PUTRAJAYA: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) gagal dalam permohonannya untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang tidak memberi kebenaran badan kawal selia itu meneruskan rayuannya bagi mengembalikan semula denda RM10 juta yang dikenakan terhadap Malaysian Airlines (MAS) dan AirAsia Berhad kerana melanggar larangan perkongsian pasaran.
Permohonan semakan MyCC itu ditolak oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof serta Datuk Harmindar Singh Dhaliwal hari ini.
Semasa menyampaikan keputusan mahkamah, Hakim Abang Iskandar berkata tiada merit dalam permohonan semakan MyCC dan badan kawal selia itu juga gagal memenuhi keperluan untuk mewajarkan semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini.
Beliau berkata tidak ada sedikit pun bukti yang menunjukkan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang menolak untuk memberikan kebenaran kepada MyCC dicemari dengan penafian keadilan.
Hakim Abang Iskandar memerintahkan MyCC membayar MAS dan AirAsia masing-masing sebanyak RM50,000 sebagai kos.
Dalam permohonan semakannya, MyCC mahu panel Mahkamah Persekutuan baru ini mengkaji semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Feb tahun lepas yang menolak permohonan badan kawal selia itu untuk kebenaran meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Rayuan pada 26 April 2021, membatalkan denda RM10 juta yang dikenakan ke atas MAS dan AirAsia oleh MyCC pada 2014 selepas kedua-dua syarikat penerbangan itu didapati melanggar larangan perkongsian pasaran di bawah Seksyen 4(2) Akta Persaingan dengan memeterai perjanjian perkongsian pasaran dalam sektor perkhidmatan pengangkutan udara di Malaysia.
AirAsia dan MAS kemudian merayu berhubung denda itu dan pada 18 Feb 2016, Tribunal Rayuan Persaingan (CAT) mengetepikan keputusan MyCC.
MyCC kemudian memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perintah certiorari untuk membatalkan keputusan CAT dan mengembalikan semula keputusannya (MyCC) dalam mengenakan denda ke atas MAS dan AirAsia.
Pada Disember 2018, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan semakan kehakiman MyCC dan mengembalikan semula keputusannya (MyCC) untuk mengenakan denda ke atas kedua-dua syarikat penerbangan itu yang menyebabkan MAS dan Airasia merayu kepada Mahkamah Rayuan.
Kuantum denda itu dikira berdasarkan penerbangan oleh kedua-dua syarikat itu dalam tempoh empat bulan dari Januari hingga April 2012 bagi laluan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, Kuala Lumpur-Kuching, Kuala Lumpur-Sandakan dan Kuala Lumpur-Sibu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
Hakim Abang Iskandar memerintahkan MyCC membayar MAS dan AirAsia masing-masing sebanyak RM50,000 sebagai kos. - Gambar fail/Bernama/Reuters
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
Penyasaran subsidi: MYCC pastikan amalan pasaran kompetitif bagi diesel
MyCC menyatakan komitmen untuk memastikan amalan pasaran yang kompetitif dan bebas kartel susulan pelaksanaan subsidi diesel bersasar di Semenanjung Malaysia yang berkuat kuasa hari ini.
MyCC sedia bincang dengan KPB mengenai isu persaingan padi dan beras
MyCC berkata pihaknya telah menyerahkan surat kepada KPB Oktober lepas, menyatakan kesediaan untuk berbincang.
Eksklusif: 'Pemilik syarikat kahwin 4 demi bina empayar kartel bida projek kerajaan'
Lebih 500 syarikat kini berada di dalam radar Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana dipercayai membentuk 'kartel' untuk membida tender projek kerajaan.
Rejim kawalan penggabungan, langkah baharu MyCC kekang monopoli
Suruhanjaya Persaingan Malaysia bercadang untuk meminda Akta Persaingan 2010 bagi mengukuhkan ekosistem persaingan di negara ini.
Kartel makanan ayam: Kes terbesar MyCC, peringatan kepada pemain industri
Beliau menegaskan bahawa banyak pihak penguat kuasa terlibat bagi mengesan dan memantau aktiviti kartel dalam industri.
Kartel harga makanan ayam: MyCC kenakan penalti RM415.5 juta kepada lima syarikat
Syarikat-syarikat berkenaan dikenakan penalti kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel penetapan harga makanan ayam.
Bekalan dan harga ayam terkawal - MyCC
Bekalan dan harga ayam didapati terkawal walaupun selepas kerajaan mengumumkan penghapusan subsidi berkuat kuasa semalam, menurut Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan semakan MyCC dalam kes MAS, AirAsia
Hakim Abang Iskandar memerintahkan MyCC membayar MAS dan AirAsia masing-masing sebanyak RM50,000 sebagai kos.
MyCC bantah kenaikan yuran guaman pindah hak milik
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membantah kenaikan yuran guaman melibatkan pemindahan hak milik ketika rakyat masih bergelut dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.
MyCC gagal dapat kebenaran merayu dalam kes Grab Holdings
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.