PAPAR: Penalti sebanyak RM415 juta dikenakan terhadap lima syarikat pengisar makanan ayam oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) perlu dijadikan sebagai peringatan kepada pemain industri di negara ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, MyCC sebuah agensi khusus di bawah KPDN yang dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 bagi mengekang kewujudan kartel dalam bentuk pakatan harga, pasaran, pengeluaran dan tipuan bidaan dalam pasaran.
"Saya fikir ini satu kes terbesar sejak MyCC ditubuhkan pada 2011 iaitu penalti yang melibatkan lima syarikat dengan nilai RM415 juta.
"Ia melibatkan unsur pakatan harga untuk menaikkan harga ayam yang sekali gus menaikkan harga bekalan ayam di pasaran kerana 72 peratus kos pengeluaran ayam adalah melibatkan kos makanan.
"Jadi saya harapkan dengan adanya kes ini boleh dijadikan peringatan kepada industri supaya menjunjung etika dalam berniaga dan bersama-sama kita tegakkan serta mewujudkan persaingan yang sihat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan trek larian getah sintetik padang Pekan Papar di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan penalti yang dikenakan terhadap lima syarikat selepas didedahkan MyCC pada Jumaat.
Ditanya adakah syarikat tersebut melibatkan campur tangan daripada orang politik, beliau menegaskan bahawa banyak pihak penguat kuasa terlibat bagi mengesan dan memantau aktiviti kartel dalam industri.
"Kartel ini dalam kalangan industri, siapa di belakang orang industri itu kita tidak tahu. Tanggungjawab kita adalah mewujudkan tatakelola yang baik.
"Banyak akta yang terlibat termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melibatkan salah guna, rasuah dan pengubahan wang haram (AMLA) dan untuk MyCC khusus untuk kuatkuasakan Akta Persaingan 2010 (Akta 712)," jelasnya.
Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar melihat bahawa peranan MyCC akan jauh lebih penting pada tahun hadapan kerana ia turut berkait rapat dengan kos sara hidup rakyat.
"Ini kerana terdapat dua faktor, iaitu yang pertama akan dilaksanakan penyasaran semula subsidi, maksudnya barang-barang keperluan rakyat akan diapungkan tanpa subsidi maka ia bergantung kepada pasaran.
"Jadi risiko wujudnya kartel-kartel dalam kalangan industri yang berpakat bersama-sama menaikkan harga dan berpakat dari segi pasaran pengeluarannya menyebabkan risiko kartel itu lebih meningkat
"Kedua pula, kerajaan ketika ini fokus kepada usaha memperbanyakkan tender terbuka walaupun ia merupakan satu kaedah perolehan yang bagus namun tender terbuka juga berhadapan risiko tipuan bidaan.
"Maksudnya apabila syarikat-syarikat ini berpakat masuk dengan harga tertentu, jadi mereka boleh mempengaruhi apabila penilaian tender dibuat kumpulan yang sama dalam senarai itu," katanya.
Sehubungan itu, pada tahun hadapan MyCC akan memberi fokus untuk memastikan dasar kerajaan sama ada subsidi bersasar atau tender terbuka ini dapat berjalan dengan baik.
"Kita akan mempertingkatkan penguatkuasaan pada tahun depan berfokus kepada tiga perkara iaitu sektor pertanian, makanan dan tipuan bidaan ini.
"Ini adalah bagi memastikan wujudnya persaingan yang sihat dan pastikan proses persaingan digalakkan dan dikawal dengan sebaiknya," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 23 2023
Armizan ketika merasmikan trek larian getah sintetik di Padang Pekan Papar. - Foto Sinar Harian
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
Penyasaran subsidi diesel: Rampasan turun sebanyak 87 peratus - Armizan
Langkah penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lepas menyaksikan penurunan rampasan minyak diesel sebanyak 87 peratus.
Kajian Lemon Law dijangka selesai September ini - Armizan
Kajian mengenai perundangan berkaitan Lemon Law yang dimulakan bulan lepas melibatkan kumpulan perunding pakar dijangka selesai September ini.
Amaran tegas kepada peniaga kenakan caj tambahan pembayaran tanpa tunai - Armizan
KPDN beri amaran tegas kepada semua peniaga terutama yang menyediakan kemudahan pembayaran tanpa tunai supaya tidak mengenakan caj tambahan.
Rayuan subsidi diesel akan dibentang untuk pertimbangan Kabinet selepas diteliti - Armizan
Rayuan pelbagai pihak supaya diberi pertimbangan mendapat subsidi diesel akan dibentangkan untuk pertimbangan kabinet setelah selesai diteliti.
Penyasaran subsidi diesel: KPDN panggil 10 syarikat umum kenaikan harga
Armizan memaklumkan, notis tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
Subsidi diesel: KPDN siasat pihak industri naik harga perkhidmatan - Armizan
Siasatan pertama akan melibatkan sektor yang tidak termasuk dalam 33 jenis pengangkutan awam dan barangan.
SKDS: Syarikat belum terima fleet card, perlu simpan resit untuk tuntutan balik tunai
Ia bagi membolehkan tuntutan pembayaran balik tunai dibuat kepada Kementerian Kewangan mengikut tatacara permohonan yang akan diumumkan kelak.
Kerajaan kuat kuasa Perintah Perihal Dagangan 2023 mulai 4 Jun
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menguatkuasakan Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Kuantiti Bagi Barang-Barang Tersedia Bungkus) 2023 bermula 4 Jun lepas di bawah Akta
KPDN serah kepada KPKM teliti semula penyasaran subsidi diesel libat petani
KPDN menyerahkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk meneliti semula penyasaran subsidi diesel yang melibatkan petani.
Persiapan penyasaran subsidi diesel: Op Kesan 2.0 akan mula berkuat kuasa esok - Armizan
Op Kesan 2.0 Pelaksanaan Penyasaran Subsidi Diesel akan mula berkuat kuasa esok, sebagai persiapan pelaksanaannya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.