Ringkasan AI
- Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, menegaskan bahawa Titah Adendum berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak mesti dilaksanakan jika ia benar-benar wujud.
- Shahidan hadir bersama rombongan Penyatuan Ummah di Istana Kehakiman untuk mendengar keputusan mengenai Titah Adendum.
- Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos, menyatakan bahawa Kerajaan perlu bertanggungjawab dan menghukum mereka yang menyembunyikan Titah Adendum jika ia wujud.
“Saya datang nak dengar keputusan Titah Adendum, ini bukan soal Najib layak atau tidak layak.
“Kalau benar wujud (Titah Adendum), laksanakanlah,” kata Shahidan yang hadir bersama rombongan Penyatuan Ummah di pekarangan Istana Kehakiman, di sini.
Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang senada dengan Shahidan menambah, jika benar Titah Adendum itu wujud, Kerajaan perlu bertanggungjawab dan mereka yang bertindak menyembunyikannya perlu menerima hukuman setimpal.
“Sesiapa yang menidakkan, menyorok Titah Adendum itu perlu bertanggungjawab dan mendapat hukuman sewajarnya,” kata Jamal.
Najib, 72, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai tahun lalu yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Titah Adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Najib mendakwa Titah Adendum itu akan membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.