PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan beliau mengeluarkan kenyataan memfitnah bekas pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Abdul Karim Jalil, Datuk Gunalan Muniandy dan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bagaimanapun membenarkan rayuannya untuk mengurangkan kuantum ganti rugi sebanyak RM300,000 yang sebelum ini diberikan Mahkamah Tinggi kepada Maria, kepada RM150,000.
Mahkamah turut memberikan award RM10,000 sebagai kos kepada Maria, yang kini Ahli Parlimen Petaling Jaya.
Ahmad Zaidi, yang menyampaikan keputusan sebulat suara itu berkata mahkamah bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi bahawa kenyataan yang diucapkan oleh Jamal akan mempunyai kesan menjatuhkan reputasi Maria di mata masyarakat dan boleh menimbulkan kebencian kepada wanita itu.
Beliau berkata Jamal juga gagal menunjukkan bahawa hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab tersilap dalam keputusannya bahawa dua kenyataan yang diucapkan Jamal merujuk kepada Maria.
Jamal telah mengaku membuat dua kenyataan itu tetapi menafikan bahawa kenyataan itu merujuk kepada Maria atau kenyataan itu berunsur fitnah.
Hakim itu berkata Mahkamah Rayuan mendapati tiada merit dalam rayuan Jamal mengenai liabiliti.
Mengenai kuantum ganti rugi, hakim berkata jumlah RM300,000 yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kepada Maria nyata berlebihan sambil menambah bahawa RM150,000 adalah jumlah yang munasabah untuk diberikan kepada Maria.
Maria mengambil tindakan undang-undang terhadap Jamal kerana memfitnah dengan mengaitkan beliau dan Bersih 2.0 dengan kumpulan militan Daesh.
Dalam samannya yang difailkan pada 7 Okt 2016, beliau mendakwa Jamal telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya dan Bersih, yang disiar dan diterbitkan oleh media dalam talian, cetak dan elektronik, semasa sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 28 Sept 2016 dan kemudiannya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 4 Okt 2016.
Pada 2018, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Jamal memfitnah Maria dan memerintahkannya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Maria menyebabkan beliau merayu terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.
Jamal diwakili peguam V. Mugunthan dan Mohamad Fauzi Abdul Samad manakala peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, Abraham Au dan Ngeow Chow Ying mewakili Maria.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 08 2022

Jamal juga gagal menunjukkan bahawa hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab tersilap dalam keputusannya bahawa dua kenyataan yang diucapkan Jamal merujuk kepada Maria. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Titah Adendum: 'Jika benar wujud, laksanakanlah'
Jika benar Titah Adendum itu wujud, Kerajaan perlu bertanggungjawab dan mereka yang bertindak menyembunyikannya perlu menerima hukuman setimpal.

Kebenaran rayu penghakiman Jamal ditolak, perlu bayar Kok RM300,000
Hal itu susulan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak permohonan Jamal untuk kebenaran merayu penghakiman dalam saman libel yang difailkan Kok.

KJ saman Jamal Yunos, tuntut RM1 juta
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar. Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung sidang media semasa PAU 202

Mahkamah tolak permohonan Jamal gantung penghakiman saman fitnah Teresa Kok
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Jamal untuk menggantung perlaksanaan penghakiman yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Teresa Kok

Pengundi hantu: Jamal Yunos tuduh perbuatan 'orang upahan' KJ
Khairy berkata beliau difahamkan tag kedudukan perwakilan yang sebelum ini diletakkan di kerusi Dewan Merdeka telahpun ditanggalkan.

Najib sihat, mahu BN menang PRU15 - Nooryana
Nooryana Najwa berkata, bapanya itu yakin dan percaya hanya BN sahaja sebuah parti yang mampu memperjuangkan nasib rakyat dan boleh transformasi negara lebih maju pada masa depan.

PRU15: Jamal belum diisytihar bankrap, masih boleh jadi calon - Peguam
Peguamnya berkata, anak guamnya boleh mengemukakan borang pencalonan tanpa sebarang masalah dan beliau layak menjadi calon.

Jamal Yunos keluar hospital, bebas kanser paru-paru
Jamal memaklumkan dirinya pulih sepenuhnya dari penyakit kanser paru-paru tahap empat yang dihidapi sebelum ini berdasarkan pemeriksaan susulan oleh pihak hospital.

Tak pernah berhasrat jadi calon PRU15 - Naib Canselor UUM
Menurutnya, proses untuk membangunkan dan memajukan UUM adalah fokus utama beliau ketika ini.

Jamal Yunos bebas tuduhan muat naik video kenyataan jelik di Facebook
Mahkamah melepas dan membebaskan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos daripada dua pertuduhan memuat naik video dengan kenyataan jelik di laman Facebook.