PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan rayuan kerajaan dan polis untuk mengurangkan jumlah ganti rugi kepada keluarga tiga pemuda yang terbunuh akibat ditembak dalam kejadian di zon perindustrian Glenmarie di Shah Alam, Selangor, 13 tahun lepas.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Azizah Nawawi, Datuk S.Nantha Balan dan Datuk Mohamed Zaini Mazlan yang membenarkan rayuan itu, mengurangkan jumlah ganti rugi kepada RM649,200.
Perayu, yang didapati bertanggungjawab menyebabkan kematian tiga pemuda itu, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Jun 2021, yang memberikan award berjumlah RM1.52 juta kepada keluarga ketiga-tiga pemuda itu dengan setiap keluarga menerima kira-kira RM500,000 sebagai ganti rugi.
Tiga pemuda yang terbunuh dalam kejadian yang berlaku pada 13 Nov 2010 itu ialah Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, Mohd Hairul Nizam Tuah, 20, dan Muhammad Hanafi Omar, 22.
Semasa menyampaikan keputusan sebulat suara itu, Azizah berkata mahkamah juga mengetepikan award ganti rugi sebanyak RM100,000 yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kepada keluarga untuk tuntutan di bawah Seksyen 8 Akta Undang-undang Sivil dan RM100,000 untuk ganti rugi teladan.
Mahkamah juga mengetepikan RM100,000 ganti rugi am yang diberikan kepada keluarga dan menggantikannya dengan RM10,000 bagi kematian.
Hakim itu berkata RM100,000 untuk ganti rugi teruk dan RM100,000 untuk misfeasans awam kekal.
Mahkamah juga mengekalkan RM11,200 sebagai tuntutan tanggungan untuk keluarga Mohd Hairul dan RM8,000 dalam tuntutan tanggungan untuk keluarga Muhammad Hanafi.
Ini bermakna setiap keluarga akan mendapat pembayaran ganti rugi sebanyak RM210,000.
Keluarga ketiga-tiga pemuda itu pada mulanya gagal dalam saman mereka di Mahkamah Tinggi pada 2015.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 2016 membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan polis dan kerajaan bertanggungjawab menyebabkan kematian ketiga-tiga pemuda itu.
Mahkamah kemudian memerintahkan kes itu dibawa untuk penilaian ganti rugi di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi yang kemudiannya memberikan award berjumlah RM207,000 kepada tiga keluarga itu.
Keluarga tersebut yang tidak berpuas hati dengan jumlah itu telah merayu kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam agar ganti rugi dinilai semula dan award berjumlah RM1.5 juta diberikan kepada mereka.
Pada 12 Nov 2013, keluarga tiga pemuda itu telah memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi di Shah Alam terhadap ketua polis daerah Shah Alam, ketua polis Selangor, Ketua Polis Negara, kerajaan Malaysia dan pegawai polis.
Saman itu difailkan oleh ibu bapa Shamil, Shapiei Zainal Abidin dan Norhafizah Mad Razali, ibu Hairul Hamidah Kadar dan adik Hairul, Norhaliza Tuah, dan ibu bapa Hanifi, Omar Abu Bakar dan Noriah Darus.
Dalam pembelaan mereka, polis berkata mereka mengesyaki pemuda itu adalah anggota "Geng Minyak", dikatakan terlibat dalam beberapa siri samun di stesen minyak tetapi disangkal oleh keluarga tersebut yang mengatakan ketiga-tiga pemuda itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah
Keluarga tersebut mendakwa pemuda itu dibunuh dalam "gaya pembunuhan" berdasarkan kedudukan peluru memasuki badan mereka.
Peguam Kanan Persekutuan Noerazlim Saidil mewakili kerajaan dan polis manakala peguam Zaid Malek mewakili keluarga pemuda.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Azizah Nawawi, Datuk S.Nantha Balan dan Datuk Mohamed Zaini Mazlan yang membenarkan rayuan itu, mengurangkan jumlah ganti rugi kepada RM649,200. - Gambar hiasan

Hanya 20 peratus pegawai, anggota JBPM Melaka dibenar bercuti Aidilfitri
Hanya 20 peratus daripada 496 pegawai dan anggota JBPM Melaka dibenar bercuti sempena Aidilfitri tahun ini.

Pasangan kekasih ditahan curi ikan tongkol waktu sahur
Pasangan suspek itu turut didapati mencuri telefon bimbit dan tabung gas mangsa sebelum sempat ditahan warga penduduk.

Iftar Muhibbah eratkan ukhuwah merentas agama
Masjid Abidin menganjurkan program itu bagi memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam merasai pengalaman berbuka puasa bersama rakan Muslim.

Ukraine sedia berunding secara konstruktif dengan AS di Arab Saudi - Zelenskyy
Zelenskyy berada di Jeddah menjelang pertemuan antara pegawai AS dan Ukraine yang bertujuan mencari jalan menamatkan perang Rusia-Ukraine.

Tak mahu beli baju raya, petanda Aisar Azim akan pergi selamanya - Keluarga
Abangnya berkata Aisar Azim menyatakan hasrat itu beberapa hari sebelum kejadian tanpa disangka ia menjadi tanda perpisahan selamanya.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putrajaya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 11 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
US stock market loses $4 trillion in value as Trump plows ahead on tariffs
President Donald Trump’s tariffs have spooked investors, with fears of an economic downturn driving a stock market sell-off that has wiped out $4 trillion from the S&P 500’s peak last month, when Wall Street was cheering much of Trump's agenda.

Kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Insiden itu menyebabkan kebakaran besar dan beberapa siri letupan, memaksa anak kapal meninggalkan kapal masing-masing.

Mahkamah Rayuan benar kurangkan ganti rugi kepada waris pemuda mati ditembak
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan dan polis untuk mengurangkan jumlah ganti rugi kepada keluarga tiga pemuda yang terbunuh akibat ditembak dalam kejadian di Shah Alam.