Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan tiga anggota Parti Gerakan mencabar keperlembagaan undang-undang hudud Kelantan selepas memutuskan bahawa mereka gagal membuktikan bahawa mereka akan terjejas oleh undang-undang berkenaan.
Hakim Datuk Zaharah Ibrahim juga mendapati semua tiga pemohon tidak menyatakan dalam afidavit bahawa mereka merupakan orang Islam.
Tiga anggota Gerakan itu ialah Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie.
"Saya sudah meneliti afidavit para pemohon dan tidak mendapati dalam afidavit, satu kenyataan bahawa hak mereka secara spesifik terjejas atau akan terjejas oleh undang-undang yang dicabar," jelas beliau.
Hakim juga berkata tidak ada kenyataan dalam sebarang afidavit para pemohon mengenai bagaimana dan dalam apa undang-undang menjejaskan atau akan menjejaskan hak-hak mereka secara spesifik.
Beliau menjelaskan bahawa pelbagai pihak berkuasa dirujuk oleh pihak yang dinyatakan bahawa undang-undang tersebut telah dicabar di bawah Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan mesti mempunyai hubungan langsung kepada hak pihak yang mencabar undang-undang, bahawa undang-undang tersebut menjejas atau akan memberi kesan kepada hak spesifik.
"Undang-undang yang dicabar hanya terpakai kepada orang Islam. Tetapi tiada dalam kandungan afidavit kenyataan bahawa ada pemohon yang Islam dan oleh itu akan tertakluk kepada undang-undang yang dicabar," jelas Hakim Zaharah.
Beliau yang merupakan hakim tunggal kes menolak permohonan ketiga-tiga pemohon untuk mendapatkan kebenaran kepada kepada Mahkamah Persekutuan bagi memulakan petisyen mencabar keperlembagaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (II) (1993) Pindaan 2015 atau dikenali sebagai hudud.
Beliau tidak membuat keputusan berkaitan kos.
Hakim itu membuat keputusan selepas mendengar hujah peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili tiga pemohon terbabit, Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili kerajaan Kelantan dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bagi pihak kerajaan persekutuan.
Dalam notis yang difailkan pada 8 Mei lalu ketiga-tiga pemohon berkata bahawa Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa menggubal undang-undang menghukum kesalahan jenayah yang dihukum di bawah undang-undang persekutuan.
Mereka mendakwa bahawa tindakan dewan undangan negeri meluluskan pindaan enakmen itu sebagai tidak sah dan batal kerana ia tidak sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mereka menamakan kerajaan negeri Kelantan sebagai responden dalam notis usul tersebut.
Terdahulu Sri Ram berhujah bahawa rang undang-undang hudud yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan sebagai bertentangan dengan perlembagaan dan permohonan itu tidak semberono dan tidak menyakitkan hati.
Sementara Sulaiman pula berhujah bahawa para pemohon gagal membuktikan bahawa mereka terjejas teruk akibat undang-undang hudud.
Beliau juga berkata permohonan itu pramatang dan sekadar akademik dan berdasarkan kepada andaian memandangkan undang-undang hudud belum dilaksana.
Suzana pula berhujah bahawa undang-undang hudud hanya diguna pakai untuk orang Islam dan sebab itu permohonan itu perlu ditolak.
Sementara itu di luar mahkamah ketika ditanya mengenai keputusan berkenaan Sulaiman berkata ia bermaksud hanya pihak yang terjejas oleh undang-undang itu yang layak mencabarnya di mahkamah.
Katanya beliau sangat gembira dengan keputusan hari ini.
Sementara itu penasihat undang-undang negeri Kelantan Shahidani Abd Aziz berkata undang-undang hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac lalu dan mendapat perkenan Sultan Kelantan pada 23 April dan diwartakan sebagai undang-undang pada 24 Ogos.
Peguam bersama kerajaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan yang merupakan Setiausaha Agung PAS berkata hudud merupakan undang-undang yang sah.
Bagaimanapun katanya PAS masih belum membuat keputusan untuk membentangkan rang persendirian berkaitan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes empat individu yang menghalang presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada membentangkannya.
"Akta ini Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 perlu dipinda bagi menguatkuasa undang-undang hudud," katanya.
Bernama
Tue Oct 20 2015

Hakim Datuk Zaharah Ibrahim juga mendapati semua tiga pemohon tidak menyatakan dalam afidavit bahawa mereka merupakan orang Islam. -Gambar hiasan
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Hadis 40 Imam Nawawi: Pas akan adakan dialog bersama Gerakan - Hadi
Abdul Hadi berkata Pas sentiasa berhubung dengan Gerakan dalam membincangkan mana-mana isu berbangkit.

Ahli Gerakan perlu fokus PRN berbanding pemilihan parti - Dominic Lau
Penyandang Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau mengingatkan kepada semua ahli supaya fokus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) berbanding pemilihan parti.

Tiada keperluan debat projek tambak laut Pulau Pinang Selatan - Kon Yeow
Tiada keperluan untuk berdebat berhubung Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) kerana segala pertikaian mengenainya sudahpun dibincangkan secara panjang lebar sebelum ini.

PRU15: Presiden Gerakan sahkan bertanding di Pulau Pinang
Bagaimanapun, Dominic Lau masih merahsiakan kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya.

PRU15: Calon kuasai bahasa Melayu dengan baik pilihan Gerakan - Dominic
Hanya mereka yang mengusai kemahiran bahasa Melayu dengan baik akan dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Dr Dominic Lau.

Gerakan sarankan kerajaan kekalkan hukuman mati atas kesalahan jenayah kejam
Jenayah seumpama itu perlu mendapatkan hukuman setimpal terutama melibatkan kes kehilangan nyawa mangsa.

PRN Johor: PN muktamad senarai calon minggu depan - Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu depan, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

KEMAS gerakkan 1,256 sukarelawan bantu mangsa banjir
207 premis Tabika, Taska dan Pusat Kegiatan KEMAS di seluruh negara sudah dikenalpasti terjejas akibat banjir yang melanda.

PRN Melaka: Landskap politik norma baharu Melaka perlu diperhalusi
Situasi ini juga bakal memberi peluang yang sama rata kepada semua parti untuk meraih kemenangan.

MPN yakin Agong dapat tangani kemelut politik
Majlis Profesor Negara (MPN) berpendapat segala persoalan itu dapat diselesaikan atas kebijaksanaan dan kearifan Yang di-Pertuan Agong.