KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan di Putrajaya akan mengendalikan prosiding pendengaran rayuan jenayah melalui teknologi komunikasi jarak jauh yang pertama esok, dengan perayu yang juga banduan akan mengikuti prosiding berkenaan dari Penjara Kajang.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kes rayuan jenayah melalui sidang video berkenaan adalah berkaitan sabitan serta hukuman di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
"Dalam prosiding rayuan esok, hakim akan berada di Istana Kehakiman sementara peguam dan Timbalan Pendakwa Raya akan berada di pejabat masing-masing," menurut kenyataan itu.
Menurut PKPMP, badan kehakiman sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dalam memastikan kesinambungan pentadbiran keadilan ketika pandemik COVID-19 termasuk untuk semua banduan yang sedang menjalani hukuman di penjara.
"Keutamaan adalah diberikan kepada banduan yang tempoh hukumannya hampir tamat, pesalah kanak-kanak dan pesalah muda, kes berkepentingan awam dan apa-apa pertimbangan lain yang difikirkan suai manfaat oleh mahkamah," menurut PKPMP.
Jelas PKPMP, prosiding pendengaran rayuan jenayah itu hanya terpakai bagi banduan yang diwakili oleh peguam atau tidak diwakili peguam dan sedang menjalani hukuman di penjara.
Katanya, Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat telah mengeluarkan Arahan Ketua Hakim Negara Bil. 6 Tahun 2021 yang memperuntukkan mengenai pengendalian prosiding rayuan jenayah melalui teknologi komunikasi jarak jauh semasa tempoh pandemik yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2021.
Arahan itu boleh diakses menerusi portal e-Arahan Amalan melalui pautan https://tinyurl.com/ArahanAmalanKHN.
Badan kehakiman berharap agar inisiatif yang diambil ini akan dapat meningkatkan kualiti akses kepada keadilan dengan memanfaatkan penggunaan teknologi secara optimum terutama dalam pengendalian kes rayuan jenayah semasa tempoh pandemik ini, menurut PKPMP.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 28 2021

Menurut PKPMP, badan kehakiman sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dalam memastikan kesinambungan pentadbiran keadilan ketika pandemik COVID-19. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

14 ahli 'Ayahanda Yie Tiger 99' kekal dipenjara lima tahun
Kesemua tertuduh dengan tangan bergari kelihatan sebak sambil mengucapkan "Alhamdullilah" sejurus hukuman dibacakan.

Dua sahabat terlepas tali gantung, dipenjara 12 tahun, 10 sebatan miliki dadah
Pada Januari 2021, dua sahabat ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah mengedar 626.55 gram methamphetamine.

Rosmah beri 127 sebab kenapa hukuman ke atasnya perlu diketepi
Rosmah menegaskan bahawa antara alasan yang dibangkitkan ialah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan pada 1 September lalu adalah berat sebelah.

Hak kewarganegaraan: 'Ke mana anak saya nak pergi, apa nasib masa depannya?', soal responden
Keputusan katanya sangat mengecewakan, lebih lagi terhadap kehidupan kanak-kanak yang terus terkesan susulan keputusan hari ini.

Mahkamah putuskan anak lahir di luar negara oleh wanita M'sia tidak layak dapat kerakyatan
Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak dapat kerakyatan.

Kes basikal lajak: Rayuan pemandu wanita didengar Isnin ini
Menerusi semakan sistem mahkamah, rayuan Sam Ke Ting, 27, akan didengar di hadapan panel hakim Mahkamah Rayuan 3, pada 9 pagi.

Mahkamah Rayuan Putrajaya kendalikan prosiding rayuan secara dalam talian bermula esok
Kes pertama membabitkan seorang perayu yang juga banduan yang akan mengikuti prosiding berkenaan dari Penjara Kajang.

Isu Syria Care: Mahkamah tolak rayuan Zamihan
Panel hakim diketuai Datuk Rohana Yusof mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 21 April 2017 lalu.