang bintang lucah.

Titah Adendum: "Apakah reaksi dan tindakan lanjut UMNO?"- Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah membangkitkan beberapa persoalan susulan keputusan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung Titah Adendum.