PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak perintah pembangunan yang diberikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi cadangan pembangunan projek kediaman di Taman Rimba Kiara di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Rhodzariah Bujang, dalam keputusan sebulat suara hari ini berkata rayuan yang dikemukakan tiada merit.
Cadangan pembangunan itu yang merangkumi sembilan blok pangsapuri bertingkat, terutamanya lapan blok pangsapuri servis 42-54 tingkat dan satu blok pangsapuri mampu milik 29 tingkat, dengan satu ruang bawah tanah dan tempat letak kereta podium.
Pada 2021, Mahkamah Rayuan menolak perintah pembangunan itu selepas keputusannya memihak kepada semakan kehakiman yang dimohon Persatuan Penduduk TTDI.
Semasa membaca keputusannya, Hakim Nallini berkata perintah pembangunan itu seharusnya diketepikan kerana wujudnya konflik kepentingan, memandangkan Datuk Bandar Kuala Lumpur menganggotai lembaga pemegang amanah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), yang merupakan salah satu daripada empat perayu.
Selain DBKL dan YWP, dua lagi perayu ialah Memang Perkasa Sdn Bhd dan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara.
Hakim Nallini berpendapat bahawa apabila yayasan itu (YWP) memeterai perjanjian usaha sama dengan Memang Perkasa sebelum pemberian hak milik tanah, Datuk Bandar mengetahui daripada Rancangan Struktur KL 2020 bahawa tanah itu adalah kawasan hijau terbuka untuk kegunaan awam.
Pemberian hak milik tanah kepada YWP bersempena perjanjian usaha sama dengan Memang Perkasa akan melibatkan perubahan guna tanah kepada pembangunan bercampur. Bagaimanapun ia tidak mematuhi Akta Wilayah Persekutuan dari segi variasi atau pindaan kepada Rancangan Struktur KL 2020.
"Sehubungan itu Datuk Bandar dilihat memainkan tiga peranan iaitu dia adalah sebahagian daripada entiti yang meluluskan pemberian hak milik tanah subjek, Datuk Bandar adalah sebahagian daripada pemohon kebenaran merancang iaitu YWP kerana ia adalah seorang ahli lembaga pemegang amanah, dan Datuk Bandar juga merupakan entiti yang mengeluarkan perintah pembangunan pada 13 Julai 2017 yang telah ditolak," tambahnya.
Hakim Nallini juga berkata proses membuat keputusan di sebalik perintah pembangunan itu adalah cacat kerana ia melanggar keperluan di bawah Akta Wilayah Persekutuan, untuk memaklumkan orang ramai dan membenarkan mereka mengambil bahagian dalam proses perancangan.
"Ini terutamanya dalam rayuan semasa, dengan pihak berkuasa tempatan terpesong dari Rancangan Struktur KL 2020 dalam mengeluarkan perintah pembangunan," katanya.
"Orang ramai seharusnya tidak perlu dibiarkan menunggu sehingga mereka memfailkan prosiding undang-undang untuk pihak berkuasa memberikan alasan dalam perjalanan prosiding undang-undang. Kami berpendapat bahawa apabila pihak berkuasa awam bertindak demi kepentingan awam, pihak berkuasa itu mempunyai tanggungjawab kepada orang ramai untuk wajib berterus-terang dalam prosiding semakan kehakiman, bagi membuat pendedahan penuh dan adil semua bahan yang berkaitan," katanya.
Hakim Nallini berkata pihak berkuasa sedemikian mempunyai tugas utama untuk membantu mahkamah dengan mengemukakan semua bahan yang diperlukan bagi membolehkan mahkamah membuat keputusan yang tepat.
Beliau berkata apabila mahkamah mendapati dengan sendiri bahawa terdapat isu berkaitan kes itu yang tidak dibawa kepada perhatiannya, mahkamah tidak boleh dihalang daripada mempertimbangkan dan memutuskan isu berkenaan.
Selain itu, Hakim Nallini menegaskan bahawa penduduk TTDI mempunyai alasan dari segi undang-undang untuk menyaman, kerana mereka mempunyai kepentingan yang tulen dalam isu tanah berkenaan.
Hakim berkata adalah menjadi tanggungjawab mahkamah untuk melindungi kepentingan awam apabila tanah yang diperuntukkan untuk ruang awam dialihkan daripada kegunaan awam dan digunakan untuk pemilikan persendirian, dan pengalihan itu juga dilaksanakan tanpa pengetahuan orang ramai.
"Kami mendapati atas alasan yang dinyatakan dalam alasan penuh penghakiman kami, bahawa Akta Wilayah Persekutuan dan Rancangan Struktur KL 2020 telah dilanggar dengan pengeluaran perintah pembangunan yang ditolak itu. Oleh itu ia adalah terbatal dan tidak sah, dan telah diketepikan dengan tindakan yang betul oleh Mahkamah Rayuan," katanya.
Mahkamah kemudian memerintahkan DBKL membayar kos guaman RM100,000 kepada penduduk, manakala YWP dan Memang Perkasa masing-masing perlu membayar RM80,000 dan RM70,000.
Pada 27 Jan 2021, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Nov 2018 yang menolak semakan kehakiman yang dibawa oleh penduduk berkenaan untuk membatalkan kebenaran perancangan bersyarat dan perintah pembangunan oleh DBKL.
Penduduk berkenaan memfailkan semakan kehakiman pada 11 Ogos 2017 melalui badan pengurusan Trellises Apartment, Kiara Green Townhouse, Residence Condominium, TTDI Plaza Condominium, The Greens Condominium, selain Persatuan Penduduk TTDI serta empat penduduk dan pemilik rumah di TTDI.
Mereka menamakan DBKL, Yayasan Wilayah, Memang Perkasa dan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara sebagai responden dalam semakan kehakiman itu.
Penduduk berkenaan memohon perintah certiorari bagi membatalkan perintah pembangunan DBKL itu, kerana mendakwa Taman Rimba Kiara seluas 10.08 hektar itu adalah taman awam yang terletak di kawasan TTDI, dan kawasan Bukit Kiara, dan kawasan Green Lung Kuala Lumpur.
Penduduk berkenaan diwakili oleh peguam Datuk Gurdial Singh Nijar, manakala B. Thangaraj mewakili DBKL, Tan Sri Cecil Abraham bagi pihak Yayasan Wilayah Persekutuan, Khoo Guat Huat mewakili Memang Perkasa, dan Jayanthi Balaguru mewakili Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang juga Ahli Parlimen Segambut turut hadir prosiding dalam talian hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023
![Mahkamah Persekutuan putuskan tiada projek pembangunan di Taman Rimba Kiara Mahkamah Persekutuan putuskan tiada projek pembangunan di Taman Rimba Kiara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681291970_IstanaKehakiman.jpg)
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara hari ini berkata rayuan yang dikemukakan tiada merit.- Fail/BERNAMA
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647267418_Reconstructionofth.jpg)
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Tawaran pengambilalihan MAHB dimuktamad suku ketiga 2024 - MOF
Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi [KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721096314_MohdSaidBaniCM.jpg)
[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
Jiwa SME: Kejayaan lebih 30 tahun dalam industri penternakan kambing
Osman Goat Farm, yang dimiliki oleh Osman Cheya Kutty dari Johor Bahru, telah bertahan lebih dari tiga dekad dalam industri penternakan. Dengan dedikasi dan inovasi, Osman Goat Farm telah membuktikan bahawa kesungguhan dan strategi yang tepat adalah kunci kejayaan dalam industri penternakan. Produk berkualiti tinggi dan teknologi terkini terus menjadi asas kepada kejayaan.
![Mahkamah Persekutuan putuskan tiada projek pembangunan di Taman Rimba Kiara Mahkamah Persekutuan putuskan tiada projek pembangunan di Taman Rimba Kiara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681291970_IstanaKehakiman.jpg)
Mahkamah Persekutuan putuskan tiada projek pembangunan di Taman Rimba Kiara
Mahkamah Persekutuan menolak perintah pembangunan yang diberikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi cadangan pembangunan projek kediaman di Taman Rimba Kiara di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
![Tanah di Taman Rimba Kiara untuk pembangunan kediaman, bukan taman - Peguam Tanah di Taman Rimba Kiara untuk pembangunan kediaman, bukan taman - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643195127_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Tanah di Taman Rimba Kiara untuk pembangunan kediaman, bukan taman - Peguam
Tanah di kawasan Taman Rimba Kiara yang diperuntuk bagi projek pembangunan adalah untuk membina kediaman dan bukan sebagai taman awam.
![Mahkamah Persekutuan benar Laporan Ketua Audit Negara diguna dalam rayuan Taman Rimba Kiara Mahkamah Persekutuan benar Laporan Ketua Audit Negara diguna dalam rayuan Taman Rimba Kiara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642582597_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Mahkamah Persekutuan benar Laporan Ketua Audit Negara diguna dalam rayuan Taman Rimba Kiara
Hakim memutuskan dokumen yang diminta oleh penduduk TTDI adalah dokumen awam di bawah Akta Keterangan dan boleh diterima.
![Pembangunan Taman Rimba Kiara: DBKL dan tiga lagi dibenarkan merayu Pembangunan Taman Rimba Kiara: DBKL dan tiga lagi dibenarkan merayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61630505530_TBCourtHammer.jpg)
Pembangunan Taman Rimba Kiara: DBKL dan tiga lagi dibenarkan merayu
DBKL dan tiga lagi memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan perintah pembangunan projek perumahan Taman Rimba Kiara.
![Tapak Taman Rimba Kiara: DAP, jangan terus tipu rakyat - Yayasan WP Tapak Taman Rimba Kiara: DAP, jangan terus tipu rakyat - Yayasan WP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617684541_ZaizalnizamZainun.jpg)
Tapak Taman Rimba Kiara: DAP, jangan terus tipu rakyat - Yayasan WP
Zaizalnizam berkata, sekiranya benar projek itu akan menjejaskan alam sekitar, mengapa menteri Pakatan Harapan sebelum ini tetap meneruskan projek itu.
![Taman Rimba Kiara: C4 puji keputusan Mahkamah Rayuan, gesa siasat Ku Nan Taman Rimba Kiara: C4 puji keputusan Mahkamah Rayuan, gesa siasat Ku Nan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61607356279_tengkuadnan.jpg)
Taman Rimba Kiara: C4 puji keputusan Mahkamah Rayuan, gesa siasat Ku Nan
C4 puji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan bagi projek pembinaan unit kediaman di Taman Rimba Kiara.
![Mahkamah Rayuan batal perintah pembangunan DBKL bagi projek perumahan di Taman Rimba Kiara Mahkamah Rayuan batal perintah pembangunan DBKL bagi projek perumahan di Taman Rimba Kiara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611748396_TBSELEBRITIDIDAKWA.jpg)
Mahkamah Rayuan batal perintah pembangunan DBKL bagi projek perumahan di Taman Rimba Kiara
Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan perintah pembangunan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi projek pembinaan unit kediaman di Taman Rimba Kiara.
![Taman Rimba Kiara masih dibuka kepada orang ramai - Annuar Musa Taman Rimba Kiara masih dibuka kepada orang ramai - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61595682102_TBAnnuarMusa.jpg)
Taman Rimba Kiara masih dibuka kepada orang ramai - Annuar Musa
Tindakan diambil oleh pemilik tanah iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menandakan sempadan perundangan.
![Hanya mahkamah tentukan projek Taman Rimba Kiara - Khalid Hanya mahkamah tentukan projek Taman Rimba Kiara - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71558459708_KhalidSamad.jpg)
Hanya mahkamah tentukan projek Taman Rimba Kiara - Khalid
Beliau sudah buat yang terbaik untuk menangani isu tersebut dan pada masa ini pihaknya sedang menyiapkan laporan berkenaan cadangan isu projek pembangunan berkenaan untuk perhatian Kabinet.
![Wakil rakyat Segambut sambut baik isu Taman Rimba Kiara dibawa ke Kabinet Wakil rakyat Segambut sambut baik isu Taman Rimba Kiara dibawa ke Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81553428113_TamanRimbaKiara.jpg)
Wakil rakyat Segambut sambut baik isu Taman Rimba Kiara dibawa ke Kabinet
Yeoh berkata ini membolehkan cadangan balas yang dikemukakan oleh beliau bersama penduduk TTDI dan penghuni rumah panjang didengar oleh Kabinet.