PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 20 Feb ini bagi mendengar permohonan dua badan bukan kerajaan untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan penggunaan Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar untuk pengajaran di sekolah berkenaan adalah berperlembagaan.
Tarikh pendengaran itu ditetapkan dalam pengurusan kes semalam di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Faezahnoor Hassan.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) dan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) mengesahkan tarikh pendengaran itu ketika dihubungi Bernama.
Pada 23 Nov tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan yang dikemukakan Mappim, Gapena, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (I-Guru) selepas memutuskan sekolah jenis kebangsaan atau sekolah vernakular bukanlah pihak berkuasa awam dan oleh itu penggunaan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar untuk pengajaran di sekolah berkenaan tidak dilarang.
Bagaimanapun, difahamkan Isma dan I-Guru memilih untuk tidak meneruskan proses perundangan itu.
Pada 29 Dis 2021, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak saman yang dikemukakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mappim, Gapena dan Isma. Bagaimanapun, GPMS tidak memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
Beliau memutuskan penubuhan dan kewujudan sekolah vernakular dan penggunaan Bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah berkenaan adalah berperlembagaan.
Pada 29 Mei 2022, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bahru Abazafree Mohd Abbas (kini Hakim Mahkamah Tinggi) juga memutuskan bahawa kewujudan sekolah vernakular adalah berperlembagaan dan menolak saman yang difailkan I-Guru.
Dalam saman yang difailkan pada Dis 2019, GPMS, Mappim dan Gapena serta Isma menamakan beberapa pihak termasuk kerajaan, persatuan pendidikan Cina Dong Zong dan Jiao Zong, Persatuan Thamizhar Malaysia dan Persatuan Tamilar Thurunal (Perak) sebagai defendan.
Bagi I-Guru pula, pertubuhan itu menyaman Menteri Pendidikan, Kerajaan Malaysia, memohon perisytiharan bahawa Seksyen 28 dan Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 tidak konsisten dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan ia adalah tidak sah dan tidak mempunyai kesan perundangan.
Majlis Bahasa Cina, Persatuan Bahasa Tamil Neri dan Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil, MCA dan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) dibenarkan sebagai pencelah dalam saman yang difailkan I-Guru.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
![Mahkamah Persekutuan tetapkan 20 Feb dengar permohonan dua pertubuhan untuk kebenaran merayu Mahkamah Persekutuan tetapkan 20 Feb dengar permohonan dua pertubuhan untuk kebenaran merayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663585803_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Tarikh pendengaran itu ditetapkan dalam pengurusan kes semalam di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Faezahnoor Hassan. - Gambar hiasan/BERNAMA
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![MITRA tubuh jawatankuasa pantau penerima Geran PPSMI - Ramanan MITRA tubuh jawatankuasa pantau penerima Geran PPSMI - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683278865_RamananRamakrishnan.jpg)
MITRA tubuh jawatankuasa pantau penerima Geran PPSMI - Ramanan
Satu jawatankuasa pemantauan akan ditubuhkan untuk memastikan peruntukan RM27.19 juta di bawah Geran Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia (PPSMI) 2023 disalurkan dengan telus.
![Cik Din fasih cakap bahasa Tamil, seru generasi kini belajar pelbagai bahasa Cik Din fasih cakap bahasa Tamil, seru generasi kini belajar pelbagai bahasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694485382_bahasaTamil.jpg)
Cik Din fasih cakap bahasa Tamil, seru generasi kini belajar pelbagai bahasa
Seawal usia sembilan tahun, Tajuddin Mohd Sharif, 70, sudah mula mendekati bahasa Tamil bersama rakan-rakan India.
![PM mahu syarat untuk kelas Tamil diadakan di sekolah menengah dilonggarkan PM mahu syarat untuk kelas Tamil diadakan di sekolah menengah dilonggarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690033898_AnwarIbrahim.jpg)
PM mahu syarat untuk kelas Tamil diadakan di sekolah menengah dilonggarkan
Perdana Menteri berjanji akan berbincang dengan Menteri Pendidikan bagaimana syarat semasa untuk Bahasa Tamil diajar sebagai bahasa tambahan di sekolah menengah, boleh dilonggarkan.
![Suami YouTuber masakan terkenal mengaku tidak bersalah miliki senjata bahaya Suami YouTuber masakan terkenal mengaku tidak bersalah miliki senjata bahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51595557876_SuamiYoutuber.jpg)
Suami YouTuber masakan terkenal mengaku tidak bersalah miliki senjata bahaya
Menurut pertuduhan, bapa kepada dua orang anak itu didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukur 66cm bertulis Tiger di parkir HRPB kira-kira jam 6 petang, 21 Julai lalu.
![Ahli perniagaan tak mengaku sebabkan kematian Koperal Safwan Ahli perniagaan tak mengaku sebabkan kematian Koperal Safwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51589345801_didakwa.jpg)
Ahli perniagaan tak mengaku sebabkan kematian Koperal Safwan
Tertuduh juga turut dituduh mengikut Seksyen 26(1) Akta Polis 1967 kerana tidak berhenti di sekatan jalan raya.
![Video jejaka kacak Melayu fasih bertutur bahasa Tamil viral Video jejaka kacak Melayu fasih bertutur bahasa Tamil viral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/61502712002_tamilrahim_1.jpg)
Video jejaka kacak Melayu fasih bertutur bahasa Tamil viral
Video seorang jejaka kacak yang fasih bertutur dalam Bahasa Tamil menjadi viral di laman sosial.
![Lebih banyak sekolah Tamil akan dibina dalam tempoh terdekat - Kamalanathan Lebih banyak sekolah Tamil akan dibina dalam tempoh terdekat - Kamalanathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51475306663_Kamalanathan.jpg)
Lebih banyak sekolah Tamil akan dibina dalam tempoh terdekat - Kamalanathan
Kerajaan komited untuk membina lebih banyak sekolah Tamil di Malaysia dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
![UPSR: Polis, Kementerian Pendidikan siasat dakwaan kertas Bahasa Tamil, Matematik bocor UPSR: Polis, Kementerian Pendidikan siasat dakwaan kertas Bahasa Tamil, Matematik bocor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/81376896982_295x200.jpg)
UPSR: Polis, Kementerian Pendidikan siasat dakwaan kertas Bahasa Tamil, Matematik bocor
Kementerian Pendidikan sedang menyiasat dakwaan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Matematik dan Bahasa Tamil selepas laporan polis dibuat mengenai perkara itu.
![Bahasa Mandarin, Tamil bakal ke sekolah kebangsaan - Idris Bahasa Mandarin, Tamil bakal ke sekolah kebangsaan - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51373276955_295x200.jpg)
Bahasa Mandarin, Tamil bakal ke sekolah kebangsaan - Idris
Kementerian Pendidikan merancang untuk perkenalkan pembelajaran bahasa Mandarin dan Tamil ke sekolah kebangsaan.