PUTRAJAYA: Tujuh individu hari ini gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu bagi mencabar keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengenakan larangan merokok di semua kedai makan.
Panel hakim yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan menolak permohonan untuk mendapat kebenaran itu, dan mengarahkan mereka membayar kos guaman RM30,000 kepada KKM.
Dengan keputusan hari ini, percubaan Mohd Hanizam Yunus, Zulkifli Mohamad, Mohd Laisani Dollah, Mohd Sufian Awaludin, Ridzuan Muhammad Noor, Mohd Yazid Mohd Yunus dan Yuri Azhar Abdollah bagi mencabar larangan merokok di kedai-kedai makan oleh KKM yang telah berlarutan selama lima tahun, kini berakhir.
Hakim Zabariah yang mengetuai panel hakim itu berkata persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh individu berkenaan tidak memenuhi tiga syarat yang diperlukan di bawah Seksyen 96 (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi mendapat kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.
Di bawah seksyen berkenaan, pemohon perlu menampilkan persoalan undang-undang yang baharu, yang mempunyai kepentingan awam, dibangkitkan buat kali pertama.
Dalam keputusan sebulat suara hari ini, Hakim Zabariah berkata persoalan undang-undang mengenai Perkara 5 (kebebasan diri) dan Perkara 8 (semua orang adalah sama di sisi undang-undang) dalam Perlembagaan Persekutuan telah selesai, dan persoalanan undang-undang yang dibangkitkan dalam kes ini tiada kepentingan awam yang memerlukan penghujahan lebih lanjut di Mahkamah Persekutuan.
Pada 31 Dis 2018 tujuh lelaki itu yang menubuhkan persatuan dikenali sebagai Persatuan Pertahankan Perokok (PHP) memohon satu deklarasi bahawa keputusan KKM untuk melarang merokok di kedai makan adalah tidak berperlembagaan.
Menurut mereka, perokok mempunyai hak sama rata dengan golongan tidak merokok untuk mengunjungi dan meluangkan masa di premis makanan dan kerajaan tidak menyediakan kemudahan yang mencukupi seperti kawasan merokok atau memasukkan peruntukan di bawah larangan merokok bagi pengusaha kedai makan untuk menyediakan kawasan larangan merokok mereka sendiri.
KKM mengenakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan berkuat kuasa 1 Jan 2019.
Pada 29 Okt 2019 Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan tujuh individu berkenaan untuk mendapatkan perintah certiorari bagi membatalkan keputusan KKM melarang merokok di kedai makan, dan pada 23 Nov tahun lepas pula Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Dalam prosiding yang berlangsung secara dalam talian hari ini, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili tujuh individu berkenaan menggesa mahkamah membenarkan rayuan, dan menampilkan tiga persoalanan undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Salah satu persoalanan yang dibangkitkan adalah sama ada pindaan kepada Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau bagi melarang perbuatan merokok di keda-kedai makan termasuk dalam kawasan tertutup yang dilengkapi dengan pendingin hawa dan kawasan terbuka, adalah bertentangan dengan Perkara 5 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, dibantu oleh Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin, yang mewakili KKM berhujah bahawa larangan merokok di keda-kedai makan memberi kelebihan kepada orang awam, kerana orang ramai menyokong keputusan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2023
![Mahkamah Persekutuan tolak rayuan tujuh individu untuk batal larangan merokok di kedai makan Mahkamah Persekutuan tolak rayuan tujuh individu untuk batal larangan merokok di kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684323451_IstanaKehakiman.jpg)
Panel hakim menolak permohonan untuk mendapat kebenaran itu, dan mengarahkan mereka membayar kos guaman RM30,000 kepada KKM. - Fail/Bernama
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10ulai 2024]
Fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Bnuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid
- PM perincikan cadangan sediakan elaun kos sara hidup tingkatan enam
- itipu penjual durian, pengguna disaran lapor KPDN
- Bnuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid
- PM perincikan cadangan sediakan elaun kos sara hidup tingkatan enam
- itipu penjual durian, pengguna disaran lapor KPDN
![EURO 2024: Lamine Yamal penuhi impian diri sendiri, ibu EURO 2024: Lamine Yamal penuhi impian diri sendiri, ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720572108_tbLamineYamal.jpg)
EURO 2024: Lamine Yamal penuhi impian diri sendiri, ibu
"Saya tidak tahu sama ada saya ikon atau tidak. Itu tidak benar-benar membantu apa-apa di atas padang. Saya perlu membantu pasukan saya."
![Kulit lembu jadi punca rezeki Zulkifli Kulit lembu jadi punca rezeki Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720521266_Pengusahakulitlemb.jpg)
Kulit lembu jadi punca rezeki Zulkifli
Menu Sambal Taun Belulang daripada kulit lembu yang sering dimakan sejak kecil mencetuskan idea buat Zulkifli Akhiar untuk mengkomersialkan kulit berkenaan sehingga mampu menjana pendapatan.
![EURO 2024: Belanda ditimpa musibah, kecewa dengan keadaan huru-hara EURO 2024: Belanda ditimpa musibah, kecewa dengan keadaan huru-hara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720569696_EUROBelanda.jpg)
EURO 2024: Belanda ditimpa musibah, kecewa dengan keadaan huru-hara
Belanda terkandas di platform stesen kereta api dan perlu melakukan penerbangan kecemasan untuk sampai ke venue pertandingan.
![Pejuang Houthi umum serang kapal Maersk Sentosa di Laut Arab Pejuang Houthi umum serang kapal Maersk Sentosa di Laut Arab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720563410_tbHouthis.jpg)
Pejuang Houthi umum serang kapal Maersk Sentosa di Laut Arab
Pejuang Houthi umum serang kapal Maersk Sentosa di Laut Arab dengan beberapa peluru berpandu pada Selasa.
Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang enggan mengulas kenyataan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi bayangan tidak akan ada kerjasama kedua-dua parti itu selagi Abdul Hadi memegang jawatan.
Institusi pendidikan MARA menerima 100 peratus permohonan
Semua institusi pendidikan di bawah kendalian Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menerima lebih 100 peratus permohonan pada tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, orang ramai yang telah membuat permohonan diharapkan tidak menolak sebarang tawaran pengajian daripada pihak MARA.
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, orang ramai yang telah membuat permohonan diharapkan tidak menolak sebarang tawaran pengajian daripada pihak MARA.
Isu HRD Corp hangatkan sesi perbahasan Dewan Rakyat
Isu tadbir urus Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) seperti didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 minggu lepas menghangatkan sesi perbahasan usul laporan itu pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.
NACS 2024-2028 dibentang di Dewan Rakyat hari ini
Dewan Rakyat hari ini akan mendengar pembentangan Kerangka Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028, yang sebelum ini dilancarkan oleh Perdana Menteri bermatlamat menjadi kesinambungan kepada usaha untuk banteras rasuah yang dimantapkan secara lebih khusus mengenai dasar serta strategi pelaksanaan.
Pendaki Amerika ditemui di pergunungan Peru selepas 22 tahun
Mayat seorang pendaki Amerika Syarikat yang hilang pada tahun 2002 ditemui Polis Peru dan Pasukan Penyelamat Gunung di gunung tertinggi Peru.
Mayat rangka mumia itu bagaimanapun masih mempunyai but pendaki, crampon, dan pakaian yang terpelihara dengan baik, serta lesen memandu dan pasport milik William Stampfl.
Mayat rangka mumia itu bagaimanapun masih mempunyai but pendaki, crampon, dan pakaian yang terpelihara dengan baik, serta lesen memandu dan pasport milik William Stampfl.
![Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706413642_AdnanMat.jpg)
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
![RM1.4 juta kompaun kesalahan merokok dikeluarkan sepanjang Mac - KKM RM1.4 juta kompaun kesalahan merokok dikeluarkan sepanjang Mac - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695208149_MEROKOK.jpg)
RM1.4 juta kompaun kesalahan merokok dikeluarkan sepanjang Mac - KKM
Kompaun itu hasil aktiviti penguatkuasaan terhadap 18,178 premis sepanjang Mac lepas dengan sejumlah 8,926 notis kesalahan dikeluarkan.
![Operasi rokok: KKM keluar 214 notis bernilai lebih RM54,000 Operasi rokok: KKM keluar 214 notis bernilai lebih RM54,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709768693_pemeriksaan.jpg)
Operasi rokok: KKM keluar 214 notis bernilai lebih RM54,000
Sebanyak 110 notis dikeluarkan bagi kesalahan merokok di premis makan, 48 di kompleks membeli belah dan 20 di lapangan terbang.
![JKNP keluar 20,819 notis, kompaun lebih RM5.51 juta sepanjang 2023 JKNP keluar 20,819 notis, kompaun lebih RM5.51 juta sepanjang 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702554440_TBrokok.jpg)
JKNP keluar 20,819 notis, kompaun lebih RM5.51 juta sepanjang 2023
JKNP merupakan pengeluar kedua tertinggi notis pada 2023 bagi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.
![KKM pertimbang kawasan khas merokok premis makanan di kawasan sempit KKM pertimbang kawasan khas merokok premis makanan di kawasan sempit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708212833_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM pertimbang kawasan khas merokok premis makanan di kawasan sempit
Katanya, premis di kawasan sempit agak sukar bagi mematuhi jarak tiga meter untuk merokok yang dikuatkuasakan ketika ini.
![Mahkamah Persekutuan tolak rayuan tujuh individu untuk batal larangan merokok di kedai makan Mahkamah Persekutuan tolak rayuan tujuh individu untuk batal larangan merokok di kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684323451_IstanaKehakiman.jpg)
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan tujuh individu untuk batal larangan merokok di kedai makan
Tujuh individu hari ini gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu bagi mencabar keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengenakan larangan merokok di semua kedai makan.
![886 notis kesalahan merokok dikeluarkan di Melaka, nilai lebih RM200,000 886 notis kesalahan merokok dikeluarkan di Melaka, nilai lebih RM200,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685064936_NgweHeeSem.jpg)
886 notis kesalahan merokok dikeluarkan di Melaka, nilai lebih RM200,000
Daripada jumlah itu, sebanyak 845 atau 95.4 peratus notis dikeluarkan atas kesalahan merokok di kawasan larangan.
![14,872 notis kesalahan merokok di premis makanan dikeluarkan hingga April 14,872 notis kesalahan merokok di premis makanan dikeluarkan hingga April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685068287_notiskesalahanmer.jpg)
14,872 notis kesalahan merokok di premis makanan dikeluarkan hingga April
Notis kesalahan merokok di tempat makan paling tinggi di Selangor (6,414), diikuti Johor (3,095), Pahang (2,935) dan Pulau Pinang (2,725).
![Masih ramai tidak endah larangan merokok - JKNNS Masih ramai tidak endah larangan merokok - JKNNS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684636273_Laranganmerokok.jpg)
Masih ramai tidak endah larangan merokok - JKNNS
Sebanyak 96 notis kesalahan dikeluarkan dalam tempoh 8 jam operasi yang dilakukan Jabatan Kesihatan di sekitar Negeri Sembilan semalam.
![RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok: Kaji semula denda atas pemilik restoran - PRESMA RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok: Kaji semula denda atas pemilik restoran - PRESMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659325341_TBkedaimamak.jpg)
RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok: Kaji semula denda atas pemilik restoran - PRESMA
Pemilik atau petugas restoran tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pelanggan merokok, sebaliknya hanya boleh memberi teguran.